Geng

Showing posts with label CoretanRINGKAS. Show all posts
Showing posts with label CoretanRINGKAS. Show all posts

Sunday, May 28, 2023

Nikmat Allah hujung tahun 2020



 Assalamualaikum wbt, hai sahabat blogger, apa khabar semuanya? lama sgt da xupdate status blog aku ni sejak 2016.. haha bila da family ni, tula cbrnnya, uruskan yg utama dulu, anyway alhamdulillah kali ni ak nk coret sikit kehidupan ak kali ini. Ak mula posting 2014 di Sarawak di salah sebuah skolah agama menengah di bahagian Betong/ Sibu, nk tahu? korang le google sndirila, hinggalah ak bkhidmat tahun 2020, klu korang nk tahu mmg ak da mula isi EG tukar iaitu pmohonan online bagi cikgu cikgi yg nk pindah skolah dr 1 tpt ke 1 tpt yg lain sejak tahun 2018-2019-2020. Gigihnya ak isi pd thn tsbut, kbtulan plak hjg thn 2020 tu mmg negara kita dilanda wabak pandemik COVID 19 yg telah mengorbankan rmi rakyat Malaysia dgn kematian DITIDURKAN, itulah istilah yg semua org tkt nk dgr sbb tulah semua berkurung aje kt rumah dgn perintah dari kerajaan iaitu PKP. 

So Alhamdulillah nikmat Allah datangkan dalam musibah yang Allah turunkan kpd diri aku iaitu aku dan isteri LULUS EG TUKAR utk kali yg ke-3 pindahnya plak masuk negeri bini ak SELANGOR, ni memang REZEKI ANAK KE-3 kami, alhamdulillah penantian mmg nk balik semenanjung sudah Allah makbulkan. Masa tu mmg sujud syukur aku laki bini syukur kalimah yg xputus2 kami ungkapkan bkn apa, jika korang berada di tpt kami pun korang sendiri akn buat bnde yg sme. Jarak yg jauh dr fmili tcinta di semenanjung ni bukan mguji kami dgn perasaan je tau tp wang ringgit serta pengurusan diri dan keluarga, cukup ALLAH SAHAJA YG TAHU. Antara tahun 2019 tu pun ak n bini ak diuji dgn suatu bnde yg kitaorg pn xsgka, tp itulah UJIAN yg Allah aturkan utk kami hadapi dgn balasan ALLAH beri selepas itu cukup indah utk digambarkan, UJIAN apa tu? biarlah kami dgn ALLAH je tahu. 


Fasa baru hidup kami suami isteri dgn 3 org cahaya mata yg cute miut bermula di tahun 2021, apabila ak mula khidmat di salah sebuah skolah SABK di banting, kmdian isteri aku plk di SMK jauh sikit di OLAK LEMPIT dlm dareah KUALA LANGAT jgk, BANTING  atau KUALA LANGAT ni tempat sama aje, cuma nama tu parlimen lain, nama asal lain cmtulah. Hinggalah saat ini,  kami hidup bahagia di banting ini dgn fmili kcil kami dgn 6 beranak (tambah 1 org lg HERO BOBOI) lahir thn lps 2022, alhamdulillah.. semua ni rezeki dan nikmat Allah yg kami sgt syukuri, well dr hari ke hari mngenangkan pglmn di tpt dulu dan sekarang memang sgt2 memberi erti hidup kpd kami semua, 7 tahun berkelana di rantauan antara (2014-2020) dlm dunia pendidikan itulah rencam dan ragam bagi seorg cikgu, perit suka duka kecewa hiba tawa mcm2 sudah kami lalui biarlah ALLAH SAJA tahu akan keadaan kami dan menjadi ingatan memori sepanjang hayatku ini. 


Sekarang sudah tahun 2023 gais, alhamdulillah ak sgt gmbira dgn khidupan ak skrg ini, kadang2 kita nk hadap segala kpyhan or ksulitan ni, satu je korang kena igt 'ADA LAGI YG SUSAH YG DIUJI LEBIH BERAT BERBANDING DIRI KITA' pegang tu je, kita menangis ada lg lbih perit tgisannya, jd kita hye perlu bgntung harap pada ALLAH shj, teruskan doa titipkan sgle hajat yg korang nk capai itu dgn segala usaha yg terancang, jgn bpeluk tubuh menanti doa shj, sbb ALLAH NK LIHAT KESUNGGUHAN diri kita barulah dia bagi sesuatu yg lebih hebat dr apa yg korang hajatkan, percayalah kita ni 'IBADURRAHMAN' hamba yang bertuhan ALLAH yang SIFAT MAHA MENGASIHANI, wajiblah kita sandarkan sgle2nye pada Allah shj, jgn putus harap dgn DIA. Kepada korang yang menanti saat indah teruskn berdoa agar sgle plan yg dirancang pasti ada TALIAN DGN ALLAH ye. Anyway, enjoylah hidup korang skrg, lupakan yg sedih2 dulu, teruskan berjalan walau habis terang jgn paling lagi belakang nescaya korang akn lebih berjaya di dunia dan akhirat. Tu ajelah coretan aku buat masa ni ye, klu ada yg special lg ak akn tinta lgi, bye bye gais.. wallahu a'lam. 

Saturday, March 26, 2016

Amanah Allah .. Suatu Coretan

Assalamualaikum wbt, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan nikmat hidup yang tidak akan dapat dihitung oleh manusia, alhamdulillah. Lama benar sudah aku tidak mencoret perkongsian sejak status aku haritu, kini dengan masa yang ada aku akan sedia upaya untuk buka blog dan berkongsi ngn korang ye, almaklumlah dulu sorang kini sudah bertiga, batasan masa dan tenaga sememangnya akan dikorbankan demi keluargaku, oklah harini aku nk berkongsi ngn korang tentang apa itu anugerah atau amanah dari Allah SWT, semua manusia tak kisah lah yang tua atau muda mesti akan ada suatu catatan yang tercoret dalam hidup masing2, begitu jugak aku kini setelah zaujah aku melahirkan seorang puteri yang comel dan in sya Allah menjadi serikandi mujahidah yang solehah, maka bermulalah suatu amanah dan tanggungjawab yang akan aku sambut dengan penuh keikhlasan sepenuh jiwa kerana Allah SWT, benarlah kata orang2 tua bahawa kita ni sebenarnya akan menjadi lebih berdikari dan memahami setelah kita ada isteri dan anak, kita akan lebih mengerti apa tujuan hidup kita dan bagaimana kita mahu teruskan hidup isteri dan anak2 kita selepas mereka besar, inilah yang dikatakan fasa kedua selepas fasa pertama iaitu saat bergelar suami atau zauj. Amanah Allah sangat besar dan suatu kurniaan yang kita tidak tahu bila Allah akan beri pada kita iaitu anak, kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan mengatur tetapi yang menjadikan suatu itu adalah Allah SWT kita tidak ada apa2 hebat pun, ya Allah betapa aku bersyukur atas apa yang Kau kurniakan ini, 'Nik Nawwar Syaathiroh Binti Nik Mohd Syazwan', walaupun panjang nama ejaanmu tapi kamu adalah buah hati Walid Ummi wahai penyejuk mata kami. Tanggal 27 November 2015 adalah detik yang mendebarkan aku kerana sudah tidak sabar menunggu kelahiran yang pertama kali dalam kamus hidup Ku sebagai seorang Walid, akhirnya di saat waktu subuh melambai suara tangisanmu kedengaran, seolah-olah menyambut kesayanganku sayangku, alhamdulillah sujud syukur Ku dahulukan atas kurniaan Allah SWT ini. Buat permaisuri hatiku zaujah tercinta, terima kasih atas kekuatan dan ketabahanmu di saat melahirkan permata hati kita sayang. Sememangnya kudratmu sangat ditagih dan buktinya lahir lah seorang puteri yang sangat comel, kini hampir 4 bulan usia anakku akan menganjak setiap hari, harapan Walid Ummi semoga anakku menjadi seorang yang bijak lagi mencahayakan hidup Walid ummi sesuai dengan nama yang diberikan. Amanah ini sememangnya sangat berat dan mencabar bagi diriku, tapi aku akan tekankan diri bahawa bertuahnya Walid memiliki mu sayang, aku mahu menjadi seorang Walid yang terus Istiqamah dan hebat dalam melayari bahtera ini hingga ke Jannah, halangan dan nafsu memang akan mengganggu tanggungjawab aku, namun aku akan tetap menepis dan membuangnya jauh2 agar tidak membantutkan pegangan amanahku ini. Buat teman3, yang sudah menjadi bapa atau ayah, tahniah aku ucapkan dan aku doakan kita semua jangan mengalah dan tunduk pada sikap yang bujang dulu, aku bukan sempurna tapi sekarang pun cuba untuk jadi yang lebih baik, kita sama3 tinggalkan sikap yang dulu semasa hidup seorang berbanding sekarang, ingat keluarga adalah tanggungjawab yang besar di samping amanah anak yang dikurniakan, apa3 pun keluarga adalah yang utama. Sekarang aku nak ucapkan terima kasih buat sayangku zaujah yang sangat aku cinta dan kasih kerana sepanjang anakku menganjak usianya hampir 4 bulan ini, dikaulah yang banyak mengorbankan masa lena dan tenaga untuk memastikan anakku berada dalam keadaan baik dan terjaga, abang Mintak maaf sekiranya ada tingkah laku dan sikap yang tidak baik ditunjukkan pada mu sayangku, in sya Allah abang akan jadi lebih baik selepas ini, sememangnya dikau dan anak adalah amanah yang selalu aku ingat hatta nihayah. Doakan kita semua menjadi insan yang mendapat redho Allah SWT, kaya dan hebat pun tidak menjadi nilai bagi Allah tapi yang dinilai ialah TAQWA, okaylah setakat ni saje lah untuk aku coretkan, moga kita sama2 dapat pengajaran dan kesedaran dari perkongsianku yang tidak seberapa ini, wallahu'alam.

Saturday, August 22, 2015

Aku terima nikahnya noorsaifa binti sapajan & ABI UMI menanti..2015/1436


Assalamualaikum wbt.. apa khabar teman-teman bloggers.? Hampir  8 bulan aku tak berkesempatan menulis coretan tinta ini, almaklumlah tugas di lapangan kerjaya membuatkan aku enjoy dengan kerjaya aku sekarang diselangi dengan perit tekanan suka duka namun  itulah kehidupan sebenar kerjaya sebagai murabbi, Alhamdulillah aku bersyukur pada Mu Ya Rabb. Tentu korang nk tahu macam mana kehidupan aku sekarang, Alhamdulillah setelah bergelar Zauj ke Zaujah Mahbubati Puan Noorsaifa, amanah dan tugas sebagai seorang Muslim Mutazawwij bertambah lagi, tanggal 14 Mac 2015/ 23 Jamadil Awwal 1436 aku telah selamat bergelar sebagai Suami, in sya Allah aku akan kongsikan gambar-gambar bersama korang nanti. Sememangnya inilah permulaan fasa baru dalam hidup aku, in sya Allah aku akan melayari bahtera ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah dari Ilahi, doakan kami ya teman-temanku.
















Kini Alhamdulillah, hampir 5 bulan aku hidup bersama isteri tercinta, dan bakal menanti cucunda pertama keluarga Tuan Haji Nik Mat Daud dan Puan Hajjah Wan Hamnah dari anak teruna adik beradik kami. Inilah Kurniaan Allah swt dan amanah Allah yang Dia Maha Tahu untuk aku dan isteri mampu atau tidak memikulnya, Alhamdulillah dan In Sya Allah kami sudah bersedia menerima dan memikulnya Ya Rabb, moga selamat segalanya, doakan isteriku selamat bersalin ye teman-temanku. Namun jarak jualah yang memisahkan kami sementara dek kerana tuntutan kerja, isteriku di Nabawan Sabah dan aku di Saratok Sarawak.  Permohonan untuk perpindahan isteriku ke tempat kerja ku sedang diusahakan, doakan kami tinggal sama-sama ye teman, kerana memang terdapat kekangan dan kerisauan aku terhadap isteri dan anak yang bakal lahir nanti, aku tidak putus-putus berdoa selepas solat lima waktu agar Allah dengar dan makbulkan doa aku dan isteri, moga bulan September ini rezeki kami dan anak, In Sya Allah Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Okaylah setakat ni je dulu, update pertama tahun ni, moga luahan ini dapat dikongsi bersama-sama, Wallahu A’lam.


07 Zulkaedah 1436H

Thursday, December 18, 2014

Dua Langkahan yang Baru Buatku 2015

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepadaku, aku masih lagi dapat merasai nikmat umur yang sangat tinggi nilainya, dan nikmat Islam serta Iman yang memang tidak dapat di hitung sebesar zarrah sekalipun hanya Allah swt dapat mengetahuinya. Fokus perkongsian aku pada hari ini, dapat aku gambarkan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidupku, seiring dengan masa umurku yang kian meninggalkan angka kecil kepada angka besar. Bermula dengan langkahan 05 Januari 2015, secara rasminya aku akan memulakan perjalanan seorang Murabbi yang sangat berliku dalam menempuhi arus pemodenan pendidikan dan kelompok sasaran yang bersistemkan acuan pendidikan negara iaitu para pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok atau lebih dikenali sebagai ASAR, menjadi destinasi perjuanganku dalam memberikan sumbangan kepada para pelajar di sana. Sebelum ini, aku telah menghabiskan pemerhatian dan cerapan di sekolah itu selama hampir 1 bulan setengah bermula 13 Oktober 2014, kini tumpuan dan tugas akan di amanahkan oleh pentadbir kepadaku secara rasmi pada tahun hadapan. Sememangnya aku mengetahui akan cabaran dan tugasan yang bakal diberikan kepadaku, In Sya Allah akan aku gembelingkan usaha dan langkah yang sebaiknya serta menempuhi segala halangan dengan penuh rasa sabar dan rendah diri agar aku tidak mudah rebah di pertengahan perjuanganku.

Langkahan seterusnya adalah detik bersejarah dalam hidup aku, menjelang bulan Mac 2015 aku akan mendirikan masjid bersama teman seperjuangan yang tersayang hingga akhir hayat, Noorsaifa bt. Sapajan itulah gerangan empunya badan, moga ikatan nikah yang telah dipersetujui tarikhnya 14 Mac 2015 oleh kedua-dua belah keluarga diharapkan  dapat dilindungi oleh Allah swt dengan barokah hendaknya, amin ya rabbal alamin. Aku mengetahui akan cabaran dan rintangan yang akan membadai bahtera kami, kerana itulah aku mohon doa teman-teman agar urusan dan kehidupan selepasnya akan dilimpahi kerahmatan dari Allah swt, prinsip cara tadbir keluarga Rasulullah adalah rujukan terbaik dalam meniti kehidupan bagi bergelar Mutazawwijah wa Mutazawwij. Doakanlah kehidupan kami dilimpahi dengan persekitaran Islam agar prinsip Baiti Jannati dapat dirohkan setinggi-tingginya. Aku juga mendoakan teman-teman yang lain agar dapat menunaikan fitrah manusia iaitu Az-Ziwaj dengan secepat yang mungkin, setakat ini sahajalah aku dapat berkongsi dengan teman-teman, ketika ini aku terlalu sibuk menguruskan persiapanku dan persediaan untuk memulakan tugasan pada awal tahun, dengan masa terluang ini sedikit dapat ku nukilkan untuk kepuasan tinta coretan, in sya allah akan datang dengan kemaskini coretan yang baru.

wassalam.
26 Safar 1436 Hijri

Thursday, July 3, 2014

Satu Tahun Sabar Di Uji

Assalamualaikum wbt..apa khabar sume teman2? harap korang sihat selalu..Alhamdulillah berkesempatan mencoretkan sedikit perkongsian kehidupan sekarang dengan teman3 sume..sekarang da  04 Julai 2014 bersamaan 06 Ramadhon 1435 Hjiri, sume mesti berpuasa kan..alhamdulillah..jangan tinggal3 puasa lagi kcuali kaum hawa..bila usia da makin meningkat takkan la nk buat perkara xelok lagi kan. Apa yang sedang korang lakukan sekarang? mesti ada yang kerja selepas tamat belajar kan..itulah isi yang akan ku kupas satu per satu kali ini. Tarikh 01 Julai 2013 tahun lepas menandakan aku sudah bertapak di rumah secara rasmi selepas tamat hbiskn tesis dan belajar, sehinggalah 01 Julai 2014 tahun ini, kerjaya aku masih lagi tergantung. Aku pun naik bingung dengan situasi begini..dalam tempoh tu bukannya aku duk saje2, tapi adela jugak job yang sementara2, tapi aku nk fokuskan hal kerjaya..FYI, aku konvo officialy bulan September 2013, pastu bulan Januari aku dapat IV sebagai Guru, dan tanggal 07 Mei 2014 aku dapat result lulus tapi sebagai simpanan..

Aku tak nak cite aku belajar pe, sebab entri2 lepas da aku sebutkan aku bakal kerja pe, msti korang yg da folow blog aku taw hal kerjaya aku, klu yg bru folow korang bce dlu pe aku tlis bru korang fhm..Sbenarnye itulah yg menjdi kebimbangan Ibubapa aku dalam keadaan aku sekarang..Aku pun keliru adakah aku salah pilih masa depan aku lagi? pedih campur hiba beb korang, apa yang aku rasa sekarang korang mesti rasa jugak tpi itulah realitinye dunia kerjaya ini sekarang. Aku ucapkan tahniah pada sume2 kawan yang da berjaya dalam penempatan mereka pada 01 Julai 2014 tahun ini, termasuklah yang tersayang aku, cuma aku masih tertanya3 macammanakah nasib aku dan rakan2 yang jadi reserve ni..tarikh luput reserve aku pada 17 Mac 2015 korang..bayangkan lpas hbis trikh tu aku kne aply blik n tgu IV kali kedua..Korang blh byglah pe perasaan Ibubapa aku ketika ini.. Aku tak pernah pertikai takdir Allah pd aku, cuma aku sendiri bingung dengan nasib aku ketika ini, bimbang terhdap harapan ibubapa aku dan diri sendiri.

Aku terfikir jugak, mungkin ini bukan rezeki ku dan medan ku dan aku boleh terima beb, cuma aku  nk kepastian adakah aku benar3 akan dicicirkan dari nama yang akan ditempatkan selepas 01 Julai ini? kalau betul nama aku tercicir, aku akan mencari rezeki di bidang lain dan pada masa yg sama akan ku sambung pengajian lanjutan tanpa henti dari Master sehinggalah PHD..Itulah azam aku, tapi aku masih bersabar sehingga tarikh itu, aku akan bersabar..Aku tahu Allah SWT sedang menguji kesabaran dan kesetiaan pada NYA, Ya Allah sesungguhnya aku memang berdosa ya allah, kau ampunkan dosa2ku yang lampau jika itu yang menjadi Hijab Doa aku untuk Mu makbulkan segala hajat dan inginku..

Dalam tempoh 8 lapan bulan lagi sebelum jangka hayat reserve aku ni berakhir,aku akan terus bersabar kerana aku sayang Allah..aku tahu Dialah penentu dan pembuat keputusan yang Agung..cuma aku berharap ada rezeki sementara utk aku bertatih demi menjadi jambatan ilmu pada mana2 kelompok yang memerlukan khidmatku. Moga Sabar itu menjadi Indah di akhirnya..dan Aku yakin pada MU ya Allah.

Hasbiyallah la Ilaha Illa Huwa alaihi TawakkalTU, La Hawla wala Quwwata Illa billah Al Azim X100000000

wassalam.
 06 Ramadhon 1435 H

Saturday, June 1, 2013

2 in 1...

Assalamualaikum wbt shbt2 blogers..ape cer sekarang, apakah status anda ketika ini? alhamdulillah ku masih lg mempunyai peluang utk merencamkn isi hati utk bertinta bg membiasakan diri dgn penulisan2 setelah 5 bulan kebelakangan ni agk tbatas waktu utk menyiapkan latihan Ilmiah / Tesis bg memenuhi syarat graduasi dUPSI..alhamdulillah tanggal 30 mei 2013, secara rasminya ku telah menghantarnye ke Penyelaras dan Penyelia Tesis ku...

Tajuk kali ni agk sukar utk korang fhmkn..orait biaq ceq citaa noo kat hampa suma...sbnrnye tu adelah simbol kpd bidang pengajian ku d UPSI selama 4 thn memerah akal utk mengembangkan ilmu..kali ni hampr kemuncaknya In sya Allah bulan September ni aku akn berTAKHARRUJ...bidangku adalah bahasa arab dgn pendidikan or kata lain seakan 2 degree dlm 1 pengkhususan, sbnrnye kos ku ni sama ada ku mahu teruskan dgn piour Bahasa Arab pon blh atau Pendidikan Bahasa Arab, itulah kelebihan pengajian yg ku ambik ni. Nyatalah selama 4 thn bljar PEDAGOGI Pendidikan sngt mengujakan ku kerana sume asas telah diterapkan selama 4 thn ni, pendedahan demi pendedahan ttg suasana pendidikan bahasa arab tu cukup memberi kepuasan utk meneruskan dlm kdua2 bidang ni, mane xnye secara keseluruhannya ia menjurus ke arah learning communication SKILL...in sya allah pengalaman praktikal d 2 tempat berbeza (Sabak Bernam SELANGOR Malaysia & Sana'aa YEMEN) akan ku gune spenuhnye skill & ibroh yg ku dpt bg melancarkan kpuasan Mengajar dlm pendidikan Bahasa arab...

Sbenarnya ku nk cite byk kelebihan dgn pengajian ku amk ni, kalau ak teruskn dgn Bahasa Arab ku blh menongkah ke duniaa Literatur penterjemahan ataupun sastera bahasa ataupun terus kepada Komunikasi Bahasa arab, mgkin berada dlm Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan mahupun Kementerian Penerangan...kalu bab pendidikan bahasa arab sudah tentulah akan masuk sekolah or institusi2 pengajian bahasa, in sya allah nekadku t utk mencuba semua bidang dsamping menyambung pengajian ke arah peringkat lebih tinggi iaitu Master & Doktor Falsafah, ak akan fkus kpd Pendidikan Bahasa Arab dsmping menguatkan Bahasa Arab dlm Sastera & Komunikasi, in sya allah...mohon korang berdoalah utk kerjaya ku selepas ni..amin3..setiap yg berlaku itu adalah Takdir Allah, kita hye blh rncg tp blm tentu jdi segala KekuasaanNYA adalah MILIK kekal Allah swt...

okaylah setakat ni dulu...selamat bergraduasi buat sahabat2 bloggers yg sme tarikh KONVO ku t, semoga kite lebih berjaya dan diberkati oleh Allah SWT..
wslm...

Monday, April 22, 2013

Penangan Laman Sosial...

Assalamualaikum wbt..
hai korang, what up? sihat sume? Lama da ku xpost entri baru sejak buke semester baru ni, bz sangat..
anyway, sekarang ku nk cite sal laman sosial yang macam3 da sekarang ni, twitter, fb, instangram,skype ..yg newest punye ni we chat, keek, line...mcm2 da skrg..ku skrg xdgr da frienster...idup lagi ke frienster ni?
bila da berlambak laman sosial gini, mesti byk kebaikan dan keburukannya.

Tiap kali nk wt ssuatu keje mesti bgtw status hatta msuk jamban pun ade org gtw...mak aii..agaklah2 weh, xkan hal mcm tu nk bgtw..punca byk laman gini sbb ramai da wt bisnes mlalui laman sosial, korang tahu x stp kali kite buke laman2 ni, akan berpuluh2 aliran bet n charged servis dorang dpt, ni sbnrnye pengaruh bisnes IT, yg dipelopori oleh Mark Zuckerberg ni. Mmg berbaloi2lah bisnes dorang ni, xya penat2 g keje sana sini, duduk dpn Lappy, Notebook, tgu je servis korang berjalan..sngnye alahai..

Tapi sebenarnya, distributor2 laman sosial ni sbnrnye terdedah kpd hackers jugak, so dorang kne standby block tricked or malware yg blh blok dorang punye laman2 ni dari Hackers, kira ada risiko jugaklah buat benda ni, bagi kita orang muslim pe faedahnya benda2 gini, tentulah skali jawapannye berdakwah, daripada kreativiti kite mghasilkn video ke, audio ke, n buat kata2 puitis ke akan mnarik golongan yg sdikit lalai dr anutan agamanya utk merenung n muhasabah balik dirinye, mmg agk advance ckit kalu wt keje dakwah ni kt laman2 gini, n itulah yg spatutnye sesama kite muslimin muslimat menyebarkan bnde yg betul cume agk risiko jgklah kalau amk bnde yg xbetul hujah or fhmannye akan membuat si pengikut laman tsbut lebih terpesong n tsasar jauh, bahaya toll, so igt2lah..

Bagiku, laman2 yg sedia ada ni gunakanlah sbaik2nye, terutama menolong sedara2 kite Muslimin Muslimat kt negara yg bergolak SYRIA,PALESTIN,YEMEN, MYANMAR, bantulah mereka dgn menyebarkan bantuan yg dperlukan, pastikan no akaun tu betul, jgan main masuk je duit dlm akaun fake tu, selidik dulu betul ke tidak, itu sahajalah yg dpt kite sumbang setakat yg mampu bukan? pendek kata ade buruk n baiknye laman2 sosial ni, yg pasti korang kne gune yg sbaik2nye..

Maka ku nk exposekan kepada teman2 blogers sekalian, sudi2kanlah add or folow laman sosial ku ini hehehe, yang baik, korang share, yang buruk, jgn kutuk, tp nasihatilah aku..
twitter: @NikMdSyazwan
blog: albaahir.blogspot.com

nantikan entri seterusnye
wassalam....

Saturday, January 26, 2013

الذكريات الرائعة من "البون"



أمام المدرسة فرع البنين قسم الإبتدائية
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، كيف حالكم يا إخواني وأخواتي؟ الحمد الله قد وصلتُ في ماليزيا بعد السفر وتطبيق التعليم في دولة الجمهورية اليمنية حوالي شهرين. كنتُ في هناك، أن يركّز التعليم من خلال نظامه، بيئته، شوؤن إداريته، مدارسه،طلابه، وداره ولا سيما مدرّسه حتى استفدتُ الخبرات وملاحظات كثيرة من هذه المدرسة. من قلبي الدقيق والعمق، ما أجمل المدرسة النهضة الحديثة!!، لاحظتُ ونبّهتُ اختلافات كثيرة بين المدارس الماليزية واليمنية، شجّع طلابه تشجيعا قويا ورائعا ومعظم من المدرّسين قد ناجحوا في ماجيستر وحاولوا لتكميل الدكتورة حول الجامعات متقاربة. فطبعا، أفتقدتُ من بيئة الطلاب فهؤلاء ينشطون ويركّزون الدروس حينما يبدون أخذ أساتذتهم التعليم ويستخدمون طرق التدريس مختلفة على حسب مستويات الأفكار والذكريات طلابهم.مش وجدت المشاكل كثيرة بسلوكهم مع أساتذات إلا "بيني وبينكم"، أما طلاب الفعّال قد مرّ وحلّ من حيث تنيفذ وفعاّل أساتذاتهم بأفضل الطرق.لذلك فأحببتُ جدا ملامحهم وأفكارهم لما قضيتُ ومضيتُ معهم بشهرين ولو كنتُ متناسك زمان الجديد، رددتُ هذه المنبّهات والذكريات.
مع أستاذ علي النهاري على فوق المبنى المدرسة
مع أستاذ ماجد السامعي في البيت إحدى طلابي عبد النصر في دار العنب
 فشكرتُ ألف مليار للمشرفين المدرسين محبوباني أستاذ علي النهاري وماجد السامعي هما ممتازان اللذان يعلّمان طلابهما في الصف الرابع من الشعوبات أ،ب،ج حتى ه ، د ومن خبراتهما اللذان يعطانني الحماسة والتنبيه مهمة حتى أكون متقينا ومشجّعا لبدأ آخذ التدريس لطلابي أيضا. وأخيرا سأفتقدكما جدا لأنكما "المدرسان المثالان" على التدريس في اليمن، من طريقكما  أفضل مناسب في مستويات الإبتدائية ولذلك سأدعوكما وسأرهبكما أن يأتيا إلى ماليزيا يا محبوباني...أهلا أهلا أهلا، شكرا على حسن انتباهكم في كتابتي التي تتحدث عن هذه الذكريات المنفعة.

على فوق هي مبنى المدرسة الثانوية وساحة المدرسة

على فوق هي ملعب المدرسة

أعدت الغداء في البيت أباه عبد النصر


أكرمكم الله أسرة لعبد النصر على هذا الغداء مشبعا


طلابي صف الرابع شعبة - د 



طلابي صف الرابع شعبة - هــ



في بوفيا:  مع بعض الطلاب الثانوية مضحكون



أكرمكما الله على حارسنا في السكن مع إبراهيم غيامه وعلي ردمان



مع طالب محبوبي عبد النصرفي بيته




طلابي صف الرابع شعبة -ج



صف الرابع شعبة -ج



مجاهد الشعبيّة "اليمنيّة



حفلة التقديرية للطلاب أوائل في صفوفهم



طلابي صف الرابع شعبة -أ 



طلابي صف الرابع شعبة - هـــ



مع بعض المدرسون ممتازون





























Thursday, December 27, 2012

Menitip P&P di Sekolah Moden An Nahdhah


Slm..apa kabar sume?, arap2 chat sokmo, rini ku nk kongsikn pglaman mengajar di slh sbuah skolah yg terhebat di Jamhuriyah Yamaniyah ni. Alhamdulillah sudah hampir sebulan ku ‘bpraktikal’ di sini, byk ku dpt istifaadah yg sgt bguna bukan shj dari guru2 tpi pelajar2nye. Korang blh imagin x blemana pengajaran tnpa lesson plan? Mst xtw nk wt pe kn..tula yg tjadi bg ku, stiap hari guru subjek ‘bhasa arab’ ni akan mengajar, n pastu dgn spontan dia akn mnyuruhku mengajar..bygkan..tpi sbb pk pengajaran ni perlu ditruskan wlu diberi pada mase yg xdjangka, so knela amk tggjwb mengajar. Alhamdulillah blh la bwk ngaja wlu xde plan pe2, apa yg dpt ku perhatikan spnjang bermastautin kt sekolah ni, bezanya sungguh jauh ngn sekolah di Malaysia. Perbezaannya: 1- sistem pengurusan waktu; kt sekolah ni sistem ni xbrp nk bjalan ngn baik sbb budaya pelajar2nya yg tidak penah ikut peraturan ngn baik tmbh2 lagi ble ade waktu sbg contoh waktu rehat, pljar2 ni akan rehat selama 30 minit , hbis je 30 minit plajar2 ni akan dikerah n dpanggil masuk ke kelas masing2 oleh guru2nye sndiri amacam? Beza sgt ngn sekolah di Malaysia yg mmg kne ikut peraturan apatahlagi waktu PnP or waktu rehat. Wlaupun hakikatnya pljr2nye adalah peringkat rendah mcm darjah 4, 5,6,7,8, n sekolah ni jgk terbahagi kpd 3 peringkat pertama KG(kindergarden) smpailah darjah 3 pastu keduanya darjah 4 smpilah darjah 8 ketiganya awal thanawi (menengah rendah) smpailah akhir thanawi( menengah tinggi). Kebanyakannya pljr2 disini susah nk ikut waktulah kesimpulannya wlupun waktu tlh ditetapkan pd pljr2, perbezaan 2- cara penerimaan pelajar belajar; mmg xdinafikan stp pelajar itu ada cara penerimaan masing2 tp kt sekolah ni mmg hapenin gler sbb suasananya yg sudah realistik dgn bahasa dorangkan. Stp kali guru tye soalan berduyun2 angkat tgn nk jawab smpai ade yg merengek dgn tarik2 baju or coat guru. Nilah suasana dorang klu dibandingkn ngn pljr2 malaysia mmg susah kot nk pupuk budaya gini wlupun subjek bahasa Melayu apatahlagi bahasa arab kan..

Beza 3- gaya PnP guru;  guru2 kt cni mmg cukup kental smgtnye sbb melayan kerenah pljr2nya yg amat nakal skli smpi guru tpkse mggunakan pembaris panjang, kayu saiznye kontot je(kbykan guru gune yg ni) utk mengawal sesi PnP yg berjalan. Tapi pljr2 kt cni xde yg suke repot2 sbb da mnjadi budaya dorang kne bantai n bg dorang tu hyelah gurauan smata2. PnP guru kt sni mmg tegas gler tp hye pada kelas2 tertentu je mcm darjah 4 smpai darjah 6 sbb pemikiran dorang hye suke main2 je kn dlm kls. Klu kt Malaysia PnP guru oklah jgkkn sbb disiplin tu yg diterapkan mase awl2 lg menjejak kaki ke sekolah. Guru kt Malaysia sngla ckit nk menvariasi gaya PnP dorang sbb suasana dlm kelas tu msih lg boleh dikawal wlupun xsume kls ok yg sbhagian lagi kelas bermasalah tpi dgn cara yg betul mengenal pasti gaya penerimaan pljar pasti dpt tarik minat pljar kmbli fokus pd PnP guru.Okaylah teman2..setakat ni dulu yg dpt ku kongsikan smoga ku dpt byk lagi peluang menceritakan detik2 mse mngajar selama sebulan lebih ni.
Wassalam. (1.25pm 27-12-2012)

Thursday, December 6, 2012

10 Hari pertama di SAKAN AZAL, SAN’AA YEMEN


Assalamualaikum  wbt, apa khabar sume shbt blogers? Arap2 korang chat. Alhamdulillah  syukur  pada Allah SWT, kerna ku n kwn  dpt jugak  smpi di International Airport San’aa Yemen tepat jam 11.50 malam (waktu Malaysia  4pagi) dgn selamatnya. Ku jejak Negara Yemen buat pertama kali n persinggahan Jaulah kharijiah buat kali kedua selepas Moroco. Ku n kwn disambut oleh Duta Malaysia di sana dgn 2 orang staf mereka. Agak lambat jugak nak lepas dari pintu Airpot kt sne selepas dikawal oleh Imigresen kt sne, bukan pe, dorang tgk kami ramai2 dtg dari Malaysia, jadi byk yg disoalnya: yang kene soal pengiring kam Dr Hilmi Pensyarah Bahasa Arab, naseb baik jgklah dibantu oleh Duta Malaysia.


Lepas ditahan selama hampir setengah jam jgk, barulah clear…pastu ku dibawa naik ke coaster oleh PR specialist dari Jamiah Sains & Teknologi (UST) , Dr Abdul Jabar yang sememangnya ramah tapi lambat dtg 10 minit sambut kami kt airpot. Ala kulli hal la baks, jadi kteorg pun menuju ke penempatan kami di Mazbah Jabal( Roundabout kwsn Pergunungan) , nama nya cm gunung tapi jauh sebnrnya dari gunung, kt ctu ada ada deretan kedai, jalan raya besar, flyover, simpang2 memang sibuklah.tp mase tu xsibuk sbb da tgh malam sgt. Tibe2 coester kami disimpang ke kanan mmasuki kwsn gelap yg sgt mendebarkn, tibe2 Pit…pit..pit bunyi hon coaster ke arah pintu Gate yg sgt besar dan sambil Dr Jabar td menjerit2 ke luar cermin coaster memanggil nama “..Ibrahim …Ali Iftah bab..”, lepas tu barulah dibuke Gatenye…dan  sebaik aje ku jejak kaki kt tanah kwn tu, ku perhatikan dgn khusyuk kawasan rumah tsbut yg berbentuk seperti rumah apartmen, bahagian dak3 pompuan belah kanan, kami laki bahagian kiri…nilah rumah yg diberi nama Sakan Azal.,  rumah kami ni berada di belakang hotel Azal  selang antara hotel dgn rumah kami adalah tpt persinggahan teksi2 n bas2 sewa harian. Maka nginaplah ku n kwn kt sne selama 10 hari ni..


Dalam 10 hari ni, spanjang duk kt rumah ni memang perasaan xpuas ati jek, Letrik  asek xde jek bile waktu pagi dari kul 8-4 ptg…pastu ade blik kejap …smpi kul 7 mlm xde blik letriknye..Mmg terasa r cm duduk kt Palestin jek, Allah Maha Tahu, kita hye sabar sjelah kan, ape2pun rutin harianku hye mkn n tdo sbb xde aktiviti blh dibuat…ptg n mlm bergelap dlm umh, waktu ptg n mlm sme kuat sejuk anginnye kt luar, jd nk kuapun xle sbb cuaca sgt sejuk. Ada beberapa tempat ku da pergi, antaranya Babul Yaman..kt sni ku pergi ngn pelajar2 malaysia pada sebelah malam kebetulan dorang ajak p, kt sni deretan kedai yg banyak menjual mknn kering, baju jubah., tpt ni adalah pasar beli belah yg masyur kt yamen tp kene hati2 cktlah cz kt snipun ade  penyaluk saku, mmg kne jga brg2 persendirian klau masuk pasar ni.

Kemudian hari berikutnya ku pergi DAR HAJAR iaitu tpt Istana lama pemimpin dahulu Yamen, tpt ni kalu nk masuk kne byr 100riya lbh krg (1 ringgit Malaysia ). Tpt ni mmg happening  dari pemandangannya, nk msuk sni punyalah kne turun n naik gunung bru smpi tptnye kt lembah. Dlm Istana ni terdpt byk ruang2 bilik, dapur, tpt pengkebumian, ruang tamu, bilik bacaan n tpt berjemur.Menurut cite sejarahnya, Istana ni merupakan slh satu pembaziran pemimpin ketika itu terhadap rakyat kwsn cni sbb dibini dgn cntik2 spt tidak mengendahkn sengsaranya rakyat.

Next tpt adalah d MASJID PRESIDEN: kt masjid ni dibina baru je, klu kt Malaysia ade Masjid Putrajaya klu kt yamen ni nilah masjidnya. Mmg cntik  masjid ni, dikatakan design masjid ni diambil  design spt Masjid Putrajaya jugalah, tp mmg kelihatan spt dk kt Putrajaya klu dtg masjid ni. Ada sebahagian rakyat xpuas ati  dgn pembinaan masjid ni, sbb tu ada pihak cuba utk hancurkan masjid ni, yg plg teruja adalah kwln keselamatan ketika memasuki pagar masjid ni, mmg dijaga n dikawal rapi olh tenteranya tp sebut Malaysia n Mahadhir, trus die bagi. Dlm masjid ni pun blh thn reka  bentuknya mcm seolah2 berada dlm Istana, byk lampu2 cntik2 n design dinding ngn Islamik eropah tp nk masuk dlm masjid nipun dikwl rapi dgn alat pengimbas keselamatan kt pintu utama masjid.

Manakala cite Kt sekolah plak mmg bes ngn kerenah bdak3 yaman ni hehheeh, ku  ngaja darjah 4, mmg happening gler r bdak3 ni, sgt berbeza ngn bdak2 sekolah kt Malaysia..sekali tye 10 orang angkat tgn, memanggil yassah2(ustad) n xcukup ngn tu ade yg bgun ats kusi …nak tw pasal pe? Nak JAWAB soalan kefahaman jek pun.. heheheheh tapi memang bes la, ku enjoi, tp sedikit gusar sbb adakh cara pengjaran ku dorang blh terima or x…nmpk cm enjoi setakat hari ni…alhamdulillah. Ustad yg membimbingku adalah ust Ali Nahri seorang yg berturunan Ahli Bait Rasulullah dari moyang2 n ayahnye masih lagi ade..

Kalu tgk ust ni ngaja memang sempoi tp yg byk melaung n pekik adalah ust ni sbb nk arah budak2 ni senyap n xrayau2 mase PnP dilakukan. Selama ku perhatikan semua guru2 kt sni tahan mental yg tinggi sbb memang bdak3 arab yaman ni nakal tahap gaban hehehehe..buat pengetahuan korang, ku n kwnku mengajar di sekolah lelaki, sekolah ni adalah sekolah An Nahdoh, ianya ada 2 bahagian , laki2 n pmpuan..kt sekolah tpt ku praktikal ngaja ni adlh sekolah Ibtida’iyyah n Thanawiyah, ku Tatbiq kt sekolah Ibtida’iyyah jek iaitu Sofful Robi’..Mudir sekolah bahagian laki ni adalah Ust Abdul Ghani, seorang yg tegas jugak perwatakannya tp baik n ketua bahagian sekolah Ibtida’iyyah ni adlh Ust Muhammad Mathar, perwatakannya xbyk ckp tp tegas n berhalus ble sembang kata2nya..

Kalu sembang bab waktu solat mmg bezala , waktu zohor kul 12 da azan, waktu asar kul 3, waktu maghrib kul 5lbh, waktu isya’ kul 7..hye waktu subuh je sme lbh kurang kul 5.30 pgi da msuk..masa mule2 ku duk kt sni mmg ‘JETLACK’ sbb beza waktu n keadaannya kt Malaysia, tp Alhamdulillah dpt jgk atasi ngn sengkang mata waktu kt sni wlu waktu awl ag utk tdo… klah smpi sni dulu nti ku cite ag ok…

Wslm…(8pgi 6 dis 2012)

Thursday, November 15, 2012

On Travel YAMEN after Off at Maghribi...

Assalam sume, per cer rini?
ku arap korunk chat2 je...amacam tajuk kali ni, cm best kn?? oklah nk habaq ckt kt hangpa,
insyalah 25 Nov ni, ku n Da Gang akan fly ke San'aa Yamen, doa2kan ku selamat di sana. Kami pergi ke sana atas urusan Praktikal Mengajar di salah sebuah sekolah rendah di San'aa Yamen. Kami berada di sana selama 2 bulan, dijangka bulan Januari bru sampai Malaysia. Berat hati jgk nk p sbb kne berjuang mendidik anak2 warga yamen pulak slps kami baru aje hbis praktikal kt sekolah Malaysia, berat nk tglkn yg 'trsyg' n 'plg disygi' di Malaysia. Xpela moga Dorang bersabar skejap ye..

Objektif ku bile berada di sana adalah pelajar2 kt sana dpt memahami pengajaran yg ku smpikan n mereka seronok dgn PnP ku, mudah2anlah. Mesti korunk nk tahu ku mengajar pe kn?DA TENTU lah bahasa arab bahasa plg suke aku ckp. Sbnrnye byk cabaran n kekangan ble mengajar dlm bhsa Fusha(global) dgn berhadapan ngn pelajar yg bhs Ammi(pasar), pe2pon tulah cbrn ku n Da Gang nti..moga Allah Permudahkan, amin3, ku arap DOA korunk jgk ye. Cuaca disana djangka bersalji hngga mencecah -0 c time malam, huhuhu persiapan mestilah pakaian tebal.

Ku pergi nipun sederhana sahaja, xde kaya2 sgtlah cz tujuan nk hbiskn mengajar kt sana je, kwn2ku? lantak doranglah nk kaya2 pun. Persiapan utk mengajar n menginap kt sne yg penting bukan hal2 lain. Tapi kitab2 Qawaid ku plan bwk 2je, n kamus arab je.xle byk sgt. Persoalannya nti adakah pljr2 ni lebih Advance dariku? kalu nk bincang soal bahasa so dorang mmglah champion, yg penting adalah repair QIRAAH n KITABAH dorang jek, jgn abaikan dr 2item tu.Pe2pon ilmu Pendidikan mesti dpraktikkan klu x sia2 la belajar slme 4 thn kn.

Msti korunk ttye npe tajuk MAGHRIBI skli kt ats, hehehe buat pengetahuan korunk, dulu pernah ku p Maghribi slme 1bulan je mase kt KUIS, mse tu kursus bahasa so kire ni kali ke-2 ku travel slps Maghribi tp ke Yamen ni lebih ckt 2bulan n tujuanpun besar berbanding travel yg pertama dulu. Insyalah selepas ni, akan ku travel ke tempat2 ilmu bersama zaujahku nti insyalah, Ilmu tu perlu kite cri slgi kite hidup, kerana dgn Ilmu lah kita akan menjdi manusia yg berguna dan berilmu, lagi byk kite mencari ilmu makin tunduk kite pada Allah SWT, tu azam ku, pasni MASTER n PHD insyalah..

oklah takat ni dulu, next time kte sembang k mgkin mase ku kt Yamen, insyalah ku update inside Blog
ku mohon doa teman2 blogers sume ye, slmt pergi n selamat pulang membawa ilmu yg bergune..amin3
wslm.

Tuesday, October 9, 2012

Volume #2 Memori SAMMPS



Assalam..tepat jam 1.10 tengahari bertarikh 8 Oktober 2012, Alhamdulillah ya Allah Kau masih lagi bagi nikmat sihat dan umur utk ku bagi mecari bekalan pahala MU dan menempa balik dosa2 yg telah ku lakukan sepanjang 26 tahun di alam fana Mu ini. Apa khabar teman2 bloggers? Ku harap korang sihat2 belaka, ok seperti yg kujanjikan kali ni ku nk berkongsi cerita tentang musim praktikal di sekolah ku. Citenye sekarang tentang pelajar2, ku bertuah sgt2 kerana ku dpt menjalani latihan mengajar di sekolah AGAMA yg elit jugaklah selain SEKOLAH AGAMA BESTARI kt Damansara kalu xsilap aku lah. Di sekolah ni, kebanyakan pelajar datang dari luar daerah SABAK BERNAM, pelajar2 tempatan kt sini hnye minority dalam 30 %, berbanding pelajar2 yg lain. Pelajar luar terdiri daripada pelajar dari PETALING JAYA, GOMBAK, DAMANSARA, SHAH ALAM, KLANG, PELABUHAN KLANG , WILAYAH K.L pun ado .

Mesti korang excited kan, maknenya kt sekolah ni memang menjadi tumpuan pelajar2 luar, mereka ni memang menginap kt asrama secara tetap. Bagiku, dorang ni memang terbaiklah walaupun adalah jugak yg membengkak ati guru setiap mengajar kan, tp beselah kalau kelas hujung2 tu, memang aktvti dorang goyang kaki n kakinye berjalan jek. Kalau korang katakan kt sekolah agama ni, memang jauh bezanye dgn sekolah menengah biasa, memang betullah, jurangnya memang sgt beza tp bagiku masalah2 disiplin kt mane2 pun ade, budak sekarang kan da up to date dgn peredaran masa, jadi xhairanlah dorang blh terpengaruh ngn masalah2 yg common wujud sebelum nipun. Setakat 3 kelas yg ku mengajar iaitu ting. 4 dgn dua kelas iaitu kelas B & C, dan ting.2 dgn 1 kelas iaitu kelas B. Penilaian awal aku igt kn dorang ni suke main jek, tp tidak! Dorang excited sbnernye menunggu guru baru spt aku masuk kelas dorang sbb dorang ckp “Ustaz, ustad ganti ustazah ****** ek”, smbil melemparkan senyuman dan ihtiram dorang pada aku. Memang berbeza guru yg muda dgn guru yg senior mengajar dorang, tp bukan ku nk bangga tp sbg seorang pendidik kite kene tahu kaedah P&P dan kuasai Pedagogi Pendidikan, baru kita akan lebih bersedia dan mudah diterima oleh pelajar dari segi cara pengajaran & penerimaan pelajar terhadap guru.

Kelas2 yg aku mengajar setakat ni memang menunjukkan tabiat yg baik pada ku, Alhamdulillah tapi xtahulah klu dorang sje wt baik2 je, baik husnu zonn je kn, dorang ni sgt menghormati guru kt mane2 sekalipun tiap kali terjumpe or terserempak, kalu nk dikatakan xde lgsg masalah disiplin tu, tipulah! Tp tupun hye segelintir pelajar sahaja bukan semua yg berani lwn guru. Pelajar dan Guru ni ibarat Isi dan kulit la kan, kerana kalau isi nya xjaga dgn baik, kulit jugak akan rosak sbb tulah dua golongan ni perlu saling melengkapi dan memahami, jangan suke menyalahkan 1 pihak sahaja, kita kne akui sistem pendidikan kita tidak sebagus manepun, kita banyak meniru orang luar buat, sbb tu tugas guru sekarang makin bertambah dgn bebanan hal2 pentadbiran dan pengurusan. Kesediaan pelajar menerima ssuatu ilmu bukan kerana faktor fizikal guru, tp kerana tarikan dan perasaan yg bercambah setelah merasai kemanisan ilmu itu sendiri, mgkin korang lebih prefer pada hujah yg mengatakan faktor gurulah pelajar2 dpt berjaya, ku memang xsetuju dgn hujah tu kalu korang setuju sekalipun. Usaha dan kesungguhan pelajar itu sendiri yg berjaya membentuk suatu motivasi yg memuncak sehingga dpt merasai manisnya ilmu yg telah meresapi dlm naluri mereka, bukan ke ilmu itu adalah nur yg bermaksud cahaya kan. Jadi memang kenelah hujahnye tu sbb ilmu xkn msuk dlm hati manusia itu klu jiwa rohani nya kotor dan berkarat.

Sebab itulah, bila jiwa rohani di isi dgn solat lima waktu, berdoa sepanjang malam, qiamullai dan mendoakan kesejahteraan ibubapa, Allah akan bagi ilmu itu mudah masuk dlm naluri manusia tanpa ada Qorinah mahupun Ihtiyajat yg mencabar yg blh memblocking hati manusia itu. Maka sucikanlah hati agar tidak bersepuh karat walau sekelumit manapun sekalipun, selain itu jugak byk faktor yg blh membuatkan ilmu itu kurang tersemat dlm ati kita, antaranya dari segi pemakanan, mengecewakan hati kawan dan yg paling penting peringatan kepada pelajar adalah jangan sesekali tidak menghormati guru. Kt sekolah ni pun ramai yg suka lupa dan buat2 lupa akan nasihat guru sampai 2-3 kali guru pekik baru beringat, bagiku tu degil yg bese bg seorang pelajar, tp kalu blh jgnlah salu tulikan telinga dari mendengar nasihat @ pesanan yg berharga dari seorang guru. INGAT TU!!, sebagai seorang pelajar, walaupun peraturan @ undang2 sekolah tu sukar utk kita ikut tp kne hormatilah sebagai seorang manusia yg punya akal utk berfikir, undang2 sekolah akan tetap berjalan selagi mana pelajar berada di sekolah, kalu kite melanggarnya memang akan dikira sebagai 1 jenayah besar kerana hukumnya begitu, sahsiah pelajar dibentuk bermula dari sekolah, itu sbbnye sekolah berusaha untuk menjaga pelajar menjadi pelajar yg terbaik, kerana disinilah segala2nye bermula.

Oklah, setakat ni je dulu memori pemerhatianku sepanjang menjalani latihan mengajar di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam atau ‘SAM ONE’,
Kalau korang nk berkongsi pasal sekolah ni silakanlah buat komentar ye, insyallah sama2 kita kongsi pengalaman mengajar..
Wassalam…

Sunday, September 9, 2012

Memori SAM Muhammadiah Pekan Sabak volume #1

Assalamualaikum wbt…salam sejahtera buat teman2 bloggers sekalian, ku teruja menulis pada waktu sekarang menunjukkan jam 2.07 minit hari sabtu 8 september 2012 (jadual ganti hari khamis sempena Hari raya ) sempena dengan program Solat hajat, bacaan Yasin persediaan Musim peperiksaan serta Jamuan Hari Raya peringkat sekolah. Alhamdulillah sekarang da nak masuk minggu ke-5 tempoh minggu praktikum, hanya tinggal berbaki 3 minggu sahaja lagi, tapi sekarang ku da rasa susah nk tinggalkan sekolah ni, indahnya jadi cikgu praktikal. Banyak suka duka yg ku perhatikan samada Para pelajar, Guru dan kakitangan Sekolah ini, amat memberikan pengalaman yang sangat berharga buatku.

Sepanjang ku berada di sekolah ini, nama2 guru dan ustaz yg melekat dlm fikiran ku ini adlah Ust Gos Hafiz(member kamcing), ust Jaafar sodiq(teman menyembang), ust amin taufik(ust paling kiut), ust Jaafar Kitah ( ust yg paling senior kt sekolah ni), cikgu ezzah n cikgu ain(cikgu baru yg comei2 ), cikgu fadzilah(salu dtg bilik kami cikgu praktikal), ustzh Haslinda( ustzh yg paling baik selaku guru pembimbing ku), ust Hussin ( jawonya blh dgr setiap kali sembang ngnku), cikgu ainon (jawo jugak cikgu yg salu bagi nasihat), ustzh bibi melor( ustzh salu dtg bilik kami utk baca surat khabar)…

Tu adalah antara nama2 yg salu kerap menyembang dan ramah ngn ku, cikgu2 lain pun ok jgk, cume xkesempatan bertemu salu, kalu nk dceritakan kisah n gelagat dorang, mmg byk hehehe yg menggelikan hati ku, Alhamdulillah dpt bertemu dgn kalian, yg penting pengalaman n nasihat yg berguna utk ust yg junior baru cm aku ni. Sebenarnya ku dan kwn ku ust adam diberikan bilik PBS utk urusan kerja n keselesaan kami sbbnya bilik guru lelaki da penuh maka bilik kami tu mmg menjadi tumpuan kepada semua guru2 yg suka berjalan heheheh, aku suka ngn kondisi sekolah ni, oklah bab 1 ni, ak huraikan keadaan cikgu2 di sekolah ni dulu k nti lain2 bab lain, ku huraikan hal pelajar plak ye…

Cikgu2 kt sekolah ni baik2 belako, kebanyakan ku perhati ramai cikgu2 dari Kelate, tanah tumpah darahku, yg keduanya cikgu2 jawa, tp xbyk sgt masalah kerana ku blh memahami lagi apa yg diperkatakan oleh mereka. Dalam keriangan dan keramahan cikgu2 yg ku sebut tadi, ada jugalah cikgu2 yg kurang mesra ngn ku or cikgu2 praktikal, biasalah lumrah karma begitu la kn, mereka ni jenis xbrapa ramah lah, walaupun sudah ku lemparkan senyuman, apatah lagi salam, kemurungan mereka jelas terpancar, ku tdk mengerti apa yg terbuku di fikiran mereka, tapi apa2pun mereka ku anggap sebagai abg2 n kakak2 yg lebih senior dariku, maka ihtiramlah pada mereka wlu cner sekalipun.Kondisi sbg cikgu praktikal mmg ku xkn lupekan smpi bile2, gelagat cikgu2 ade byk kategori yg ku blh bahagi2kn, 1- cikgu yg salu berleter, 2- cikgu yg salu nasihat, 3- cikgu yg sng diajak utk gosip2, 4- cikgu yg taat ikut arahan, 5- cikgu yg suke duk lepak bilik guru walau ade program ngn pelajar, 6- cikgu yg suke bg kerja kt org kalu xmmpu buat, 7- cikgu yg wt kerja last2 minit, 8- cikgu yg cool je walau byk masalah, 9- cikgu yg amk berat pasal cikgu2 lain, 10-cikgu xle duk diam, berjalan je kerjanye walau ade pnp, 11-cikgu yg rajin buat jualan langsung dlm bilik guru. Hah bykkn, namun itulah realiti nya kita sbg guru pemerhati selaku guru praktikal hehehe, byk kerenah yg kite le tgk n perhatikn.

Sebenarnya itulah asam garam cikgu2 seluruh dunia, dedikasi mereka mmg utk kecemerlangan akademik semata2 tapi selepas hbis pnp, maka terserlah sikap cikgu2 ni, pd pendapatku lah, kbykn sekolah termasuk sekolah ku praktikal mmg tdk mmbentuk sahsiah diri pelajar itu sendiri, semata2 utk cemerlang dlm peperiksaan je or istilah glokalnya adalah ‘EXAM ORIENTED’, utk pembentukan dalaman sahsiah pelajar itu kurang diberi perhatian sepatutnya pelajar ditekankn aspek agama n moral setiap masa, selalu diiingtkan tentang dosa pahala, halal haram, sifat mahmudah mazmumah, aurat lelaki perempuan dan batasannya, makanan yg halal n suci, penekanan pembentukan jiwa n tidak bputus asa, sentiasa dpt kawal emosi, pemilihan kwn yg baik or buruk, itu sume adalah aspek2 yg perlu diberi penekanan sejak dari awal lagi kalu sekolah menengah ting. 1, sekolah rendah darjah 1. Penekanan sudut agama mesti disusuli ngn kaedah konsultansi supaya jiwa anak2 dpt ditundukkn ngn cara lembut n halus.

Masalah2 disiplin tidak perlu didedahkn kpd umum terlalu melampau shingga blh memberi tekanan kpd anak2, mereka seboleh2nya tidak mahu permasalahan mereka diselesaikn secara kasar, kerana itulah mereka suka memberontak. Kita tahu sekarang ni, byk pengaruh yg blh memberi kesan secara langsung kepada anak2 kita antaranya teknologi n elemen hiburan. Maka kita sebagai guru perlu menurunkn darjah pemberontakan kemahuan mereka supaya tidak mudah diusik or diganggu oleh pengaruh2 tadi. Dalam Islam, tidak ada cara lain selain elemen agama itu diperkukuhkn dan disemaikn secara bersepadu dlm jiwa anak2. Kita sebagai guru tidak ada kuasa nk halang hasrat kerajaan bagi hiburan pada anak2 belia kita, jadi pendekatan secara halus n mempelbagaikan kaedah dakwah mahupun nasihat perlu kita gunakn. Semakin hari semakin mencabar hidup kita hari ni, maka kita kene peka ngn hal ehwal semasa anak2 belia kita, sedar atau tidak ledakan teknologi n hiburan sentiasa menggetarkn jiwa mereka, mgkin kita kne gune cara dekati mereka ngn elemen yg sama tp pengisiannya adalah berunsur dakwah n ketuhanan mahupun kerohanian.

Guru2 sekarang mgkin sudah keletihan dlm merawat hati2 anak kita, atau disebabkn terlalu jauh utk menghambat kebejatan pengaruh2 luar yg berjaya meresapi dlm jiwa anak2, walau digune pendekatan yg secara halus pun, tdk mmpu mengubahnya tapi apa2pun usaha itu perlu demi mengurangkan sedikit darjah pemberontakan jiwa anak2 walaupun tidak semua dpt dikurangkan. Apa2pun ku tabik springlah kepada guru2 sekolah ni terutama ust Khairun Nidzam selaku PK Hem Sekolah, barisan Pentadbiran terutama ustazah Jamaah selaku Pengetua, Cikgu Khodijah PK Pentadbiran dan Ust Fauzi PK Kokurikulum sekolah yg tidak jemu2 dlm mencari penyelesaian dan fikrah yg terbaik dlm mentarbiyah n mendidik anak2 sekolah ini terutama aspek disiplin. Pengalaman antum dlm membantu sekolah mengurangkn masalah disiplin amat dihargai kerana ianya bukan mudah utk memperbaiki akhlak anak2 yg sudah semakin menganjak usia dari setahun ke setahun smoga ianya menjadi pembakar semangat kpd ku utk terus istiqamah dlm alam tarbiyah ini sepenuhnya dan mampu mengubahnya kea rah yg lebih baik, Insyaallah. Oklah setakat tu sahaja utk celoteh volume #1, moga2 dpt ku ceritakan lg selepas ini memori terindah di sekolah ini dlm volume #2.. Insyaallah jika diberi kesempatan masa…
Wassalam…

Saturday, June 30, 2012

Penggredan Saiz Baju...Alahai

slm sume, kali ni ku nk cerite sal penjual2 online dan manual baju. ku cukup xbpuas ati ngn cara dorang membuat ukuran baju. ku heran npe kt malaysia ni xde sistem gred bju yg truly sume org akn ikut?. ni bkn soal kualiti bju beb, tp saiz.., ade stengah kdai ikut suke je bg kt pelanggan saiz ikut bdn..cthnye" awk ni besar ckt, sesuailah ngn saiz XL", kt kdai lain lak "awk sesuai ngn saiz L" dan ade jgk kdai ukur bgai nk rak, tp ble dpt bju cm bju budak darjah 6...huhuhu, ku da penah kene 3x situasi gtu, naseb baik le msuk ag kt bdn aku ble pakai, klu xle memang kne maki je jwbnye...

ape kata penjual kdai bg ukuran sebenar...jgn menyusahkan pelanggan, sptutnye gred saiz bju kne ikut world sized, bkn sembrono je ukur lgpun byrn hye akn dlunaskn ble pelanggan bpuas ati ngn bju yg di order. mgkin korang bg idea utk saiz bju yg da ade kan cntoh t-shirt ade collar or x kan, tp sbnrnye sume bju xde ukuran khusus, even bju kurung pompuan pun byk mslhnye nk ukur, ade stgh kdai bju da d ukur sme ngn bdn tp ble dpt cm sarung nangka kan?korang mesti penah ase cner kan terutama bloggers pmpuan.

Pe salahnye kalau kite ade gred saiz sendirikan, yg paling susah nti pd pelanggan yg order online lah cz dorang hye bg saiz sbnr bju yg dorng pkai, tp ble kes mcm ni, dorang akan time bju yg lebih kcik or lg bsar dr pe saiz dorang pakai, kesian taw..klu jnis org mmg gle sgt nk pkai bju tu, mmg merana beb sbb xle pkai jgk wlu da dbli..ku xpastila ade x penjual cdg gne gred saiz bju yg mmg dgune, tp klu xde kesianla..

ku suggestla kt korang supaya perjuangkan gred saiz bju, cz kesian kt kte nti, or korang klu nk bli bju, mmg kne bli yg da siap..try elok x ngn bdn korang. klu x mmg xdptla nk merasa bju yg korang minat tu, yg pastinya jualan online or manual ni sume sme je cz yg membuat bju tu dr kilang berbeza, ku penah tye mslh ni pd penjual bju, smpi ku mtk saiz kilang bju tu wt, tp sme jgk, xdepun saiz yg sesuai, kilang bg lain saiz, ble try kecikla besarla, sme jgk kain yg korang bli klu bg upah kdaipun, mmg dieorg ukur bdn korang, tp mslhnye ble nk buat tu, ade yg kne trik ukuran pinggul la, bahula,kan3..?

selagi masalah ni wujud selagi tula kpuasan pelanggan mmg xdpt ditunaikan, bygkan korang da blanja byk utk bju tu, tp kualitinye cm kak bedah bru blaja menjahit. ku respect r kt pmpuan or laki yg hebat dlm bidang jahitan bju ni, klu korang mmg wt yg tbaik utk pelanggan korang mmg korang hebat..ptutpon byrn korang cas mahal sbb kualiti tu ade

bgku ape yg penting kte maw pkai bju yg kte bli kan, xde mslh pe2 bru puas ati belanja sakan kt kdai bju, ni smpi nk kne ukur blikla, mtk ukuran yg selesa la, mcm2la penjual bju ni. igt beb klu xde bju, nk pakai pe? tula pentingnye bju hehehe.

oklah takat ni dulu, nti len kali ku cite lagi ek..kpd bloggers bru,, ahlan wasahlan kunjung blog ku, truskn bce entri2 ok...

kepada yg nk folow,tglkn link n folowku dulu, nti ku folow korang k..

wslm
adios...

Wednesday, June 20, 2012

Gajet yang terkini: berbaloi atau hampeh?

Assalam...hye korang pe cer? cht? alhmdulillah semakin ramai yg da ikuti blogku ini, mlm ni nk story line cket sal gajet.Mcm korg kupun teruja gk ngn bendahalah ni sume, bukan kerana kali pertama nk pakai tp rase da mampu beli heheh, sbnrnye kn jenama dari SAMSUNG, APPLE,HUAWEI, SONY XPERIA etc, bukanlah  brand yg baru wujud tp da lame sblm nipun dorang byk terlibat ngn programming n sistem hardware jek tp sejak 2,3,4 menjak ni da ade revolusi baru...

korang le byg x ble mane 20 thun akn dtg akn wujud enset bercip jz sarung kt telinga je...wah2 cm budak genius yg hot sal paper sinar 2 3 ari sudah 'ramalan gajet yg akn dikeluarkn oleh Apple'..skrg da berlambak tab, smart fon kan3...tp bgku jika tu keperluan so belila klu bukan jz nk advnce but bajet cm ciput sedut jek no wonder xyahla ek...

Mesti korang da miliki kan brand yg ku sebut td, pergh3....hebat korang tp gunela sebaik2nye teknologi tu, jgn slh gunekn tp tulah makin kite berhati2 makin terdedah lak ngn bnde2 yg le jatuhkn maruah kite kan3..
sebenarnya itulah pro kontra hal gajet ni...ade yg le sngkn urusn kite n yg le jatuhkn maruah kite...oklah xde pe nk story ag....next time kite borak ag youk....

wslm..

Tuesday, June 12, 2012

Nagase Tomoya beri Impak 'feeling'..


Assalam,...Erk.... terasa nk menulis pulak malam2 buta nie...yela mood exam da hbis kn...
ok skrg off topik cikit je......tibe2 pulak rindu pada drama Jepun yang pernah ku tonton...antaranya 'my boss my hero', 'karei naru spy', Mukodono 1 & 2, yang paling ku xkan miss tgk byk kali tajuk 'Miporin no Ekubo'.Semua drama dilakonkan dengan berjaya oleh Nagase Tomoya...ku suka gaya sempoi die ni..lakonan drama yg sume die amk menjadi memberi kesan dlm diriku...

Kalau nk bandingkan filem or drama mana2 negara, aku blh thumb up r kt Jepun, try korang tgk shoot video die? fuyoh...memang jelas giler n HD, skrg trend mmg sume berdefinisi tinggi, kelebihan yg ade pd drama or filem jepun adelah sudut penceritaan n shooting angel nye...aku berpuas hati ngn drama yg ku tonton sebelum ni, tkeluar jgklah airmata ni kdg2...xcaye korang taip link cite "Mukodono 1"..

Cume setakat ni agak payah dah nk tgk lakonan aktor,penyanyi band TOKIO ni dlm drama, nk tye koranglah ade x link or kdai2 yg memang ekslusif jual cite dr jepun terutamanya? sekarang ak tgk kt pasaran blambak ngan ANIME jek..

oklah...tu je..perkongsian..
wslm

Friday, June 8, 2012

waktu-waktu terakhir...

(dalam Toiirah ETIHAD AIRWAYS maa akhi sperjuangan mnuju ke MAGHRIBI) Alhamdulillah syukur pada MU ya Allah kerana memberi kesempatan padaku untuk menikmati kurniaan MU... apa kabar teman2? lama da xupdate status catatan baru ni sejak bulan 3 yang lepas... heheh manyak kijo woo....apepun waktu yang lapang ini, dapatlah ku nukilkn sedikit cerita2 yang terjadi selama 3 bulan yang berlalu... bulan 4 : memang musim belajar yang sangat memenatkan ku..tp xpelah belajar tu kan jihad..syahid dlm pertengahan jalanNYA adalah ganjaranNYA..ketika ini ku sibuk memikirkan subjek2 dalam takhassus ku ambil, terutamanya Turoq tadris...mencabar woo...ingat senang ke nk mengajar dalam bahasa Arab?? kalau setakat mengajar dlm BM tentu2 da xpk sgt...lebih2 ag, tegasnya pensyarah kami yang baru datang dari UM (Prof dato' dr. Hasan Basri) seorang yang pakar dalam pendidikan dan pengajaran B.arab, bekas penggubal buku teks Bahasa Arab sekolah Mnenengah KPM, pakar dalam penyediaan Soalan2 dalam subjek Bahasa Arab...dlm subjek ni kami kene buat soalan, kajian tindakan, rph, makro n mikro teaching..tu yng tsgt sibuk duk mikir, cm subjek len pun same jgk besela asaimen + taqdim.. bulan 5: bulan pecutan yang sangat mengujakanku, pada masa ni sume keje xdan nk capai so knela buat step by step..dicampur ngan mid exam yang lewat cikit kerana CUTI-CUTI bak kata muhadhir ku DR YAHYA TOYIN MURITALA 'kanapa awak cuti-cuti baayak?'' hehhehe besela dr, ni kan malaysia budaya da gtu...smbil die membalas jgk ngn "IKUT AWAKlah' hehehe, selain tu bulan ni ku kene setel sekolah yang mahu dipraktikum ..nk taw sekolah pe? jeng2...mintak dengan kawasan yang dekat ngn U je...kata hati mahu je balik kelate, blh ku sumbang blik kt tpt lama ku tp apakan daya xdapat nk tolong...SMAT KKB je... bulan 6:bulan exam..sekarang ku ngh exam...ade 1 paper je ag...alhamdulillah sekarang ngh siapkan proposal latihan ilmiah, sudah 3x TASHIH,TASYRIH,TOLAAH yang dibuat oleh Muhadhirku yang paling senang kubicara DR ABDUL MUNIEM..tajuk tesis ku ,ku sambung tajuk diploma dahulu...alhamdulillah sekarang ngh siap di fasa2 terakhir...yang paling ku teruja bile menghadapi exam, kerana paper nilah yang terakhir ku sejak bergelar studen UPSI..selepas ni tgl Praktikum dan Buat Tesis je...alhamdulillah Allah permudahkan segala urusanku, moga semua subjek exam yang pernah ku amik ni menjadi bekalan untuk menjdi pendidik yang berjaya dan beramal dgnnye INSYAALLAH ..di saat ku sibuk ngn exam n buat proposal, ku diberitahu bahawa ku n kawan akan dihantar menjalani praktikum di UNIVERSITI TEKNLOGI YEMEN ,hadramaut..alhamdulillah allah bagi rezeki kepadku untuk musafir kali yang kedua selepas MAGHRIBI tapi berat jugak nk pergi kerana melihat kekurangan diriku yang belum cukup mantap, apa2pun ku akan dibengkelkan dulu selama 3 bulan 6,7,8 maknenyaku hanya balik bercuti seminggu shj kt umh kelate huhuh , xpe demi ilmu ku jihad allahuakbar!!! bulan 9 dijangka akan terbang ke sana...doakan ku ya teman2 bloger agr ku dapat manfaat sepanjang jaulah ta'limiyah ku di HADRAMAUT...selama 3 bulan ku di sana...(dalam ati lamenye nanti xbsembang ngn famili dan yg tersayang..upss) apa2pun AJHIZATUL AL MUTATOWWARAH kan ade...gune je heheh INSYAALLAH.. oklah setakat ni dulu ku bercerita... insyaaalah sepanjang JAULAH TA'LIMIYAH nanti ku update.... wslm....

Friday, December 30, 2011

lambaian sayu.....pergi buat selama2nya......

assalamualaikum wbt...
alhamdulillah dapat ku coretkan sedikit
tinta dari apa yg ku rasa sehingga saat ini..

pernah ku teringat akan sesuatu kisah dimana
saat Baginda Muhammad SAW pergi meninggalkn
umatnya buat selama2nya
tangisan dan ratapan tidak dapat dibendung lagi
oleh semua para sahabat...
paling ketara sahabat yang amat
kental jiwanya bukan sahaja di medan makrikah
tapi hebat keperibadiannya di luar sana
andainya mujtama' fi haza asr tdk mengnalinya
pasti akan gerun dgn kebengisan perwatakannya

sahabat yg dimaksudkn itu adalah umar al khattab RA
beliaulah paling tidak dpt menerima pemergian baginda
buat selama2nya, atas nama kasih dan sayang buat baginda
beliau pernah mengatakan bahawa sesiapa yg menyebarkan
kematian baginda akan dicarinya ...begitulah lambaian sayu
Umar meratapi sehingga begitu sekali..

untuk kita sama2 muhasabah, yang pergi tetap pergi
namun satu lompang besar dlm kedukaan itu pasti
tidak dpt dtutup sehingga sukar kita melihatnya..
melihat kepada refleksi diri ini dan teman2...pasti ada
sesuatu @ banyak yang mahu diratapi...
yakinlah bahawa itu semua adalah ujian buat hamba2NYA
dan setiap ujian itu diuji mengikut kemampuan
dan kudrat kita, Allah pasti Tahu akan makhlukNYA

Allahurabbi, sedar x sedar sudah menjengah 1433hijr
dan beransur aa'm qamari 2012...
setiap hari dimamah usia, amal belum cukup,
taubat sentiasa terbuka, iman makin luntur,
dimanakah kita sebenarnya?
dikala kita sibuk mahu mengejar harta, pangkat,
dan pasangan hidup berbayarkah kita dengan amal soleh
kita kerjakan utk DIA?
jauh sekali tidak, padahal ibadah umum pun belum tentu
dapat dipenuhi apatah lagi ibadah khusus....

makin hari makin penat meniti ranjau
sering ku terfikir apa yg ada pada usiaku sebegini?
allahurabbi...yang pergi(umur,gembira,duka,amal bertambah @ berkurang,
kejayaan,kegagalan)hanya DIA dapat menguruskannya..
kalaulah aku dapat melihat amalan ku, tentu aku tidak
dapat nyenyak tidurku,tentu sekali aku tidak cukup
meletakkn dahiku ke tikar sejadah berqiamullail tiap2
dinihari kerana kesuntukan masa...

allahurabbi...
ku mohon dariMU agar lindungilah aku dari azab
nerakaMU dan seksaan azab kuburMU di atas segala
dosa2ku yang tidak terhitung banyaknya
sementelah aku berdaya memohon taubat dari MU
keampunan ku PINTA dr MU

ku rela pergi andai diriku
sudah cukup syarat menepati ganjaran MU disana
dari hinanya diriku kerana gagal tidak cukup
syarat menghidu keampunan MU...
istiqamahkanlah aku pada jalan MU dan Engkau redhai...
andai masa itu penting
terjamin kah amalan kita untuk kubur?
andai sedar itu bernyawa
terpahatkah keinsafan dalam hati?
andai dunia yang dicari
terjaminkah kita di lembah syurgawi?
andai cinta itu tulus
terjaminkah ianya hanya untuk Ilahi?
andai taubat yg bersilih ganti
terjaminkah penghisaban kita di titian sirot?
andai rintih dan laranya kita berdosa
terjaminkah hati kita benar2 ikhlas keranaNYA?


seANDAInya itu banyak disusuli dengan
JAMINAN yang tidak dpt dirungkaikan
itulah tahap kita yg sebenar
kerana ALLAH menerima sesiapa sahaja yg beriman
yang menyerah diri sebulat2nya pada DIA
refleksi buatku..
Allahurabbi
wslm..

Friday, September 30, 2011

Ma, saya sayang sangat ma!!!



Alhamdulillah, dikesempatan ini, aku dpt lg mencoretkn catatan yang tidak seberapa ini
bagi mengisi masa senggang yang berbaki 5 minit ini...sebelum jasadku kaku dan perginya rohku
disisiNYA utk semalaman...smbil2 membaca artikel2 isu2 semasa..hatiku tersentuh tersangat2 pabila
aku menghayati satu artikel yang penuh sarat dengan erti sayang dan pengorbanan sebenar seorg Ibu,berapa kalikah kita sudah berkata "aahh...alah...aduh..." terhadap ibu kita tanpa kita sedari?
sejurus aku menghayati kisah ini, aku trus mencapai hanset ku dan trus menghubungi kekasih ku yg amat aku cintai dan syginya, walhal waktu sudah menjengah larut malam, nasib baik ibuku dapat menyahut panggilan ku, dan ku berkata padanya," ma, iwe sayang ma sgt2..ampunkanlah dosa2 iwe dan salah silap, kasar bahasa pada ma smbil aku mengalirkn airmata mencurah2 sehingga ma ku dpt menenangkn ku, dan ma dlm keadaan bimbang bertanyakn "kenapa ni?sudahla ma memang da maafkn iwe sokmo2 dan ma xamk hatipun kalau iwe tersalah ckp dan buat sesuatu perkara yang ma xsuko", alhmdulillah..selepas itu aku dpt menenangkn diri dan mengakhiri perbualan kami, aku ucapkan iwe sayang ma sgt2 dan akan jaga ma n abah smpi iwe xde"...

fuh..memang meleleh airmata kerana penangan menghayati artikel ini..utk kesedaran teman2ku sekalian,jom kita hayati kisah ini....

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Kredit yang tak terhingga kepada Dominique Padua Balaba...
teman2ku sekalian, walau cmne sklipon kite sibuk dengan kerja dan sudah berkeluarga, igtlah kasih sayang pengorbanan seorang ibu sangat2 mahal di sisi Allah taala..Redha Allah pada kita adalah terletak kepada Redha Ibubapa...huhuhu renung2kanlah...dan selalulah minta ampun dari mereka juga bertanyakan khabar pada mereka walau seminit sahaja..yang paling penting
ucaplah...IBU..AYAH, AKU SAYANG PADAMU!!
wslm...