Kini Alhamdulillah, hampir 5 bulan aku hidup bersama isteri tercinta, dan bakal menanti cucunda pertama keluarga Tuan Haji Nik Mat Daud dan Puan Hajjah Wan Hamnah dari anak teruna adik beradik kami. Inilah Kurniaan Allah swt dan amanah Allah yang Dia Maha Tahu untuk aku dan isteri mampu atau tidak memikulnya, Alhamdulillah dan In Sya Allah kami sudah bersedia menerima dan memikulnya Ya Rabb, moga selamat segalanya, doakan isteriku selamat bersalin ye teman-temanku. Namun jarak jualah yang memisahkan kami sementara dek kerana tuntutan kerja, isteriku di Nabawan Sabah dan aku di Saratok Sarawak. Permohonan untuk perpindahan isteriku ke tempat kerja ku sedang diusahakan, doakan kami tinggal sama-sama ye teman, kerana memang terdapat kekangan dan kerisauan aku terhadap isteri dan anak yang bakal lahir nanti, aku tidak putus-putus berdoa selepas solat lima waktu agar Allah dengar dan makbulkan doa aku dan isteri, moga bulan September ini rezeki kami dan anak, In Sya Allah Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Okaylah
setakat ni je dulu, update pertama tahun ni, moga luahan ini dapat dikongsi
bersama-sama, Wallahu A’lam.
07
Zulkaedah 1436H
No comments:
Post a Comment