Geng

Wednesday, January 1, 2014

Taddabbur Naaziaat ayat 1-5

أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

والنزعت غرقا
 والنشطت نشطا
والسبحت سبحا
 فالسبقت سبقا
 فالمدبّرت أمرا 

Maksudnya;
Demi (makhluk2) yang mencabut(apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar2nya
Yang menarik(apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara selembut2nya
Dan demi(makhluk2) yang cergas bergerak(menerima perintah) dengan gerak yang secergas2nya
Lalu masing2 berlumba2 dahulu mendahului(menjalankan tugasnya) dengan cara yang bersungguh2
serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya(sumpah demi sumpah sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat!)(sifat2nya)

Ayat Tazkirah;
Dalam surah an-Naziaat, mempunyai 46 ayat, diturunkn di Makkah, Sebab dinamakan surah ini kerana pada  awal surah Allah swt bersumpah dengan makhluk-makhluk yang mencabut apa yang ditugaskn mencabutnya  iaitu maksud kepada nama surah ini An-Nazi'aat dan bersumpah dengan makhluk2 yang lain yang disebutkn pada ayat berikutnya.
Bukti Lafaz Qasam(Sumpah) adalah salah satu huruf Qasam iaitu huruf WAW terdapat dalam permulaan ayat ini hinggalah ayat ketiga, Sumpahan demi sumpahan allah isytiharkan bagi mengingatkan manusia bahawa semua makhluk2NYA akan dibangkitkan hidup semula pada hari Kiamat untuk menerima balasan. Dalam ayat 1-5,Allah memulakan peringatan tegas dengan bersumpah terhadap makhluk2 ciptaanNYA. Sesetengah Mufassirin  menafsirkan siapa makhluk2 Allah swt itu dengan pelbagai makhluk antaranya Malaikat, Bintang dan sbginya tapi jelas bagiku tafsiran makhluk yang allah swt bersumpah ini adalah Malaikat. 
Renungilah ancaman Allah sebutkan dalam ayat yg telah diberikan
(tazkirah ini berdasarkan pandangan tafsir zahiriyah sahaja, jika ada sebarang kesalahan, ku mohon ditegur)

sumber:
 Al-Quran rasm Uthmani
Mushaf Tajwid diterjemah Syeikh Abdullah Basmeih
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman 

bersambung ....
gambaran berlakunya Qiamat

No comments:

Post a Comment