Geng

Showing posts with label UcaPENGHARGAAN. Show all posts
Showing posts with label UcaPENGHARGAAN. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Kemuncak Pencapaian Hidupku 17Jan-29Sept2014



Assalamualaikum wbt...
terima kasih Abg. Afdlin Shauqi BOBOI
kerana beri suapan kek coklat 

sebagai penghormatan Graduasi
Apa khabar sume? alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas segala nikmat kejayaan dan kesabaran yang telah diberikan kepadaku. Tanggal 29 september 2014 menjadi titik amanah dan tanggungjawab aku yang bakal bergelar seorang Pendidik, di mana pada hari tersebut aku dipilih dan ditawarkan menjadi Pegawai Pendidikan Siswazah DG41(PPSDG41) oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya kalimah Alhamdulillah dan sujud syukur, aku lafaz serta laksanakan sebagai tanda syukur pada Allah swt sebaik sahaja dapat mengetahui pemilihan ini. Sebenarnya dari entri yang lepas aku bangkitkan luahan hatiku berkenaan dengan urusan perkhidmatan ini, namun aku yakin dengan rezeki dari Allah swt, aku lebih yakin menunggu dengan sabar dan solat serta doa tanpa sebarang keraguan. Cuma sebagai seorang insan, mestilah luahan itu perlu bagi membebaskan tekanan yang dihadapi tetapi perlu kawal dan bertenang agar tidak jatuh kufur di atas setiap ketentuan yang Allah swt berikan pada kita.

Bagi aku sendiri, inilah kemuncak kejayaan aku dalam hidup meskipun sasaran aku lebih tinggi dari apa yang aku cita-citakan dahulu. Jika disorot coretan perjalanan hidup aku bermula selepas peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sememangnya jalan hidupku seolah-olah telah menutup segala bayangan masa depanku, tapi dengan bermulanya tekad baru aku setelah diterima oleh pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) sebagai pelajar Diploma Bahasa Arab(Pengajian Islam), aku tidak toleh lagi ke belakang sebaliknya aku pacu selaju-lajunya masa depan aku dengan menghambakan diri dengan ilmu, meskipun kebanyakan ibubapa menyuruh anak mereka mengikuti kursus Kemahiran atau Teknikal sebagai jalan pintas memacu masa depan, tetapi tidak bagiku kerana aku sebenarnya masih dahagakan ilmu sebagai penyuluh jalanku. Hampir 3 tahun aku menghambakan diri untuk ilmu Bahasa Arab dan sebahagian Pengajian Islam, aku meraih pelbagai kejayaan antaranya Nama Disenaraikan untuk Anugerah Dekan Sepanjang Semua Semester (6 Semester), Terpilih Mengikuti Kursus Budaya dan Bahasa Arab di Universiti Muhammad Aqdal,Rabat Maghribi/Morocco selama sebulan dan paling manis adalah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Diploma Bahasa Arab (Pengajian Islam) semasa Istiadat Konvokesyen KUIS kali ke-12 tahun 2009 dimana aku juga bergraduasi.

Sungguh aku tidak sangka pencapaian aku pada ketika itu sehebat begitu, alhamdulillah ini semua adalah doa dan restu Abah Mama ku yang tidak putus-putus solat hajat dan doa setiap kali aku bakal menghadapi setiap kertas peperiksaan. Sememangnya aku tidak akan mensia-siakan ilmu ini selama 3 tahun pada pencapaian atas kertas sahaja tetapi aku berusaha untuk mengamalkannya dalam segenap hidupku. Saat penghujung semester dan tahun akhirku di KUIS, aku telah mendapat kelulusan untuk menyambung pengajianku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Bayt, Jordan. Segala persediaan telah dilakukan antaranya sijil-sijil aku telah diterjemahkan dalam bahasa arab sepenuhnya di Institut Terjemahan Negara (ITN), pemeriksaan kesihatan dan persiapan mengikuti bengkel Biro Tata Negara namun, berkat keyakinan dan doa dari ibubapaku, aku juga telah ditawarkan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Malaysia seterusnya aku telah digalakkan oleh Abah Mamaku secara sungguh-sungguh dan yakin pada Allah swt untuk mempertimbangkan kedua-dua tawaran ini dengan pilihan yang bijak dan rasional. Banyak Pro dan Kontra yang terpaksa aku pertimbangkan antara kedua-duanya iaitu jika aku sambung pengajianku di Jordan hanya 2 tahun setengah sahaja aku perlu habiskan, kos yuran dan belanja adalah tinggi sedangkan abah mamaku perlu juga menyara adik beradik yang masih belajar, faktor kebimbangan keselamatan negara Arab yang diluahkan oleh Mamaku dan peluang kerja selepas tamat pengajianku manakala di UPSI, aku perlu mula balik dari awal pengajianku semester 1 selama 4 tahun yang perlu aku habiskan, kos yuran pengajian murah dan belanja sederhana, faktor keselamatan yang tidak dibimbangkan oleh Mamaku, habis pengajian sudah dijamin kerja. Keputusannya aku pilih pilihan Abah Mamaku, aku  yakin dengan apa yang mereka fikirkan adalah terbaik untuk anak-anak mereka, kat sini aku nak Kodkan Redha Ibubapa adalah Redha Allah SWT tau, jadi jangan membantah kalau mereka fikirkan sesuatu untuk kita selepas kita saling mencari fakta yang benar dan realistik, berlapang dadalah dan tenang menerima pandangan mereka okay.

Bermulalah langkah pengajianku di UPSI sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan(ISMBAP) di semester 1 hinggalah semester 8, di mana aku juga telah meraih pelbagai kejayaan yang memotivasikan diriku untuk terus melangkah dengan cemerlang dan gemilang antaranya Nama Disenaraikan untuk Anugerah Dekan hampir sepanjang Semua Semester (1,3,4,5,6,8 Semester), Terpilih Menjalani Latihan Mengajar Praktikal di Sekolah An-Nahdhoh San'aa, Negara Republik Yaman, Mengikuti Kursus Pemantapan Cara Mengajar Budaya Yaman dan Bahasa Arab di Universiti Sains dan Teknologi (UST) selama 2 bulan, paling bersejarah mendapat Keputusan PNGS 4.00 semester akhir (SEMESTER 8) dan paling manis adalah terpilih sebagai Pelajar Pengajian Peringkat Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan semasa Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-15 tahun 2013 dimana aku juga bergraduasi. Begitulah antara kejayaan yang aku genggam dan rasa sepanjang menghambakan diri pada Ilmu Allah SWT selama 7 tahun, fuh jangka masa hampir sama dengan tempoh graduan pelajar perubatan. Namun berkat kesabaran menunggu dan tawakkal pada Allah swt, akhirnya aku berjaya berkhidmat sebagai pendidik di bumi Malaysia ini, inilah titik kemuncak aku sebagai seorang insan yang hanya kerdil di sisi Allah SWT, nikmat yang diberikan akan ku jaga dan hargai serta melaksanakan dengan berlandaskan kepatuhan syariat-NYA. Azamku selepas mendapat jaminan kerja tetap ini, akan ku curahkan ilmu pada anak-anak didikku pula bagi memotivasikan kejayaan memperjuangkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Syurga yang Abadi di Alam sana kelak apatah lagi menjadi Bahasa yang Sangat Penting di dunia ini nanti, kerana inilah masanya untuk aku amalkan dan praktikkan apa yang telah aku belajar selama 7 tahun itu, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Aku kongsikan bersama teman2 adalah untuk meningkatkan motivasi sesama kita dalam mengejar setiap visi dan misi yang kita impikan, tidak salah mencoretkan kejayaan demi kejayaan semata-mata untuk memotivasikan diri untuk berjaya, jauh sekali untuk riak mahupun takbur. Aku tahu ini hanyalah pinjaman nikmat-nikmat Allah swt, DIA jualah yang Maha berkuasa menarik balik atau sebaliknya, maka ingatlah dalam setiap tindakan kita mesti ada natijah untuk langkah masa akan datang, yang penting jangan berbantah-bantah pandangan ibubapa kita dalam soal perancangan kerana mereka lebih mengetahui apa yang tidak kita rasa dan bakal ketahui serta mereka jualah sebab kita lahir di dunia fana ini, Allah lebih memberatkan Barokah kita melalui layanan dan kebajikan terhadap ibubapa kita, sekian sahaja coretan ini sebelum aku sibuk dengan tugas Ta'lim, Ta'dib, Tarbawi, doakan aku ye wahai teman2ku agar berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ikhlas keran Allah SWT, Wassalam...

next mode In Sha Allah: Master, Doktor Falsafah, Profesor dalam Pengurusan Pendidikan dan Pembelajaran

Wallahu A'lam
06 Zulhijjah 1435H

Thursday, August 16, 2012

Perlu Mercun + bunga api menjelang raya?


Assalam...
Apa khabar teman2 blogger? cner pose? maafla xdpt update buat masa skrg krn sedang menjalani praktikal., almaklumla xde kemudahan internet kt tpt praktikal.
Alhamdulillah Sekarang da duk kt kampung, baru sampai semalam, adala mse cikit utk corat coret hari2 menjelang raya ni. cuba korang tgk akhbar sehari dua ni, penuh ngn cite akibat main mercun kan...

Keadaan ni sudah jadi budaya lak stp kali nk raya, ku xfhmla apa yg bes sgt main mercun yg kaw2 tu? kalau stkat bunga api okla lg kn. Tp sbnrnye dorang ni xserik sbb tarikan cabar mencabar ngn geng2 mercun lain ..betul x agakan ku? pantang dgr bunyi yg cm bom ckt, da mule buat yg mercun yg xpernah org buat.. sbnrnye kalau nk tahu, penjual @ pembekal pun kne dpersalahkan, korang pnh tgk x kt kaki lima, pnuh dgn meja yg kt atsnya kotak2 n berbatang2. tp ada jgk yg geng2 ni buat sndiri, fuh mmg hebatlah korang buat belerang sendiri..

Apa yg dikesalkan buleh plak ajak adik2 kecil sme2 tgk main mercun, bukan nk main kt tpt lain siap bjanji ag ble nk on...bagiku la..kalau nk main, mainla yg biase2 ,mmgla suasana raya tu xdpt dirasai klu xmain mercun + bunga api kan, tp bpada2lah .nk mraikan raya pun ada batas2nya, jgn smpi kita cedera, ape2pun ibubapalah yg mampu larang anak2, siapa lagi kan, klu xbtegas mmg xkn mkn kedegilan anak2 tu, so parentla kne amk port, jgn suke sgt bg muke kt anak2, padah nti, kite mgkin xtw pe yg anak2 kite buat blkg umh or mane2, dorang tentunye main bsme2 kwn dorang, so kne sntiase cakna n tinjau2, jangan smpi anak2 kite mnangis pulang ke rumah dgn tangan or jari da hilang , cm pepatah bg sound "jgn smpi ble da thantuk bru tengadah.."kan

Pe2pun ku nk ucapkan Eid Mubarak 1433 H kpd teman2, jadikan raya ni sbgi perubahan utk lebih baik, jgn mkn byk sgt, igt org2 memerlukan...

wassalam..

Monday, August 29, 2011

Duhai Eidul Mubarak...


Assalamualaikum wbt…
Allahu Akbar x7 walillahilhamd…
Alhamdulillah, tertunai sudah kewajipan kita siyam selama 1 bulan, dan sekarang kita berkesempatan lagi dapat meraikan hari kemenangan kita bersama-sama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Begitu juga dengan diriku, Hari raya ini dapat ku jadikan tempat berkumpul adik beradik. Keluarga ku besar, menjelang hari2 terakhir siyam, kejap ade yang call, “abah, abe balik 29 haribule, naik belon kul 8 pagi, sapa d klia kul 10 pagi, kul 3 pete baru naik belon balik ke kb…./ abah, Kakru balik 27 haribule, flight pagi kul 10 Airasia, g amik deh…/ ma, Kakchik balik 27 haribule, awal pagi tolok lebih kure kul 4 pagi drive dr jb…” dan diriku? Mmm hanya menantikan mereka balik dengan selamat dan kegembiraan. Kami semua adik beradik sememangnya berada di planet yang berbeza2..abg longku kt Sabah, kaklongku kt kl, kakchikku kt Johor, yang blaja pulak ada kt perak, Pahang, Selangor..itulah meriahnya bila Raya menjelang dan kalau ikutkan memang raya bkn nak gembira tlompat2 sangat tp paling gembira apabila dapat bertentang mata dgn Abah Mama dan adik beradik..kalau sudah kawin nanti, alamatnya memang meriah…sekarang nipon, hanya kaklong dan kakngah ku je yang ade keluarga sendiri, yang lain masih lagi single….mmm kalaulah dapat isteri2 atau suami2 yang luar negeri memang meriah kerana rasa tu hanya ade pada mereka yang sudah memiliki rasa itu sahaja…maklumlah bila sebut pasal balik kampung mesti rasa seronok sgt2 krn nk travel jauh …begitulah diriku dan keluarga bila tiba peluang nk balik kampung apatah lagi time2 raya.

Memang seronok kalau time raya, Apabila kita mendengar Orang2 duk bercakap pasal Hari Raya Aidilfitri atau Eidulfitr mesti tanggapan mereka hanya dapat merasai kebahagiaan dan kemenangan setelah berpuasa menahan segala macam perkara2 yang boleh membatalkan kewajipan ini. Bagi mereka selama 1 bulan mereka siyam memang dirasai kejanggalannya, bagi anak2 kecik sudah tentu dalam fikiran mereka puasa itu tahan lapar sahaja, bagi yang kaki rokok inilh masanya buat mereka mengurangkan penagihan asap haram, bagi mereka yang suka ibadah tentu sekali mereka menganggap puasa itu dapat menjadi tamrin untuk memacu sifat2 yang baik dan berharap puasa ini dijadikan permulaan untuk melaksanakn amal ibadah dgn istiqamah dan begitulah seterusnya mereka2 itu. Maka apabila tibanya Eidul fitr maka berbahagialah mereka yang tidak keruan menantikannya..

Kebanyakan juga masyarakat kita masih dibuai dengan Stigma apabila tibanya hari tersebut maka mereka wajib atau perlu memakai sesuatu yang baru, mulai dari pakaian baru, selipar baru, langsir baru, kereta baru, maklumla semuanya nak baru.. Sebenarnya Eidul Fitr kalau teliti dari makna dalam bahasa arab sudah boleh ditafsirkan secara mudah iaitu Hari kita kembali kepada fitrah manusia, mungkin sebelum ini kita tidak dapat melakukan amal ibadah kita secara istiqamah dan kerana puasa itulah dapat menjadikan diri kita lebih terdidik dan terlatih dengan amalan2 yang sangat bernilai disisi Allah swt sepanjang 1 bulan amalan2 itu dihadam, justeru itulah hari raya dianggap sebagai hari kemenangan bagi mereka yang kembali meraikan hati yang tenang dan suci sepanjang kita siyam. Bahkan kerana puasa jugalah kita akan memperoleh syafaat jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah swt, Rasulullah.saw bersabda :

“Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba pada hari Qiamat. Puasa berkata, 'Ya Rabbi, aku mencegahnya makanan dan syahwat, maka berilah aku syafaat kerananya. Al-Quran berkata, Aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah aku syafaat kerananya. Baginda bersabda, Maka keduanya diberi syafaat,”

(Diriwayatkan oleh Ahmad)


Selain itu, makna yg len ialah kita kembali kepada fitrah yang sempurna tatkala terhapusnya dosa kita kpd Allah diikuti dgn terhapusnya dosa kita kpd sesama manusia. Terhapusnya dosa kpd sesama manusia dengan jalan kita memohon maaf dan memaafkan orang lain. Abu Hurairah mengatakn bhwa Rasulullah saw mudah melaksanakn Qiyam Ramadhan (Tarawih) meskipun tdk mewajibknnya. Kemudian Nabi bersabda :

“Barangsiapa melaksanakan Qiyam ramadhan (tarawih) kerana Allah dan mencari pahala dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu".

Dosa adlh catatn keburukan di sisi Allah yang tlh dilakukan olh setiap manusia kerana mereka tidak melaksanakn perintah atau kerana mereka melanggar larangan Allah dan RasulNya. Bahkan bulan Ramadhan merupakan bulan yg dikhaskan Allah untuk Umat Islam dimana nikmat dalam bln ini adanya maghfirah, rahmah dan Itqun minan Nar. Syeikh Abdul Qadir al-Jailany mengatakan bhwa merayakn Eidul Fitr tidak harus dgn baju baru, tapi jadiknlah Eidul fitri sebgai rasa tasyakur, refleksi diri utk kmbali mndekatkn diri pd Allah swt. Padaku, tahun ni biasa2 je, krn itulah yang dianjurkan dalam agama kita berQonaah, masa kecik je excited sangat2.. bila dewasa ni, lebih kurang je sambutnya..

Akhir kalam, kepada semua sahabat2 yang sudi mengunjungi blog ini, ku memohon sepuluh jari dan tunduk kepala menzahirkan rasa kemaafan sekiranya terdapat kata2 yang kurang menyenangkan sepanjang ku mencoretkan Entries2 blog yang lalu…

selamat Menyambut Eidul Fitr buat semua umat Islam,
tidak kira dimana antum semua berada


“Kullu Amm wa Antum Bikhair”



Wslm…

Thursday, July 21, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhon..


Ahlan2 ya ramadhon...
alhamdulillah dipanjatkn syukur ke hadrat ilahi, kerana DIA masih memberi
peluang kepada kita utk trus menikmati keagungan ciptaan NYA dgn menggunakan
nikmat yang paling bernilai iaitu nyawa..

Di Kesempatan ini, saya ingin menzahirkan rasa syukur saya ke hadrat
Yang Maha Punya Dunia(ALLAH)kerana memberikan nikmat pinjaman umur utk
sekali lagi meraikan bulan yang barokah bulan ramadhon....

Insyaallah sempena kedatangan bulan yang mulia ini, suka saya mengingatkan
kepada sahabat2 dan sanak saudara serta diri ini tentang penghayatan sepanjang
berada dlm bulan ini...

kelebihan bulan ramadhon umum mengetahui FADHOIIL nye sudah banyak diungkapkan
oleh para alim ulama, imam2 dan org2 yg berilmu.Marilah sama2 kita menghayati bulan
ini dengan penuh PENGHARAPAN...

Ingatlah, bulan ramadhon merupakan bulan yang memberikan latihan kepada kita
agar meningkatkan keimanan kita pada Allah swt..seterusnya pada bulan2 yang
mendatang akan memberikan kita keutuhan yang jitu dalam membina PADUAN IMAN yang
mantap agar kita sama2 menjadi golongan yang MUTAFAWWIQIN kepada Allah swt..

sama2 kita perbaiki diri kita...
insyallah...tanamkan azam disertakan amal
natijahnya kita akan memperoleh kejayaan..

AMIN...

AHLAN2 YA RAMADHON..
selamat BERAMAL dalam bulan RAMADHON....
:)

wslm..

Thursday, February 3, 2011

Salam Kejayaan

Selamat tahun baru Hijri 1432h dan Masehi 2011
Alhmdulillah masih lagi kita berpeluang untuk menikmati
nikmat pinjaman roh dan akal dari Rabbul Jalil, perbaikilah diri
kita dan sentiasa membuat bekalan yang secukup nya untuk
bertemu-NYA.

Saban tahun berlalu, namun sedarkah kita bahawa kita berada di penghujung masa?
bertuahlah kita masih berkesempatan untuk bertaubat pada-NYA, kalau kita bandingkan dengan
saudara-saudara kita yang tidak berkesempatan untuk bertaubat.

Allah..Ya Allah...
Urutlah dada kita, sentuhlah jiwa, hati, jantung kita
di mana Allah dalam jasad kita?
huhuhuhuhuh Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

DIA tidak pernah melupai kita, tapi mengapa kita sering melupai-NYA?
Allah ya Allah
Allah ya Allah..
huhuhuhhuhhuhu
Airmata yang mengalir ini hanya seketika, kerana syaitan dan jiwa dalam tubuh ini sering dipalit
dengan sekelumit noda dosa, titik-titik hitam.. yang tidak pernah hilang
Allah ya Allah
Allah ya Allah
huhuhuhuhuhuhuhuhu

ku mohon maghfirah dari-MU
ku bersyukur kerana DIKAU memberikan kesempatan kepada ku untuk
kembali pada-MU
huhuhuhuhhuhuh
uuhuhhhhuh

wahai teman-teman,
ayuhlah kita bersama
sedari sekarang
tidak guna untuk kita bersedih
di atas apa yang kita kesalkan jika
kita masih sakit iman dan amal kita
khas untuk renungan kita bersama...

wassalam