Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepadaku, aku masih lagi dapat merasai nikmat umur yang sangat tinggi nilainya, dan nikmat Islam serta Iman yang memang tidak dapat di hitung sebesar zarrah sekalipun hanya Allah swt dapat mengetahuinya. Fokus perkongsian aku pada hari ini, dapat aku gambarkan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidupku, seiring dengan masa umurku yang kian meninggalkan angka kecil kepada angka besar. Bermula dengan langkahan 05 Januari 2015, secara rasminya aku akan memulakan perjalanan seorang Murabbi yang sangat berliku dalam menempuhi arus pemodenan pendidikan dan kelompok sasaran yang bersistemkan acuan pendidikan negara iaitu para pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok atau lebih dikenali sebagai ASAR, menjadi destinasi perjuanganku dalam memberikan sumbangan kepada para pelajar di sana. Sebelum ini, aku telah menghabiskan pemerhatian dan cerapan di sekolah itu selama hampir 1 bulan setengah bermula 13 Oktober 2014, kini tumpuan dan tugas akan di amanahkan oleh pentadbir kepadaku secara rasmi pada tahun hadapan. Sememangnya aku mengetahui akan cabaran dan tugasan yang bakal diberikan kepadaku, In Sya Allah akan aku gembelingkan usaha dan langkah yang sebaiknya serta menempuhi segala halangan dengan penuh rasa sabar dan rendah diri agar aku tidak mudah rebah di pertengahan perjuanganku.
Langkahan seterusnya adalah detik bersejarah dalam hidup aku, menjelang bulan Mac 2015 aku akan mendirikan masjid bersama teman seperjuangan yang tersayang hingga akhir hayat, Noorsaifa bt. Sapajan itulah gerangan empunya badan, moga ikatan nikah yang telah dipersetujui tarikhnya 14 Mac 2015 oleh kedua-dua belah keluarga diharapkan dapat dilindungi oleh Allah swt dengan barokah hendaknya, amin ya rabbal alamin. Aku mengetahui akan cabaran dan rintangan yang akan membadai bahtera kami, kerana itulah aku mohon doa teman-teman agar urusan dan kehidupan selepasnya akan dilimpahi kerahmatan dari Allah swt, prinsip cara tadbir keluarga Rasulullah adalah rujukan terbaik dalam meniti kehidupan bagi bergelar Mutazawwijah wa Mutazawwij. Doakanlah kehidupan kami dilimpahi dengan persekitaran Islam agar prinsip Baiti Jannati dapat dirohkan setinggi-tingginya. Aku juga mendoakan teman-teman yang lain agar dapat menunaikan fitrah manusia iaitu Az-Ziwaj dengan secepat yang mungkin, setakat ini sahajalah aku dapat berkongsi dengan teman-teman, ketika ini aku terlalu sibuk menguruskan persiapanku dan persediaan untuk memulakan tugasan pada awal tahun, dengan masa terluang ini sedikit dapat ku nukilkan untuk kepuasan tinta coretan, in sya allah akan datang dengan kemaskini coretan yang baru.
wassalam.
26 Safar 1436 Hijri
No comments:
Post a Comment