Geng

Saturday, March 26, 2016

Amanah Allah .. Suatu Coretan

Assalamualaikum wbt, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan nikmat hidup yang tidak akan dapat dihitung oleh manusia, alhamdulillah. Lama benar sudah aku tidak mencoret perkongsian sejak status aku haritu, kini dengan masa yang ada aku akan sedia upaya untuk buka blog dan berkongsi ngn korang ye, almaklumlah dulu sorang kini sudah bertiga, batasan masa dan tenaga sememangnya akan dikorbankan demi keluargaku, oklah harini aku nk berkongsi ngn korang tentang apa itu anugerah atau amanah dari Allah SWT, semua manusia tak kisah lah yang tua atau muda mesti akan ada suatu catatan yang tercoret dalam hidup masing2, begitu jugak aku kini setelah zaujah aku melahirkan seorang puteri yang comel dan in sya Allah menjadi serikandi mujahidah yang solehah, maka bermulalah suatu amanah dan tanggungjawab yang akan aku sambut dengan penuh keikhlasan sepenuh jiwa kerana Allah SWT, benarlah kata orang2 tua bahawa kita ni sebenarnya akan menjadi lebih berdikari dan memahami setelah kita ada isteri dan anak, kita akan lebih mengerti apa tujuan hidup kita dan bagaimana kita mahu teruskan hidup isteri dan anak2 kita selepas mereka besar, inilah yang dikatakan fasa kedua selepas fasa pertama iaitu saat bergelar suami atau zauj. Amanah Allah sangat besar dan suatu kurniaan yang kita tidak tahu bila Allah akan beri pada kita iaitu anak, kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan mengatur tetapi yang menjadikan suatu itu adalah Allah SWT kita tidak ada apa2 hebat pun, ya Allah betapa aku bersyukur atas apa yang Kau kurniakan ini, 'Nik Nawwar Syaathiroh Binti Nik Mohd Syazwan', walaupun panjang nama ejaanmu tapi kamu adalah buah hati Walid Ummi wahai penyejuk mata kami. Tanggal 27 November 2015 adalah detik yang mendebarkan aku kerana sudah tidak sabar menunggu kelahiran yang pertama kali dalam kamus hidup Ku sebagai seorang Walid, akhirnya di saat waktu subuh melambai suara tangisanmu kedengaran, seolah-olah menyambut kesayanganku sayangku, alhamdulillah sujud syukur Ku dahulukan atas kurniaan Allah SWT ini. Buat permaisuri hatiku zaujah tercinta, terima kasih atas kekuatan dan ketabahanmu di saat melahirkan permata hati kita sayang. Sememangnya kudratmu sangat ditagih dan buktinya lahir lah seorang puteri yang sangat comel, kini hampir 4 bulan usia anakku akan menganjak setiap hari, harapan Walid Ummi semoga anakku menjadi seorang yang bijak lagi mencahayakan hidup Walid ummi sesuai dengan nama yang diberikan. Amanah ini sememangnya sangat berat dan mencabar bagi diriku, tapi aku akan tekankan diri bahawa bertuahnya Walid memiliki mu sayang, aku mahu menjadi seorang Walid yang terus Istiqamah dan hebat dalam melayari bahtera ini hingga ke Jannah, halangan dan nafsu memang akan mengganggu tanggungjawab aku, namun aku akan tetap menepis dan membuangnya jauh2 agar tidak membantutkan pegangan amanahku ini. Buat teman3, yang sudah menjadi bapa atau ayah, tahniah aku ucapkan dan aku doakan kita semua jangan mengalah dan tunduk pada sikap yang bujang dulu, aku bukan sempurna tapi sekarang pun cuba untuk jadi yang lebih baik, kita sama3 tinggalkan sikap yang dulu semasa hidup seorang berbanding sekarang, ingat keluarga adalah tanggungjawab yang besar di samping amanah anak yang dikurniakan, apa3 pun keluarga adalah yang utama. Sekarang aku nak ucapkan terima kasih buat sayangku zaujah yang sangat aku cinta dan kasih kerana sepanjang anakku menganjak usianya hampir 4 bulan ini, dikaulah yang banyak mengorbankan masa lena dan tenaga untuk memastikan anakku berada dalam keadaan baik dan terjaga, abang Mintak maaf sekiranya ada tingkah laku dan sikap yang tidak baik ditunjukkan pada mu sayangku, in sya Allah abang akan jadi lebih baik selepas ini, sememangnya dikau dan anak adalah amanah yang selalu aku ingat hatta nihayah. Doakan kita semua menjadi insan yang mendapat redho Allah SWT, kaya dan hebat pun tidak menjadi nilai bagi Allah tapi yang dinilai ialah TAQWA, okaylah setakat ni saje lah untuk aku coretkan, moga kita sama2 dapat pengajaran dan kesedaran dari perkongsianku yang tidak seberapa ini, wallahu'alam.