Geng

Showing posts with label Ensiklopedia Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Ensiklopedia Sejarah. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Bedah Buku: 10 Tokoh Musyrik dalam Al-Quran


Salam, kali ini berkesempatan menghabiskan bacaan buku ini dan bagi pendapatku, sesuai bagi semua pembaca untuk mengetahui sebilangan tokoh-tokoh yang diceritakan oleh Al-Quran bagi memberi Ibrah kepada kita semua dalam kehidupan sekarang, antara sedikit kupasan dariku berkaitan isi-isi dalam buku ini;

1- Abdullah Ubai : Pelopor Kaum Munafik
Sejumlah Mufassir  dan ahli hadis sepakat bahawa surah al-Munafiqun ayat 1-8 diturunkan berkenaan dengan Abdullah Ubai
Ringkasan; Penulis buku ini banyak menceritakan sikap golongan munafik di dalam ulasannya dan sifat Abdullah Ubai telah memberikan petanda jelas tentang perilaku bayang-bayang Munafik.

2- Abu Lahab: Bapa Kilauan Cahaya Api
Para ahli tafsir seperti Imam Ibn Kathir, Imam Qurtubi, Imam Fakhrurazi dan Imam Wahidi menegaskan bahawa surah Al-Masad ayat 1-5 diturunkan berkenaan dengan Abu Lahab.
Ringkasan; Penulis juga memberikan peristiwa-peristiwa yang menyerlahkan lagi sikap Abu Lahab yang memang terkenal dengan celaannya dan tindakan-tindakan memusuhi Nabi Muhammad SAW.

3- Abu Talib: Perisai Rasulullah
Penulis Durul Manthur berpendapat bahawa kedua-kedua ayat 113 & 114 surat At-Taubah diturunkan berkenaan dengan Abu Talib
Ringkasan; Menarik untuk dikupas dan mengerti kisah Abu Talib ini, jelaslah bahawa walau perilakunya dan layanan terhadap nabi Muhammad SAW tidak boleh dipertikaikan kerana amanah dan nasab yang begitu tinggi sesama ahli keluarga namun jika tidak bersyahadah dengan Kalimah La Ilahail Allah maka tempatnya bukan di syurga dan Hidayah itu Allah yang kurniakan jika Ia kehendaki.

4-Abu Jahal: Firaun Umat ini
Sebahagian Ulama, antaranya Imam Qurtubi menegaskan bahawa surah al-Alaq ayat 11-18 diturunkan berkenaan dengan Abu Jahal @ Amr bin Hisyam, dia ialah penindas kaum Mustad’afin musuh kaum Mukminin di Makkah
Ringkasan; Ikrimah bin Hakam bin Hisyam merupakan anak beliau yang sempat berhijrah memeluk Islam sehingga Rasulullah SAW memuliakan pemuda ini dengan mengatakan ‘Selamat datang si penunggang yang berhijrah, Ikrimah telah bergabung denganmu, jika kamu melihatnya janganlah menghina ayahnya kerana menghina mayat bererti menyakiti dan memilukan orang yang hidup’. Sifat menentang nabi Muhammad SAW tanpa mahu mendengar mahupun menerima dakwah Islam akhirnya membawa kepada kekufuran yang nyata.

5-Amir Tufail: Serigala Sahara
Sebahagian Ahli Tafsir mengemukakan bahawa ayat 10-13 dalam surah Al Ra’ad diturunkan berkenaan dengan Amir Ibn Tufail dan Arbad Bin Rabi’ah, demikianlah menurut pandangan al Tabari; Dia ialah serigala yang membesar di padang sahara sebagaimana serigala lainnya. Dia ialah manusia buas yang haus darah. Dia ialah seorang lelaki yang berhati keras dan kasar tidak mengenal rasa belas kasihan dan tidak tahu apakah kasih sayang atau kehangatan itu. Itulah Amir Ibn Tufail yang matanya hanya terbuka bagi tindakan pembunuhan dan perampasan, masa kanak-kanak dan pemudanya dihabiskan di gua-gua dan lubang-lubang.
Ringkasan; Amir Tufail ini adalah seorang yang sangat bengis dan egois, sesuailah dengan susuk wajahnya yang buta sebelah matanya dan cara layanannya terhadap musuh-musuhnya sehinggalah memusuhi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW tanpa prejudis kerana hatinya keras seperti batu hitam yang sangat hangit.

6-Nadhar Harith: Orang Kaya Makkah
Sebahagian Ulama Tafsir, penulis biografi, ahli sejarah menegaskan bahawa ayat 31-30 dalam surah al-Anfal diturunkan berkenaan Nadhar Ibn Harith, demikianlah dikemukakan oleh Imam Ibn Kathir dalam Tafsirnya. Beliau merupakan salah seorang kaum kaya Makkah yang berkedudukan. Dia memanfaatkan kekayaan dan kedudukannya untuk menindas para pengikut Muhammad SAW dan berusaha untuk mengujinya supaya mereka keluar daripada agamanya.
Ringkasan; Beliau seorang jurudongeng yang berani mempersendakan Al-Quran sehingga memohon kepada Allah jika Al-Quran itu benar maka hujanilah ke atas beliau dan kaumnya dengan batu dari langit, begitu sekali cabaran seorang Kaafir terhadap Kholiq sesudah hatinya telah mati.

7- Ka’ab Al-Asyraf: Tokoh Yahudi Madinah
Para Ulama bersepakat bahawa surah al-Nisa’ ayat 51-52 diturunkan berkenaan dengan Ka’ab Al-Asyraf dan Hayay Akhthab. Kaum Yahudi memerangi Islam, prinsip-prinsipnya dan syariatnya secara terus-menerus selama 14 tahun, sejak Islam menjadi tetangga mereka di Madinah.
Ringkasan; Konspirasi kaum Yahudi yang dipimpin oleh Ka’ab bin Al-Asyraf terus menerus menakut-nakutkan umat Islam, antara kaedah yang mereka lakukan ialah kiriman panah beracun kepada mereka yang baru memeluk Islam.

8-Tha’labah Hathib: Seorang yang Miskin
Kebanyakan Ulama dan ahli tafsir bersepakat bahawa ayat-ayat 75-77 dalam surah at-Taubah berkenaan dengan Tha’labah bin Hathib, para Ulama yang bersepakat dalam hal tersebut  antaranya Ibn Jauzi. Sunah hanya mencatat kisah Tha’labah yang dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan seorang sahabat yang mulia iaitu Mu’tab bin Auf dan menceritakan juga desakan Tha’labah terhadap Rasulullah SAW agar baginda mendoakannya kepada Allah supaya dia dianugerahi rezeki, pada mulanya Rasulullah SAW menolak permintaan itu, namun Tha’labah tidak bosan-bosannya mendesak Rasulullah SAW agar memenuhi permintaannya.
Ringkasan; Cinta harta menyebabkan Tha’labah semakin hari semakin lupa Allah dan lalai dalam mengerjakan amal ibadah kepada-NYA.

9- Umaiyah Khalaf: Anak Tokoh Quraisy Paling Kaya
Sebahagian Ulama tafsir dan tokoh biografi berpendapat bahawa surah al Humazah ayat 1-9 diturunkan berkenaan dengan Umaiyah bin Khalaf. Ayahnya bernama Wahab bin Huzaifah salah seorang tokoh Quraisy yang mengecap manis dan pahitnya kehidupan yang menjalani kehidupannya dalam perjuangan dan keletihan, yang menjelajahi penjuru bumi untuk berniaga untuk mencari keuntungan dan meraih kekayaan sehingga dia menjadi orang Quraisy yang paling kaya dan paling beruntung dalam perniagaannya.
Ringkasan; Beliau merupakan salah satu contoh Orang Kaya yang lazimnya menindas dan mengherdik Orang Miskin sehingga melampau-lampau dalam menghambakan nikmat kekayaan tanpa berfikir Allah SWT Maha Kaya lagi Berkuasa ke atas sesuatu makhluk, bukan sahaja herdikan mahupun celaan berkenaan kekayaan tetapi herdikan Tauhid  terhadap orang Miskin yang memeluk Islam.

10- Uqbah Abi Mu’ith: Musuh Rasulullah
Sebahagian tokoh tafsir menegaskan bahawa ayat 27-29 surah al-Furqan diturunkan berkenaan dengan Uqbah bin Abi Mu’ith, dikisahkan bahawa beliau bersama kumpulannya telah menghina dan mengganggu baginda dengan hinaan serta tindakan ketika baginda mengerjakan ibadah di depan kaabah.
Ringkasan; beliau menjadi musuh Rasulullah SAW yang sebaris dengan Abu Jahal, Abu Lahab yang menidakkan Tauhid Allah SWT dan bermuka-muka terhadap dakwanh Rasulullah SAW sehingga baginda mengisytiharkan dengan sabdanya ‘Aku takkan menemuimu keluar dari Makkah melainkan pedangku melayang di kepalamu’, akhirnya Uqbah rebah mati di dalam perang Badar.

Menarik kupasan dan huraian oleh penulis buku ini HARUN ARRASYID & ABU AZKA AL MADANI, fakta dari sumber-sumber yang tepat, dapat memberikan manfaat yang sangat berharga. Setiap tokoh dalam buku ini diceritakan segala-galanya, jika mahu mengetahuinya secara lanjut, boleh dapatkan segera di premis-premis buku.


wassalam

Saturday, July 23, 2011

Keturunan Penghulu Umat Islam( Nabi Muhammad SAW)


Sedikit Ilmu yang ku mahu berkongsi bersama teman2 walau teman2 lebih hebat dariku mengenai Nasab Kekasih Allah Swt, disini ku mahu menceritakan nasab dari ayahanda dan ibunda Baginda Nabi Muhammad saw agar kita selalu mengingatinya, memang nasab ini umum semua manusia tidak berupaya mengingatinya, tapi kita sebagai pengikut Kekasih Allah yang dicintai dan Hamba yang mengakui Allah itu Tuhan kita maka sewajibnya kita mengingatinya juga walau macamna sekalipun.

1.Bermula dari nasab ayahanda baginda: Muhammad bin ABDULLAH bin ABDUL MUTALIB bin HISYAM bin ABDUL MANAF bin QUSAY bin KILAB bin MURRAH bin KA’AB bin LUAYYI bin GHALIB bin FIHR bin MALIK bin NADHAR bin KINANAH bin KHUZAIMIAH bin MUDRIKAH bin ILYAS bin MUDHAR bin NIZAR bin MA’AD bin ADNAN.

2.Dilaporkan apabila nabi menceritakan salasilahnya sampai kepada Adnan, beliau berhenti lalu berkata, “DUSTA ORANG YANG MENGADA-ADAKAN SALASILAH (NASAB) SELEPAS ITU, WALAUPUN MEREKA ITU BENAR”.Begitu juga pandangan dari Ibnu Abbas yang berkata “APABILA RASULULLAH MENCERITAKAN NASABNYA, BELIAU TIDAK MELEBIHI NASABNYA DARIPADA MA’AD BIN ADNAN BIN UDAD, KEMUDIAN BELIAU BERHENTI DAN BERKATA, DUSTA ORANG YANG MENGADA-ADAKAN NASAB”.Imam Bukhari di dalam Sahihnya juga menyatakan NASAB NABI HANYA SAMPAI KEPADA ADNAN sahaja.Maka kita kena berhati-hati dalam memberitahu kepada masyarakat tentang hal ini.Hanya ada 21 NAMA NASAB BAGINDA dari NASAB AYAHANDA.

3.Manakala dari nasab ibunda baginda: Muhammad bin AMINAH binti WAHAB bin ABDUL MANAF bin ZUHRAH bin KILAB bin MURRAH bin KA’AB bin LUAYYI bin GHALIB bin FIHR bin MALIK bin NADHAR bin KINANAH bin KHUZAIMAH bin MUDRIKAH bin ILYAS bin MUDHAR bin NIZAR bin MA’AD bin ADNAN.Hanya 20 NAMA NASAB BAGINDA dari NASAB IBUNDA.

4.Jelas sekali dari salasilah nabi samada dari nasab bapa dan ibu baginda, bertemu pada datuk yang kelima daripada bapa, iaitu KILAB bin MURRAH kerana KILAB mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama QUSAY dan ZURAH.ABDULLAH adalah daripada QUSAY manakala AMINAH daripada ZURAH, maka ABDULLAH dan AMINAH adalah dari 1 BANGSA iaitu bangsa QURAISY dalam 1 negeri HIJJAZ dan 1 keturunan yang begitu dekat.