Geng

Wednesday, October 1, 2014

Kemuncak Pencapaian Hidupku 17Jan-29Sept2014



Assalamualaikum wbt...
terima kasih Abg. Afdlin Shauqi BOBOI
kerana beri suapan kek coklat 

sebagai penghormatan Graduasi
Apa khabar sume? alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas segala nikmat kejayaan dan kesabaran yang telah diberikan kepadaku. Tanggal 29 september 2014 menjadi titik amanah dan tanggungjawab aku yang bakal bergelar seorang Pendidik, di mana pada hari tersebut aku dipilih dan ditawarkan menjadi Pegawai Pendidikan Siswazah DG41(PPSDG41) oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya kalimah Alhamdulillah dan sujud syukur, aku lafaz serta laksanakan sebagai tanda syukur pada Allah swt sebaik sahaja dapat mengetahui pemilihan ini. Sebenarnya dari entri yang lepas aku bangkitkan luahan hatiku berkenaan dengan urusan perkhidmatan ini, namun aku yakin dengan rezeki dari Allah swt, aku lebih yakin menunggu dengan sabar dan solat serta doa tanpa sebarang keraguan. Cuma sebagai seorang insan, mestilah luahan itu perlu bagi membebaskan tekanan yang dihadapi tetapi perlu kawal dan bertenang agar tidak jatuh kufur di atas setiap ketentuan yang Allah swt berikan pada kita.

Bagi aku sendiri, inilah kemuncak kejayaan aku dalam hidup meskipun sasaran aku lebih tinggi dari apa yang aku cita-citakan dahulu. Jika disorot coretan perjalanan hidup aku bermula selepas peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sememangnya jalan hidupku seolah-olah telah menutup segala bayangan masa depanku, tapi dengan bermulanya tekad baru aku setelah diterima oleh pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) sebagai pelajar Diploma Bahasa Arab(Pengajian Islam), aku tidak toleh lagi ke belakang sebaliknya aku pacu selaju-lajunya masa depan aku dengan menghambakan diri dengan ilmu, meskipun kebanyakan ibubapa menyuruh anak mereka mengikuti kursus Kemahiran atau Teknikal sebagai jalan pintas memacu masa depan, tetapi tidak bagiku kerana aku sebenarnya masih dahagakan ilmu sebagai penyuluh jalanku. Hampir 3 tahun aku menghambakan diri untuk ilmu Bahasa Arab dan sebahagian Pengajian Islam, aku meraih pelbagai kejayaan antaranya Nama Disenaraikan untuk Anugerah Dekan Sepanjang Semua Semester (6 Semester), Terpilih Mengikuti Kursus Budaya dan Bahasa Arab di Universiti Muhammad Aqdal,Rabat Maghribi/Morocco selama sebulan dan paling manis adalah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Diploma Bahasa Arab (Pengajian Islam) semasa Istiadat Konvokesyen KUIS kali ke-12 tahun 2009 dimana aku juga bergraduasi.

Sungguh aku tidak sangka pencapaian aku pada ketika itu sehebat begitu, alhamdulillah ini semua adalah doa dan restu Abah Mama ku yang tidak putus-putus solat hajat dan doa setiap kali aku bakal menghadapi setiap kertas peperiksaan. Sememangnya aku tidak akan mensia-siakan ilmu ini selama 3 tahun pada pencapaian atas kertas sahaja tetapi aku berusaha untuk mengamalkannya dalam segenap hidupku. Saat penghujung semester dan tahun akhirku di KUIS, aku telah mendapat kelulusan untuk menyambung pengajianku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Bayt, Jordan. Segala persediaan telah dilakukan antaranya sijil-sijil aku telah diterjemahkan dalam bahasa arab sepenuhnya di Institut Terjemahan Negara (ITN), pemeriksaan kesihatan dan persiapan mengikuti bengkel Biro Tata Negara namun, berkat keyakinan dan doa dari ibubapaku, aku juga telah ditawarkan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Malaysia seterusnya aku telah digalakkan oleh Abah Mamaku secara sungguh-sungguh dan yakin pada Allah swt untuk mempertimbangkan kedua-dua tawaran ini dengan pilihan yang bijak dan rasional. Banyak Pro dan Kontra yang terpaksa aku pertimbangkan antara kedua-duanya iaitu jika aku sambung pengajianku di Jordan hanya 2 tahun setengah sahaja aku perlu habiskan, kos yuran dan belanja adalah tinggi sedangkan abah mamaku perlu juga menyara adik beradik yang masih belajar, faktor kebimbangan keselamatan negara Arab yang diluahkan oleh Mamaku dan peluang kerja selepas tamat pengajianku manakala di UPSI, aku perlu mula balik dari awal pengajianku semester 1 selama 4 tahun yang perlu aku habiskan, kos yuran pengajian murah dan belanja sederhana, faktor keselamatan yang tidak dibimbangkan oleh Mamaku, habis pengajian sudah dijamin kerja. Keputusannya aku pilih pilihan Abah Mamaku, aku  yakin dengan apa yang mereka fikirkan adalah terbaik untuk anak-anak mereka, kat sini aku nak Kodkan Redha Ibubapa adalah Redha Allah SWT tau, jadi jangan membantah kalau mereka fikirkan sesuatu untuk kita selepas kita saling mencari fakta yang benar dan realistik, berlapang dadalah dan tenang menerima pandangan mereka okay.

Bermulalah langkah pengajianku di UPSI sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan(ISMBAP) di semester 1 hinggalah semester 8, di mana aku juga telah meraih pelbagai kejayaan yang memotivasikan diriku untuk terus melangkah dengan cemerlang dan gemilang antaranya Nama Disenaraikan untuk Anugerah Dekan hampir sepanjang Semua Semester (1,3,4,5,6,8 Semester), Terpilih Menjalani Latihan Mengajar Praktikal di Sekolah An-Nahdhoh San'aa, Negara Republik Yaman, Mengikuti Kursus Pemantapan Cara Mengajar Budaya Yaman dan Bahasa Arab di Universiti Sains dan Teknologi (UST) selama 2 bulan, paling bersejarah mendapat Keputusan PNGS 4.00 semester akhir (SEMESTER 8) dan paling manis adalah terpilih sebagai Pelajar Pengajian Peringkat Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan semasa Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-15 tahun 2013 dimana aku juga bergraduasi. Begitulah antara kejayaan yang aku genggam dan rasa sepanjang menghambakan diri pada Ilmu Allah SWT selama 7 tahun, fuh jangka masa hampir sama dengan tempoh graduan pelajar perubatan. Namun berkat kesabaran menunggu dan tawakkal pada Allah swt, akhirnya aku berjaya berkhidmat sebagai pendidik di bumi Malaysia ini, inilah titik kemuncak aku sebagai seorang insan yang hanya kerdil di sisi Allah SWT, nikmat yang diberikan akan ku jaga dan hargai serta melaksanakan dengan berlandaskan kepatuhan syariat-NYA. Azamku selepas mendapat jaminan kerja tetap ini, akan ku curahkan ilmu pada anak-anak didikku pula bagi memotivasikan kejayaan memperjuangkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Syurga yang Abadi di Alam sana kelak apatah lagi menjadi Bahasa yang Sangat Penting di dunia ini nanti, kerana inilah masanya untuk aku amalkan dan praktikkan apa yang telah aku belajar selama 7 tahun itu, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Aku kongsikan bersama teman2 adalah untuk meningkatkan motivasi sesama kita dalam mengejar setiap visi dan misi yang kita impikan, tidak salah mencoretkan kejayaan demi kejayaan semata-mata untuk memotivasikan diri untuk berjaya, jauh sekali untuk riak mahupun takbur. Aku tahu ini hanyalah pinjaman nikmat-nikmat Allah swt, DIA jualah yang Maha berkuasa menarik balik atau sebaliknya, maka ingatlah dalam setiap tindakan kita mesti ada natijah untuk langkah masa akan datang, yang penting jangan berbantah-bantah pandangan ibubapa kita dalam soal perancangan kerana mereka lebih mengetahui apa yang tidak kita rasa dan bakal ketahui serta mereka jualah sebab kita lahir di dunia fana ini, Allah lebih memberatkan Barokah kita melalui layanan dan kebajikan terhadap ibubapa kita, sekian sahaja coretan ini sebelum aku sibuk dengan tugas Ta'lim, Ta'dib, Tarbawi, doakan aku ye wahai teman2ku agar berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ikhlas keran Allah SWT, Wassalam...

next mode In Sha Allah: Master, Doktor Falsafah, Profesor dalam Pengurusan Pendidikan dan Pembelajaran

Wallahu A'lam
06 Zulhijjah 1435H

No comments:

Post a Comment