Bismillah, kali ini kita cuba menghayati dan memahami surah ke-3 antara surah terawal dalam Juz 30 ini. Surah ini diturunkan di Makkah, mengandungi 42 dan dinamakan surah ini A'basa yang bermaksud Memasam Muka kerana pada awal surah ini Allah swt menegur Nabi Muhammad SAW seperti yang dijelaskan dalam ayat2 suci itu.
Intisari Surah ini:
Membentangkan satu peristiwa yang menyebabkan baginda ditegur oleh Allah SWT supaya kejadian itu tidak berulang lagi. Peristiwa itu berhubung dengan seseorang Islam yan Buta, telah datang berjumpa dengan nabi untuk bertanyakan perkara2 yang mengenai agama, tetapi nabi yang mulia tidak dapat melayannya kerana ketika itu,nabi sedang memberi penerangan kepada ketua2 kaum Musyrik Makkah dengan harapan kalau mereka memeluk Islam maka ramailah pengikut2nya akan turut serta. Setelah diingatkan supaya kejadian demikian tidak berulang lagi, lalu Allah menerangkan perihal hakikat Al-Quran yang menjadi pengajaran dan peringatan yang mencukupi untuk orang2 yang mahu mencari keselamatan dan mengharapkan keredhaan Allah.
Cerita ini bermula pada ayat 1- 10, di sebalik cerita ini adalah Cara Dakwah dan Sasaran Dakwah dimana cara ini Allah swt hanyalah memberi peringatan kepada Nabi Muhammad SAW tentang cara layanan bila berlakunya datang 2 pihak pada satu masa dalam memberikan ilmu atau mesej Agama iaitu 1 pihak diberi layanan baik, manakala 1 pihak lagi tidak diberikan layanan. Jika kita lihat Sasaran Dakwah dalam cerita ini terdapat 2 golongan Mad'uu iaitu Ketua Kaum Musyrik(Pemimpin/Intektual/Berpangkat) dan Seorang Buta yang Muslim(kurang upaya/miskin/tidak berpangkat), manakah pilihan kita? pandangan Mufassirin terhadap layanan 2 golongan ini berbeza kerana Allah SWT Maha Mengetahui tentang sejauh mana keimanan Orang2 Musyrik dimana Teguran diberikan kepada nabi Muhammad saw kerana Allah sudah mengetahui akan iman Ketua2 kaum Musyrik tersebut yang tidak akan menerima Islam dan menganutinya sedangkan telah datang seorang Muslim yang sudah beriman tetapi buta untuk mengenali Islam lebih mendalam.
Ayat 11-22, Allah swt menegaskan kesilapan nabi dalam memberi layanan dengan mendatangkan keagungan Al-Quran dan pengajaran yang boleh dijadikan petunjuk, Lalu Allah jelaskan tentang peringkat kufurnya manusia yang Ingkar; "Tidakkah mereka berfikir, dari manakah mereka diciptakan oleh Allah? mereka diciptakan dari Air Mani yang sedikit serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab(Taklif), kemudian Jalan yang Baik mahupun Jahat dimudahkan oleh TuhanNYA kepadanya untuk menimbang atau berfikir jalan manakah yang patut dipilih, kemudian dimatikan mereka lalu diperintahkan supaya mereka dikuburkan, dan jika Allah berkehendak akan mereka, mereka akan dibangkitkan semula". Lanjutan ayat 23-32, Allah memberi penegasan kali ke-2 kepada orang2 yang Kufur yang tidak melihat bagaimana ciptaan asal mereka sebagai Kekuasaan Allah SWT dengan memerintahkan mereka melihat kepada Makanan yang dapat dimakan, Semuanya itu untuk mereka dan binatang2 ternak mereka
Setelah menerangkan nikmat2NYA yang telah dilimpahkan kepada manusia supaya mereka bersyukur dengan Iman dan Taat akan perintah2NYA, pada akhir surah ini antara ayat 33-42, Allah swt menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada hari Kiamat, Antaranya apabila kedengaran suara Jeritan yang Dahsyat( Tiupan Sangkakala Kedua), semua manusia lari tidak kira ibubapa,saudara, isteri, anak2 dan lain2, tidak akan ada urusan yang lebih penting melainkan untuk menyelamatkan diri masing2. Pada masa tersebut akan berlakunya suasana sebenar bagi menilai dan menghitung amalan yang baik dan buruk, digambarkan oleh Allah swt muka Orang beriman berseri2, gembira dan tertawa riang manakala sebaliknya bagi Orang2 Kufur/Ingkar yang muka mereka penuh dengan debu, dilitupi hitam dan gelap lagi menakutkan. Begitulah pengakhiran manusia setelah diberikan petunjuk dan gambaran yang amat mengerikan supaya manusia bersedia dengan Iman dan Amal yang soleh untuk kebaikannya di dunia mahupun akhirat. Semoga kita dapat mengambil Ibrah yang sangat berguna ini.
Wallahua'lam, pandangan ini berdasarkan pandangan zahiriyah dan diolah bersama sumber yang masyhur, jika terdapat kesalahan, mohon ditegur :)
Sumber: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
7 Rabiul Awwal 1435H
Geng
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
Wednesday, January 8, 2014
Thursday, January 2, 2014
Tadabbur Naziaat ayat 6-46
Bismillah..Pada post yang lalu, kita sudah memahami ayat 1-5 tentang sumpahan tegas Allah swt dengan Makhluk2NYA yang mentaatiNYA, kali ini saya cuba mengupas ayat 6 hinggalah ayat ke 46. Lanjutan dari ayat 1-5 allah telah bersumpah dengan makhluk ciptaanNYA tentang hari pembalasan, pada ayat 6 - 14 allah telah memberi Ingatan kepada semua makhluk2NYA bahawa hari Pembalasan akan tetap berlaku, allah gambarkan pada kita suasana tersebut ; "pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang mggoncangkn alam sehingga semua makhluk mati dan hancur"diikuti pula tiupan sangkakala yang kedua yang menyebabkan semua makhluk yang mati tadi dihidupkan semula, Hati manusia pada hari itu takut dengan setakut-takutnya, pemandangan mereka tunduk dan gerun", demikianlah gambaran bilamana berlaku hari Kiamat namun tempoh tiupan pertama dan kedua itu menjadi persoalan kepada kita apakah jarak masanya dekat atau lama(saya akan dapatkan pandangan alim ulama tentang ini), walaupun gambaran hari pembalasan telah diberikan oleh allah swt, namun masih lagi ada golongan yang Ingkar dan bertanya akan hari tersebut, mereka berkata "sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dulu?, Bolehkah dihidupkan semula sesudah kita menjadi tulang yang reput?, Kalaulah berlaku sedemikian, sudah tentu kembalinya kita hidup semula itu satu perkara yang merugikan(nada ejekan), situasi inilah yang digambarkan oleh allah swt dengan sifat angkuhnya mereka mempersoalkan tentang kekuasaan Allah swt dalam menghidupkan dan mematikan makhluknya sambil mengejek dan mempersendakan Kuasa allah swt? Allah menempelak mereka dengan berkata, " Menghidupkan semula tidaklah sukar kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan SATU JERITAN TIUPAN KEDUA yang menyebabkan mereka bangkit semula dengan serta merta berada di muka bumi yang putih rata!". Kalau kita perhatikan huruf Fa' disebutkan dalam 2 jawapan yang jelas Allah menangkis persendaan mereka, fa itulah FA' SABABIYYAH menandakan secara pantas jawapan Allah bersifat Aziz MAHA BIJAKSANA, mungkin 1 persoalan yang timbul apakah yang dimaksudkan oleh Allah swt iaitu MUKA BUMI PUTIH RATA?(saya akan dapatkan pandangan alim ulama tentang ini).
Sementara ayat 15, Allah membawakan cerita tentang kisah nabi MUSA as bertanyakan kepada nabi Muhammad saw dengan gambaran Kuasa Angkuh Firaun. Pada ayat 16-25, Allah menceritakan kisah bagaimana sabarnya nabi Musa dalam memulihkan tauhid Firaun dengan kuasa mukjizatnya bagi menunjukkan KEKUASAAN ALLAH SWT yang bersifat Agung LA SYARIKA LAHU sehinggalah Firaun laknatullah alaih DIAZAB dengan seksaan yang sepedih-pedihnya, allah swt memberi peringatan kepada golongan yang ingkar tadi dan allah mempersoalkan balik kepada mereka pada ayat 26-27, "Adakah sukar bagi AKU untuk menciptakan kamu semula berbanding Langit yang telah AKU bina dengan kukuhnya?!", Ketahuilah bahawa kisah Firaun laknatullah alaih ini disebut berulang kali dalam Al-Quran bagi menunjukkan Allah sangat murka pada orang yang mensyirikkan allah dengan Zat diri makhluk itu sendiri. Allah swt menunjukkan kekuasaanNYA dengan menimbulkan persoalan kepada golongan ingkar tadi dengan melihat Bagaimana Langit, Malam, Bumi, Gunung ganang dan Haiwan ternakan disempurnakan dan diciptakan dengan Kuasa Allah swt, semua ini pada ayat 28-33.
Allah swt menyambung balik gambaran hari Kiamat kelak pada ayat 34-41 dengan "apabila datang datang hari yang bencananya amat besar, iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya dan Neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, maka dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya, adapun orang yang melampau perbuatan derhakanya serta mengutamakan kehidupan dunia semata-mata sesungguhnya NERAKA JAHIMlah tempat kediamannya. Allah swt memberi Ingatan yang PERTAMA dulu kepada golongan ingkar tentang keperitan dan bakal destinasi yang akan dihuni kemudian baru allah swt menyebut golongan KEDUA yang Menghambakan Akhirat dengan "Adapun orang yang takutkan keadaan semasa berdiri di Mahkamah Tuhannya untuk dihitung amalnya serta menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, maka SYURGAlah tempat kediamannya", Peringatan allah swt kepada golongan yang disebutkan terlebih dulu iaitu golongan MENGHAMBAKAN DUNIA adalah SAMA seperti golongan MELAMPAUI BATAS dalam surah an-NABA' dimana Allah swt menyebut dahulu BALASAN AKAN DITERIMA antara 2 golongan ini, juga kebanyakan dalam surah-surah yang lain. Ini menunjukkan bahawa Allah swt memberi peluang kepada manusia yang sedang melakukan apa yang allah LARANG supaya beringat dan waspada akan balasan kelak. Menyambung pada ayat 42-43, golongan ingkar ini terus sangsi dan bertanyakan selalu kepada nabi Muhammad saw dengan "Bilakah Masa (hari Kiamat) datangnya?, Apa hubungan tugasmu(nabi Muhammad saw) dengan soal menerangkan masa tiba hari Kiamat itu?", lantas pada ayat 44-46, allah swt terus menjawab "kepada Tuhanmulah(wahai muhammad) terserah kesudahan ilmu mengenainya, tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang-orang yang takut akan huru hara hari kiamat itu, sangatlah dasyat huru hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah MERASA pada melihatnya SEOLAH-OLAH MEREKA TIDAK TINGGAL di DUNIA kecuali suatu PETANG atau PAGI SAHAJA".
Allah swt memberikan MOTIVASI kepada nabi MUHAMMAD SAW dan para MU'MININ akan kepentingan DAKWAH pada MEREKA yang terlalu MENGHAMBAKAN DUNIA & MELAMPAUI BATAS, sesungguhnya PADA ALLAH jualah diserahkan kerana MENJALANKAN DAKWAH itu bukan senang tapi berliku dan YAKINLAH bila mana Allah sudah berpuas hati pada keazaman dan pencapaian kita, ALLAH SWT JUAlah yang AKAN MENGEMBALIKAN KITA KEPADANYA dan akhir surah ini allah janjikan SESALAN Golongan yang Menghambakan Dunia & Melampaui Batas denga amaran dan sesalan yang tidak keruan..
Tafsiran dan Pandangan ini hanyalah zahiriyah dari saya semata, jika ada salah mohon ditegur segera
wallahu'alam
wassalam

Wednesday, January 1, 2014
Taddabbur Naaziaat ayat 1-5
أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
والنزعت غرقا
والنشطت نشطا
والسبحت سبحا
فالسبقت سبقا
فالمدبّرت أمرا
Maksudnya;
Demi (makhluk2) yang mencabut(apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar2nya
Yang menarik(apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara selembut2nya
Dan demi(makhluk2) yang cergas bergerak(menerima perintah) dengan gerak yang secergas2nya
Lalu masing2 berlumba2 dahulu mendahului(menjalankan tugasnya) dengan cara yang bersungguh2
serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya(sumpah demi sumpah sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat!)(sifat2nya)
Ayat Tazkirah;
Dalam surah an-Naziaat, mempunyai 46 ayat, diturunkn di Makkah, Sebab dinamakan surah ini kerana pada awal surah Allah swt bersumpah dengan makhluk-makhluk yang mencabut apa yang ditugaskn mencabutnya iaitu maksud kepada nama surah ini An-Nazi'aat dan bersumpah dengan makhluk2 yang lain yang disebutkn pada ayat berikutnya.
Bukti Lafaz Qasam(Sumpah) adalah salah satu huruf Qasam iaitu huruf WAW terdapat dalam permulaan ayat ini hinggalah ayat ketiga, Sumpahan demi sumpahan allah isytiharkan bagi mengingatkan manusia bahawa semua makhluk2NYA akan dibangkitkan hidup semula pada hari Kiamat untuk menerima balasan. Dalam ayat 1-5,Allah memulakan peringatan tegas dengan bersumpah terhadap makhluk2 ciptaanNYA. Sesetengah Mufassirin menafsirkan siapa makhluk2 Allah swt itu dengan pelbagai makhluk antaranya Malaikat, Bintang dan sbginya tapi jelas bagiku tafsiran makhluk yang allah swt bersumpah ini adalah Malaikat.

Renungilah ancaman Allah sebutkan dalam ayat yg telah diberikan
(tazkirah ini berdasarkan pandangan tafsir zahiriyah sahaja, jika ada sebarang kesalahan, ku mohon ditegur)
sumber:
Al-Quran rasm Uthmani
Mushaf Tajwid diterjemah Syeikh Abdullah Basmeih
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
bersambung ....
gambaran berlakunya Qiamat
Wednesday, July 31, 2013
Tadabbur An-Naba’
Bermula dengan ayat ke-4 dan
5, Allah melarang mereka berselisih dalam hal tersebut dengan syadiid=PENEGASAN
bahawa mereka akan mengetahui juga bila
ianya(HARI PEMBALASAN) bakal terjadi,
setelah itu Allah bagi tabyiin=PENJELASAN tentang kekuasaan Allah yang sudah
jelas dan nyata tentang hakikat ciptaan Allah swt yang MAHA AGUNG bermula dari
ayat ke-6 hinggalah ayat ke-16 supaya
mereka(golongan kafirin wa musyrikin) sedar akan kebesaran KUASA ALLAH
mengatasi segala-galanya. Intisari dari ayat-ayat ini sudah cukup menginsafkan
kita tentang kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya, kenapa perlu kita mencari
dunia, sedangkan segala apa yang telah Allah ciptakan, sekelip mata boleh
dihancurkan dengan lafaz KUN FAYAKUNN bermula dengan bumi yang boleh
dihancurkan, gunung ganang yang tidak terjangkau oleh manusia boleh menjadi
debu yang berterbangan, malam boleh ditukarkan kepada siang yang mencacak
kepanasannya bak berada di gunung sahara yang kering kontang, itulah kebesaran
Allah swt. Soalku terhadap kelantangan golongan kafiirin wa musyrikiin, adakah
hati mereka sudah menjadi hitam legam sehingga sukar melihat dengan
pancaindera(MATA dan HATI) untuk mengagumi KUASA ALLAH swt di atas muka bumi
ini? Dan adakah wujud golongan ini pada zaman sekarang 2013 sampai
bila-bilapun? Nauzubiillah min zalik…mintak dijauhkan semua tu ye teman-teman,
jangan kerana ZIINATUN DUNYA=perhiasan dunia kita menjadi MULAGHWIYUUN=orang-orang
yang lalai terhadap tujuan TAABBUD=taat dan patuh kepada ALLAH swt yang
sebenarnya.
Gambaran suasana YAUMU
SAA”AH telah diberitakan oleh ALLAH swt dengan jelas pada ayat 17 berpaksikan
TANBIHAT=amaran yang bermaksud ‘sesungguhnya hari pemutus(hari pembalasan)
telah diTHABITkan=ditetapkan pada waktunya
yang telah ditentukan oleh ALLAH swt. Ayat ini jelas menjawab balik
pertanyaan dan perselisihan golongan tersebut di awal ayat yang pertama sekali.
Allah datangkan saat-saat berlakunya
hari pembalasan tersebut dengan permulaaan pada ayat 18-20 dengan SUUR=suara
tiupan sangkakala yang dasyat mengerahkan manusia yang telah dibangkitkan
menuju ke MAHSYAR=tempat perhitungan yang abadi. Janji Allah itu pasti, Allah
datangkan UQUBAH=hukuman secara terus dengan mengingatkan tentang NERAKA yang
pedih azabnya bagi golongan tersebut bermula pada ayat 21 hinggalah ayat 30
yang memberikan JAHIIM=seksa yang teramat ‘Rasalah kamu akan azab yang telah
disediakan buat kamu, kami tidak akan menambah yang lain kecuali azab-azab yang
berbagai-bagai kepada kamu!’, ALLAHURABBI..ketakutan mula menyelubungiku kerana
ku khuatir akan hidup ku kelak, adakah kufur dengan nikmat Allah berikan
sehingga tidak lagi merasai syukur di atas nikmatNYA dan IBADAHku bagaimana
kelak? Nyatalah intisari ayat-ayat di sini telah membulatkan tekad ku untuk
terus memohon taubat dari ALLAH swt. Ingatlah teman-teman sekalian, taubat itu
adalah salah satu ciri-ciri TAQWA, Allah sangat menyukai HAMBA-HAMBA yang
Muttaqqin=orang-orang bertaqwa, kenapa kita mudah berasa selesa dan senang hati
untuk tidak sujud padaNYA di malam hari hanya untuk memohon MAGHFIRAH dariNYA?
Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menitikberatkan soal taubat dan amalan IBADAH
yang lazim, walhal Allah swt telah janjikan syurga abadi buat baginda, tapi
baginda tetap sujud dan menghambakan dirinya pada malam hari sehingga bengkak
kedua-dua kakinya SUJUD TAABBUD kepada Allah
swt kerana BIMBANG amalan baginda tidak diterima dan diampun olehNYA…kita?
Ya allah, istiqamahkanlah diriku untuk memohon pengampunan dariMU YA
ALLAH…INNAKA ANT TATTAWWAB RAHIIM..
Saat yang menggembirakan
Allah datangkan pada ayat 31-36 iaitu berita perkhabaran yang baik dan sangat
menggembirakan bagi golongan MUTTAQIIN MAFAZA=orang-orang bertaqwa yang sangat
cemerlang, Allah ceritakan gambaran balasan SYURGA ADNIN yang telah disediakan
bagi golongan yang taat dan patuh pada Allah swt. Allah sebut terbentangnya
taman-taman bunga yang indah dan kebun-kebun dipenuhi buah-buahan yang lazat
terutama Anggur, perawan-perawan yakni pasangan-pasangan yang sangat cantik dan
hensem iaitu ATRABA=umur yang sebaya hayatnya dalam syurga, gelas minuman yang
dipenuhi dengan minuman yang melazatkan serta tidak ada kedengaran suara yang
sia-sia dan dusta melainkan yang baik-baik sahaja. Allahurabbi, itulah balasan
yang setimpal Allah swt kurniakan buat mereka setelah bertahun-tahun lamanya
menghambakan diri, harta, iman, hidupnya, ibadahnya hanya pada RABBUL JALIL. Pada
ayat 37-38 menerangkan keadaan yang jelas Allah BERKUASA atas segala-galanya
baik segala perintah dan arahan yang telah Allah tegaskan dipatuhi oleh semua
MALAIKAT baik dari segi Allah tadbir Langit dan bumi dan antara kedua-duanya, itu
semua hanya kerana AR-RAHMAN sifat agung Allah swt hanya dengan KEIZINAN Allah
swt, para Malaikat semua menuruti kerana semuanya adalah BENAR dari ALLAH
AZZAWAJAL. Sekali lagi Allah tegaskan pada ayat 39 bahawa itulah hari PEMUTUS
HUKUM yang sangat-sangat benar bakal berlaku, dan Allah swt MENAWARKAN kepada mereka iaitu golongan yang
berkeinginan untuk kebaikan diri mereka, MAKA AMBILLAH jalan dan cara
hidup(IMAN dan AMAL SOLEH) yang seiring dengan KEHENDAK ALLAH swt.
Pada hujung ayat surah ini
iaitu ayat ke-40, Allah telah membuat PENEGASAN buat terakhir kali supaya
hamba-hambaNYA dapat mengambil TANBIHAT dengan cukup mendalam iaitu amaran dari
AL-KHOLIQ tentang gambaran azab-azab yang bakal ditimpakan ke atas
mereka(golongan yang ingkar) apabila tiba masa dan waktunya(SEDANGKAN ALLAH
TELAH TETAPkan) detik HARI PEMBALASAN dengan penyesalan golongan yang ingkar
tentang kelantangan dan kebiadapan mereka terhadap KUASA-KUASA ALLAH swt
sehingga telah dibutakan HATI-HATI mereka hingga sanggup menjadi TANAH BALIK
kerana tidak sanggup menerima azab-azab yang nyata pedih pada hari AS-SAA’AH
tersebut. Allahuakbar, intisari ayat terakhir ini cukup jelas AMARAN TERAKHIR
Allah swt terhadap hamba-hambaNYA yang ingkar patuh dan taat padaNYA, gambaran
yang diberikan adalah sebahagian penyesalan mereka sehingga sanggup menjadi
tanah balik supaya tidak dapat dihitung amalan-amalan yang ingkar dan terpesong
daripada Allah swt, maka jelaslah wahai teman-teman, jika kita diuji dengan
kenikmatan dunia semata-mata, ingatlah balik CARA DAN SYUKUR kita pada Allah
swt, jangan SOMBONG DAN BONGKAK untuk kembali sujud padaNYA, masa senanglah
adalah masa yang terbaik untuk mengingati dan MEMOHON MAGHFIRAH dari ALLAH SWT,
sentiasa taabbudd padaNYA tidak kira waktu supaya kita tidak BAKHIL dan
membiarkan HATI-HATI kita menjadi hitam yang sangat LEGAM, kita mesti kembali
kepada YANG ABADI di sana, maka hitunglah AMAL SOLEH seberapa banyak dan PALING
PENTING, mohon TAUBAT di malam hari dan TANGISLAH kepadaNYA atas segala apa
yang telah kita kerjakan sepanjang kita HIDUP..
semoga bermanfaat untuk semua,
surah ini mesti dihafaz dan difahami dengan jelas, agar kita tidak tergelincir
IMAN kita untuk kembali kepadaNYA nanti..
Wallahua’lam…
23 Ramadhon 1434H
Saturday, July 14, 2012
Bicara Tafsir: Ciri-ciri Orang Beriman

Ruangan kali ini ku mahu sedikit sebanyak menyampaikan ilmu apa yang ku tahu, walau xbanyak tapi sekurang2nya dapat memberi kesedaran dan bermanfaat kepada kita semua untuk menghayati dan mengamalknnya, oklah kali ni ku sentuh ciri-ciri orang beriman:
Dalam surah Al Mu'minun, Allah telah menjelaskn mazaya(ciri-ciri) orang-orang yang beriman, semoga kita sama2 tambahkan iman kita untuk hidup kite kelak di alam barzakh dan baqa', kalu tgk ayat 1 hinggalah ayat 9 memang Allah sebut satu persatu ;
Firman Allah SWT yang bermaksud
'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman'/ iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya/ mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia/mereka yang berusaha membersihkan hartanya(tunaikan zakat)/mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela/kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang-orang yang melampaui batas/mereka yang menjaga amanah dan janjinya/mereka yang tetap memelihara solatnya..'
Maha Adil Allah SWT terhadap hambaNYA, kalau kita tgk mula ayat pertama lagi Allah mengumumkan kejayaan yang sangat menguntungkan bagi sesiapa yang mempunyai ciri2 orang beriman.Tujuannya adalah bagi memberi khabar gembira kepada hamba2NYA yang sentiasa taat dan istiqamah dalam arah ubudiyah kepada Allah SWT, tapi sangat rugilah jika hamba2NYA yang sering tersasar dari arahNYA. Kalau kita teliti ada 6 mazaya yang Allah sebut terang2 dalam Ayat2NYA, ini menandakan Allah sangat menghargai dan Menyayangi Hamba2NYA supaya dapat meningkatkan motivasi untuk menambahkan IMAN..
Perasan x korang pada 6 mazaya yang ku sebut tadi, Allah ulang sebanyak 2kali ciri berkenaan dgn Solat.Allahukbar kenapa Allah sangat mementingkan Solat?? korangpun tahukan sebab Solat itu adalah TIANG AGAMA dalam bahasa arabnya I'maddudiin, benteng orang2 Islam adalah Solatnya, beza dngn penganut agama lain. Kita diwajibkan solat sebanyak 5kali bukan semata2 sujud pada Allah SWT, tapi lebih kepada makanan IMAN kita, sebab tulah ku sedih dengan sikap masyarakat terutama IBUBAPA yang kurang mementingkan anak2 dorang belajar solat. Ingat teman2ku, walau cne sibuk sekalipun SOLATLAH, kerana disaat kita menyembah dan sujud mengharapkan Allah mendengar rintihan kita, sebenarnya Allah bagi ketenangan jiwa dan akal kita untuk waktu yang sementara, tu baru kita solat xlagi kita zikir memujiNYA tentu sekali kita akan mendapat ketenangan yang sangat menenangkan tapi mestilah rasa khusyuk dan serah diri kepada NYA jika mahu rasai ketenangan yang hakiki..
Sebabnya adalah Allah SWT adalah AL KHOLIQ, sememangnya Allah SWT maha mengetahui apa yang kita hadapi, sebagai MAKHLUQNYA kita mesti mahukan penjaga dan penenang yang sentiasa mendengar luahan kitakan..ALLAHUAKBAR. Bagi 4 mazaya lagi lebih kepada tuntutan zakat dalam 6 rukun Islam, sebenarnya korang tahu x bahawa zakat ni adalah PENYUCIAN DIRI dalam bahasa arabnya ZAKA-YAZKI-(dlm konteks bahasa), harta atau kerja buat kita dalam hidup ini penuh ngn mehna dan dugaan yang kita sendiri tidak tahu apa yang kita perolehi itu adalah berkat atau tidak mahupun baik atau tidak, maka dalam agama Islam adalah wadahnya untuk menyucikan harta mahupun pekerjaan yang kita kerjakan, terbaikkan?? Islam mendahului agama lain dalam menyucikan segala harta, hasil mahupun kerja kita kerana Allah Maha Mengetahui segala2nya bagi Makhluqnya, jadi xperlulah kita berlagak untuk hidup mewah2 sedangkan Allah TAHU kemewahan kita dapat tu datang dari mana?? maka tunaikanlah zakat..
Bagi 3 Mazaya lagi Allah bagitahu awl2 bahawa mulut dan perbuatan kita perlu dijaga dari hal yang sia2 maknanya Allah memang benci kepada orang yang suka suki buat atau cakap benda yang sia2, kan bagus kalau ingati ALLAH, dari duk ckp bnde2 or buat pkara2 yang memang tidak manfaat petah lagi perkara2 yang ALLAH TEGAH, Allah juga xsuka kepada orang yang tidak menjaga kehormatannya maknanya Allah mahu Hamba2nya jaga kehormatan sehinggalah Kawin, jangan sesekali membuka dan mendedahkan kehormatan sehingga free2 je dosa kita dapat, Allah ingatkan tentang hal2 PENZINAAN (tanda-tanda akan berlaku zina dan keadaan terjadi zina), Allah sangat menyayangi orang yang pegang janji dan amanah, kita sebagai manusia pun suka klu membe2 kita boleh diharap n dipercayai kan? Janji dan amanah tu banyak keadaannya kalau kita semak tapi sama2lah kita berhati2 dalam mencari kawan mahupun pasangan kita kerana amanah dan janji sangat penting dalam hubungan kita dgn Allah SWT petah lagi berjanji ngn manusia dan pegang amanah sesama kita, bagaimana janji dan amanah kita untuk mentaati ALLAH SWT??? sebab tu ALLAH ingatkan balik dalam ciri2 orang beriman supaya kita sentiasa Ingat tujuan kita dilahirkan..
Kalau korang baca sikit lagi ayat ke 10 dan 11, Allah bagitahu ganjaran bagi hamba2NYA iaitu kalangan kita jika menepati MAZAYA orang beriman ni, bukan calang2 ganjaran beb, tapi Allah akan kekalkan kita duduk di SYURGA FIRDAUS..Maha suci Allah, Syurga Firdaus tulah yang menjadi rebutan kerana Syurga yang sangat tinggi darjatnya.. Kesimpulan dalam surah ni Allah sebut ciri(mizyah) orang-orang beriman terlebih dahulu perihal SOLAT,ZAKAT, KEHORMATAN DIRI(ke arah zina dan berlaku zina), AMANAH dan JANJI dan GANJARAN yang MENANTI kepada orang-orang yang beriman sahaja..Best beb kalau baca TAFSIR bukan setakat baca QURAN, sebenarnya baca tafsir dan quran akan membawa kita kepada pemahaman yang lebih lagi, dalam Kalamullah ni byk khazanah yang belum kita akui, kita mgkin mengiyakan dari pendakwah mahupun ustaz2 di tpt2 ceramah, masjid mahupun surah kan?tapi memang ku rasa tenang dan jelas bila hayati ayat2 Allah ni, cube korang baca quran dan tafsir walau satu ayat, memang blh menitiskn airmata beb..
semoga perkongsian tafsir ni, sama2lah kita koreksi, bukan untuk dibanggakan tapi sebagai peringatan kepadaku yang sangat tidak sempurna...huhuhu ALLAHUAKBAR..semoga ramadhon bakal menjelma ni, sama2lah kita berubah ke arah yang lebih baik...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHON ALMUBARAK kepada teman2 bloggers....
setakat ni dulu, insyalah kita bertafsir lagi..
wassalam..
Tuesday, March 13, 2012
26062012….telah tiba….
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah
Ku panjatkan pada Rabbul Jalil kerana masih lagi dberi nikmat
Nyawa yg sgt bernilai di sisi Hamba utk membekalkan sisa hidup
Dengan segala amalan untuk mengadap MU ya RABB…
Tentu kalian mesti tertanya2.kenapa ku masukkn nukilkn
Pena dgn tajuk yg ******* begini…mmm
Jawapannya adalah kerana tarikh keramat inilah
Ku dan rakan2 sama berjuang untuk menerjah ke dunia
Taalim secara rasmi….
Alhamdulillah Madrasah pun sudah diputuskn oleh
DR Mohd Hilmi Manasik Dirasah..Insyalah ku dan sahabat baikku
Wan Adam akan memberikan khidmat Taalim yang terbaik buat
Mutaallimin di SMAT Kuala Kubu Bharu….
Akan ku jadikan Idola Murabbi di Alam fana’ ini Rasulullah SAW
Sebagai panduan dan aras kebolehan yang boleh ku selami dalam
Jiwa Mutaalimin ,
Maksud firman Allah swt yang berbunyi:
“kami tidak mengutus mu(Muhammad) kecuali sebagai seorang pembawa
Khabar gembira dan pemberi petunjuk peringatan kepada seluruh manusia
Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui” QS Saba’:28
Ketika baginda menyebarkan dakwah Islamiyah kepada seluruh makhluk
Sebenarnya sudah wujud TUROQ TADRIS (kaedah pengajaran) mengikut
Pelbagai sudut dan keadaan sesuatu Mutaallimin atau Mustamiiin termasuklah
Sahabat2 baginda…
Antaranya adalah:
-Pengajaran dengan teladan dan akhlak mulia
-pengajaran secara bertahap
-pengajaran secara selektif dan disesuaikan dgn tahap
Mutaallimin
-pengajaran melalui pertanyaan
-pengajaran TAMSIL/ analogi
-pengajaran TASYBIH
Banyak sebenarnya kalau kita hitung 1 per 1
Cuma disiniku nk ta’kidkn soal Muhtawiyat….
Pelbagai turoq kita boleh gunakan bdasarkan kesesuaian semasa
Dan Mustami’ atau Mutaallim kita ngajo…
Ala kulli hal, nasihat ku pada kalian agar kalian
Manfaatkan TUROQ Tadris dgn pelbagai
Agar TAFAHHUM itu moga sampai dan melekat
D jiwa anak didik kalian….
Allahuma naj'alna minal FAEZIN wa MUTAFAWWIQIN
fid DIN wa DUNIYA wa AKHIRAT...AMINx3
Selamat berpraktikum…..Wassalam…

Sunday, July 31, 2011
Cungkil Rahsia Berpuasa..
Salam 1 Ramadhon…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang
Kepada hambaMU yang dhoif ini utk sama2 menjalani ibadah puasa pada usiaku yg sudah dewasa, 23 je…(sblm bbrapa hari yg akn dtg ini) heheheh…baiklah sempena kedatangn ramadhon al mubarok ini, ku mahu berkongsi bersama sahabat2 tentang RAHSIA BERPUASA.
Sahabatku sekalian,
Allah SWT mengurniakan nikmat yg amt besar kpd seluruh hambaNYA. Allah SWT memberikan suatu amalan yg blh dgunakn utk menolak tipu daya syaitan yg berusaha utk mengecewakn angan2 manusia dan utk mmatahkn segala usaha buruk syaitan. Amalan yg dimaksudkn itu ialah Ibadah Puasa. Ada sebuah sebuah hadith drp Rasulullah SAW yg diriwayatkn oleh At Tirmidzi dan Ibnu Majah yg berbunyi:
“Puasa adalah separuh daripada kesabaran”..
Firman Allah SWT dari surah Az Zumar ayat ke 10 yg bermaksud:
"Sesungguhnya Hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
Ayat itu menjelaskn bahawa pahala puasa melampaui had perkiraan dan perhitungan. Bagi mengukuhkn pendapat itu, cukuplah jika kita mengetahui betapa besar keutamaan puasa itu dengan memahami sabda Rasulullah SAW yg diriwayatkn oleh Al Bukhari dan Muslim yg berbunyi:
“Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNYA, adalah bau mulut seseorang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, (Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi iaitu “Sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum keranaKU, Sesungguhnya puasa untukKU dan AKU yang akan memberikan balasan untuknya dan kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda”)”..
Sahabatku sekalian,
Begitu juga Allah SWT menjanjikan bahawa seseorang yang berpuasa akan dapat bertemu denganNYA sebagai balasan puasanya itu. Dalam hal ini, Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadith yg diriwayatkn oleh Al Bukhari dan Muslim yg berbunyi:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan, pertama ialah ketika ia berbuka dan yang kedua ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya”..
Kemudian firman Allah SWT lagi dlm surah Sajdah ayat ke 17 yg bermksud:
“Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.”
Sahabatku yg dikasihi,
Para alim Ulama mengatakan bahwa mereka itu adalah org2 yg mengamalkn puasa. Keterangan ini berdasarkn fiman Allah SWT dlm surah Az Zumar ayt ke 10 yg tlh disebutkn pd awl perbincangan td,..
JADI??
Utk org yg berpuasa pahalanya benar2 dibalas setimpal dengan amalannya, Allah SWT juga melipat gandakn pahala puasa dgn tidak terhitung byknya. Oleh sbb itu, xdpt dibygkn kebesaran pahala itu, Puasa itu ialah utk Allah SWT dan bg org yg mengamalkn puasa akn mendpt kemuliaan serta kehormatan dgn dinisbahkn utk Zat NYA. Hakikatnya, semua ibadah adlh utk Allah SWT tapi bg ibadah puasa Allah SWT memberikn keistimewaan berbeza dgn ibadah yg lain.
Sahabatku,
Puasa itu sendiri mpunyai 2 kelebihan iaitu
1) Ibadah puasa merupakn suatu pengekangn dan pembersihan diri serta rahsia melakukannya bergantung kpd individu itu sndiri.Puasa bknnya suatu amaln yg dpt dilihat spt ibadah yg lain, amaln ibadah lain dpt disaksikn dan dilihat olh org rmai sebaliknya ibadah puasa itu dpt disaksikn hya diri sendiri dan Allah SWT shj.Maka PUASA itu ialah amaln batin yg bbentuk kesabaran semata2.
2)Ibadah puasa juga merupakn tentangn kpd musuh Allah SWT, tentangan yg dimaksudkn itu adlh tentangn drp syaitan, cara syaitan menghasut manusia ialah melalui nafsu syahwat. Syahwat itu berpunca dgn jalan mkn dan minum, maka puasa blh menindas gerakan musuh Allah SWT dan juga sbg pertolongn utk menegakkn Agama Allah SWT. Datangnya pertolongn Allah bergantung kpd pertolongn manusia kpd NYA sebgimna firman Allah SWT dlm surah Muhammad ayat ke 7 yg berbunyi:
“Wahai orang-orang yg beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Sahabatku,
Secara kesimpulannya dptlh kita tahu bahwa PUASA itu adlh PINTU IBADAH dan dapat dijdikn PERISAI, maka besarnya keutamaan dan fadhilatnya sehingga mncpai tingkt yg setinggi ini. Sebenarnya puasa utk selama-lamanya, tentulah tdk mampu utk dilakukn, maka dgn mjdikn kewajipn berpuasa itu selama sebulan shj dlm 1 thn, sungguh tepat sekali. Bulan itu ialah bln RAMADHON, persoalannya mengapa ditetapkn dlm bln ramadhon?... bagi pertyaan ini, para ahli fikir tdk pernh ada yg mnanyaknnya sbb nya jika bkn dlm bln ramadhon, tentu skli pd bln yg lain..Pertanyaan sebeginilah yg akn mybbkn kelemahn pemikirn serta kekacauan shj. Maka Jangan hya mengingati Allah SWT krn ada sesuatu spt tibanya waktu ibadah yg sudah ditetapkn dan dimaklumkn. Cara ingatan itu tentu sekali sesuai dgn kekuatn kita serta mudah kita tunaiknnya dlm mlakukn ketaatan kpd NYA….
Wallahua’lam..
Saturday, July 23, 2011
Menjelang Akhir Syaaban
Alhamdulillah ketika ku mencoretkan tajuk ini, sedar atau tidak kita sudah
berada pada 22 Syaaban 1432Hijr, di kesempatan ini, ku mahu berkongsi dengan teman2
tentang bulan ini. Syaaban ialah bulan yang diangkatnya amal2 perbuatan ke sisi Allah
dan pada bulan ini Rasulullah SAW juga memperbanyakkan ibadah puasa sunnah berbanding
bulan2 selainnya. Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Wahai Rasulullah,
aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada suatu bulan sebgaimana engkau berpuasa
pada Syaaban?", Rasulullah menjawab : " Syaaban adalah bulan terletak di antara Rejab
dan Ramadhon yang sering dilupakan oleh manusia,Ia adalah bulan terdapat dalamnya amal2
perbuatan akan diangkat ke sisi Allah SWT, maka Aku lebih suka apabila amalanku diangkat
dalam keadaan aku sedang berpuasa".(merujuk kepada Hadis riwayat Ahmad dan Nasaie).
Allahuakbar, begitu taajjub dengan kelebihan bulan ini berdasarkan amalan Rasulullah SAW
yang sering berpuasa dan melipat gandakan amalan2 baginda.Disini ku mahu merungkaikan persoalan
yang berkecamuk di minda kita tentang pandangan Ulama mengenai NISFU SYAABAN dan PUASA PENUH
SYAABAN.
1.Bermula dengan NISFU SYAABAN, sesetengah umat kita menanti dengan fokusnya kedatangan
malam nisfu Syaaban(15 syaaban hingga Akhir)iaitu pertengahan Syaaban, tidak dapat dinafikan
mereka juga mengkhususkan malam tersebut dengan beberapa jenis amalan tertentu seperti solat sunnah yg khusus dan bacaan ayat2 alQuran tertentu serta ada sesetengh dlm msyarakat kita mnganggap mlm tsebut sbgai mlm ditentukan rezeki dan ajal bagi seseorng.
Sebenarnya kalu kita merujuk kepada pandangan
Imam Al Qurtubi Rahimahullah : Berkenaan dengan malam nisfu syaaban, padanya tidak terdapat 1 hadispun yg dpt dijadikn sebgai sandaran, samada tentang keutamaannya atau tentang pembatalan
ajal seseorang.Pernyataan ini didokong oleh Al Hafiz Ibnu Rejab al Hambali dan Imam Abu Syamah.
walaubagaimanapun, di sana terdapat sebuah hadis yang dtg dgn bbrapa lafaz yg diperselisihkn status kesahihannya, Hadisnya : "Sesungguhnya Allah memerhatikan hamba2NYA pada mlm nisfu Syaaban lalu DIA mengampuninya kecuali org2 musyrik atau org yg suka bermusuhan", dan pada setengah lafaz menyebutkan, "Sesungguhnya Allah turun pada malam nisfu Syaaban..".Kalau kita perhatikan ada sebahgian ulama hadis menyahihkannya, manakala setengah lain mengingkari
kesahihannya.Hadis ini diriwayatkan diantara nya oleh Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Abdurrazaq,
At Thabrani, al Bazzar dan al Munziri. Antara ulama yg menyahihknnya ialah Ibnu Hibban, Ibnu Hajar al Haitsami dan al Albani, di pihk ulama yg mnjelaskn kedaifannya ialah Imam al Mubarakfuri dlm Tuhfatul Ahwadzi Bi Syarah Jami' At Tirmizi.
Jika sahih sekalipun hadis ini, maka ia hanya menunjukkn keutamaan mlm nisfu Syaaban secara umum.Kalau kita teliti Hadis ini sedikitpun tdk mnunjukkn adanya galakan bagi mengkhususkn mlm tersbt dgn amalan2 tertentu spt yg ku tlh nyatakn di awal perbincngan.Malah turunnya Allah SWT ke langit dunia itu sendiri sbnrnya berlaku hampir pada setiap mlm iaitu tdk hanya pd malam nisfu Syaaban sahaja.Ini dinyatakan dlm 2 Kitab Sahih Al Bukhari dan Muslim.
2.sambung dgn pandangan BERPUASA PENUH SYAABAN, ku ingin KODKAN Hadis ini daripada Aishah RA memberitahu Abu Salamah, "Nabi SAW tidak pernah berpuasa pd suatu bulan yg lbh byk dri Syaaban, Baginda berpuasa pada bulan Syaaban seluruhnya".(Rujuk pada Hadis Riwayat alBukhari.Tentu sekali wujud perbezaan para Ulama dlm menyatakan pemahaman dan pandangan berkenaan hadis ini iaitu sebahgian ulama yg mengatakan Rasulullah SAW berpuasa penuh, manakala sebahagian lg menyatakan Rasulullah SAW berpuasa bukan sepenuhnya dari bulan ini.
Jika kita teliti pandangan Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani rahimahullah,kita dpti pandangannya lebih kuat condong kepada pandangan Ulama yng mnyatakan Rasulullah SAW berpuasa bukan sepenuhnya pada bulan syaaban dengan memberikan penekanan kpd Perkataan Imam Ibnu Mubarak, iaitu "mengikut konteks bahasa arab, apabila seseorg berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh, dikatakan si polan solat sepnjg mlm pdhl ada kmungkinn dia msh mkn mlm serta sibuk dgn urusn lain.(rujuk pada Kitab Fathul Bari Syarah sahih albukhari).
Hal ini juga berdasarkn kefahamn sabda Rasulullah SAW : "Jangan sekali kali salah seorang di antara kamu mendahului puasa ramadhon dengan puasa sehari atau 2 hari sebelumnya melainkan bagi orang yang sudah biasa berpuasa pada hari tersebut".(hadis riwayat al Bukhari).
3.Maka yng demikian,ku harap teman2 dptlah menghidupkan amalan2 yg telah jelas dianjurkn berdasarkn dalil2 yg sahih, dan tentu sekali amalan2 yg tidk berdasarkn dalil2 yg sahih perlu kita tinggalkn.Igtlah wahai teman2 bahawa meninggalkan amalan Ibadah yang tidak dilaksanakn dan tidak sesekali digalakkn oleh Rasulullah SAW itu sendiri adalh tergolong salah satu Sunnah, jika kita menghidupkannya adalah Bid'ah..
sekadar memberi sumber2 yng benar dariku
dan ini hanya sedikit sahaja perbincangan yang dapat dikongsi..
wallahua'lam

Subscribe to:
Posts (Atom)