Assalamualaikum
wbt…alhamdulillah, masih ada ruang bagiku menukilkan cetusan pena untuk
sentiasa mencoretkan perkongsian dan kemanisan ilmu bersama teman-teman blogger
sekalian. Ketika ini dalam ruang mood ramadhon yang sudah memasuki fasa
terakhir Maghfirah, eloklah sama-sama kita bertadabbur mukjizat agung umat nabi
Muhammad saw iaitu Al-Quran Al Karim. Tadabbur kali pertama ni ku mulakan
dengan surah An-Naba’ iaitu surah yang pertama dalam juz yang ke-30, susunannya
yang ke-78 dan bilangan ayatnya sebanyak 40 ayat. Surah ini telah ditanzilkan
di Makkah manakala maksud kepada nama ini ialah ‘BERITA’ yakni perkhabaran
tentang kejadian atau suasana hari PEMBALASAN. Dinamakan surah ini 'Naba' bermksud berita besar, kerana Allah mnegaskn tentang kebenaran berita yg besar berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan.(sumber Tafsir Pimpinan A-Rahman). Allah swt menceritakan suasana
hari tersebut dek kerana pertanyaan dan kerunsingan golongan yang kufur
terhadap keimanan mereka pada hari Akhirat serta mereka selalu meragu-ragukan
juga mengherdik sifat kekuasaan Allah swt tanpa berasa bersalah. Pada ayat 1,
Allah swt telah bertanyakan perihal golongan tersebut AMMA=tentang apakah
mereka bertanya-tanya??? Jelas pada ayat ke-2 dan ke-3, Allah mempersoalkan apakah yang menjadi kebimbangan
golongan ini tentang HARI KEBESARAN yang mereka selalu ragu-ragu mahupun
perdebatan mengenai hari tersebut. Pemahamanku jelas mengatakan KEMUNGKINAN
golongan ini BIMBANG akan berlakunya HARI PEMBALASAN itu sekiranya BENAR-BENAR
terjadi, bimbang akan NASIB MEREKA dan HUKUMAN yang bakal mereka terima sedangkan
pada masa itu, mereka telah MATI dalam KEKUFURAN…
Bermula dengan ayat ke-4 dan
5, Allah melarang mereka berselisih dalam hal tersebut dengan syadiid=PENEGASAN
bahawa mereka akan mengetahui juga bila
ianya(HARI PEMBALASAN) bakal terjadi,
setelah itu Allah bagi tabyiin=PENJELASAN tentang kekuasaan Allah yang sudah
jelas dan nyata tentang hakikat ciptaan Allah swt yang MAHA AGUNG bermula dari
ayat ke-6 hinggalah ayat ke-16 supaya
mereka(golongan kafirin wa musyrikin) sedar akan kebesaran KUASA ALLAH
mengatasi segala-galanya. Intisari dari ayat-ayat ini sudah cukup menginsafkan
kita tentang kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya, kenapa perlu kita mencari
dunia, sedangkan segala apa yang telah Allah ciptakan, sekelip mata boleh
dihancurkan dengan lafaz KUN FAYAKUNN bermula dengan bumi yang boleh
dihancurkan, gunung ganang yang tidak terjangkau oleh manusia boleh menjadi
debu yang berterbangan, malam boleh ditukarkan kepada siang yang mencacak
kepanasannya bak berada di gunung sahara yang kering kontang, itulah kebesaran
Allah swt. Soalku terhadap kelantangan golongan kafiirin wa musyrikiin, adakah
hati mereka sudah menjadi hitam legam sehingga sukar melihat dengan
pancaindera(MATA dan HATI) untuk mengagumi KUASA ALLAH swt di atas muka bumi
ini? Dan adakah wujud golongan ini pada zaman sekarang 2013 sampai
bila-bilapun? Nauzubiillah min zalik…mintak dijauhkan semua tu ye teman-teman,
jangan kerana ZIINATUN DUNYA=perhiasan dunia kita menjadi MULAGHWIYUUN=orang-orang
yang lalai terhadap tujuan TAABBUD=taat dan patuh kepada ALLAH swt yang
sebenarnya.
Gambaran suasana YAUMU
SAA”AH telah diberitakan oleh ALLAH swt dengan jelas pada ayat 17 berpaksikan
TANBIHAT=amaran yang bermaksud ‘sesungguhnya hari pemutus(hari pembalasan)
telah diTHABITkan=ditetapkan pada waktunya
yang telah ditentukan oleh ALLAH swt. Ayat ini jelas menjawab balik
pertanyaan dan perselisihan golongan tersebut di awal ayat yang pertama sekali.
Allah datangkan saat-saat berlakunya
hari pembalasan tersebut dengan permulaaan pada ayat 18-20 dengan SUUR=suara
tiupan sangkakala yang dasyat mengerahkan manusia yang telah dibangkitkan
menuju ke MAHSYAR=tempat perhitungan yang abadi. Janji Allah itu pasti, Allah
datangkan UQUBAH=hukuman secara terus dengan mengingatkan tentang NERAKA yang
pedih azabnya bagi golongan tersebut bermula pada ayat 21 hinggalah ayat 30
yang memberikan JAHIIM=seksa yang teramat ‘Rasalah kamu akan azab yang telah
disediakan buat kamu, kami tidak akan menambah yang lain kecuali azab-azab yang
berbagai-bagai kepada kamu!’, ALLAHURABBI..ketakutan mula menyelubungiku kerana
ku khuatir akan hidup ku kelak, adakah kufur dengan nikmat Allah berikan
sehingga tidak lagi merasai syukur di atas nikmatNYA dan IBADAHku bagaimana
kelak? Nyatalah intisari ayat-ayat di sini telah membulatkan tekad ku untuk
terus memohon taubat dari ALLAH swt. Ingatlah teman-teman sekalian, taubat itu
adalah salah satu ciri-ciri TAQWA, Allah sangat menyukai HAMBA-HAMBA yang
Muttaqqin=orang-orang bertaqwa, kenapa kita mudah berasa selesa dan senang hati
untuk tidak sujud padaNYA di malam hari hanya untuk memohon MAGHFIRAH dariNYA?
Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menitikberatkan soal taubat dan amalan IBADAH
yang lazim, walhal Allah swt telah janjikan syurga abadi buat baginda, tapi
baginda tetap sujud dan menghambakan dirinya pada malam hari sehingga bengkak
kedua-dua kakinya SUJUD TAABBUD kepada Allah
swt kerana BIMBANG amalan baginda tidak diterima dan diampun olehNYA…kita?
Ya allah, istiqamahkanlah diriku untuk memohon pengampunan dariMU YA
ALLAH…INNAKA ANT TATTAWWAB RAHIIM..
Saat yang menggembirakan
Allah datangkan pada ayat 31-36 iaitu berita perkhabaran yang baik dan sangat
menggembirakan bagi golongan MUTTAQIIN MAFAZA=orang-orang bertaqwa yang sangat
cemerlang, Allah ceritakan gambaran balasan SYURGA ADNIN yang telah disediakan
bagi golongan yang taat dan patuh pada Allah swt. Allah sebut terbentangnya
taman-taman bunga yang indah dan kebun-kebun dipenuhi buah-buahan yang lazat
terutama Anggur, perawan-perawan yakni pasangan-pasangan yang sangat cantik dan
hensem iaitu ATRABA=umur yang sebaya hayatnya dalam syurga, gelas minuman yang
dipenuhi dengan minuman yang melazatkan serta tidak ada kedengaran suara yang
sia-sia dan dusta melainkan yang baik-baik sahaja. Allahurabbi, itulah balasan
yang setimpal Allah swt kurniakan buat mereka setelah bertahun-tahun lamanya
menghambakan diri, harta, iman, hidupnya, ibadahnya hanya pada RABBUL JALIL. Pada
ayat 37-38 menerangkan keadaan yang jelas Allah BERKUASA atas segala-galanya
baik segala perintah dan arahan yang telah Allah tegaskan dipatuhi oleh semua
MALAIKAT baik dari segi Allah tadbir Langit dan bumi dan antara kedua-duanya, itu
semua hanya kerana AR-RAHMAN sifat agung Allah swt hanya dengan KEIZINAN Allah
swt, para Malaikat semua menuruti kerana semuanya adalah BENAR dari ALLAH
AZZAWAJAL. Sekali lagi Allah tegaskan pada ayat 39 bahawa itulah hari PEMUTUS
HUKUM yang sangat-sangat benar bakal berlaku, dan Allah swt MENAWARKAN kepada mereka iaitu golongan yang
berkeinginan untuk kebaikan diri mereka, MAKA AMBILLAH jalan dan cara
hidup(IMAN dan AMAL SOLEH) yang seiring dengan KEHENDAK ALLAH swt.
Pada hujung ayat surah ini
iaitu ayat ke-40, Allah telah membuat PENEGASAN buat terakhir kali supaya
hamba-hambaNYA dapat mengambil TANBIHAT dengan cukup mendalam iaitu amaran dari
AL-KHOLIQ tentang gambaran azab-azab yang bakal ditimpakan ke atas
mereka(golongan yang ingkar) apabila tiba masa dan waktunya(SEDANGKAN ALLAH
TELAH TETAPkan) detik HARI PEMBALASAN dengan penyesalan golongan yang ingkar
tentang kelantangan dan kebiadapan mereka terhadap KUASA-KUASA ALLAH swt
sehingga telah dibutakan HATI-HATI mereka hingga sanggup menjadi TANAH BALIK
kerana tidak sanggup menerima azab-azab yang nyata pedih pada hari AS-SAA’AH
tersebut. Allahuakbar, intisari ayat terakhir ini cukup jelas AMARAN TERAKHIR
Allah swt terhadap hamba-hambaNYA yang ingkar patuh dan taat padaNYA, gambaran
yang diberikan adalah sebahagian penyesalan mereka sehingga sanggup menjadi
tanah balik supaya tidak dapat dihitung amalan-amalan yang ingkar dan terpesong
daripada Allah swt, maka jelaslah wahai teman-teman, jika kita diuji dengan
kenikmatan dunia semata-mata, ingatlah balik CARA DAN SYUKUR kita pada Allah
swt, jangan SOMBONG DAN BONGKAK untuk kembali sujud padaNYA, masa senanglah
adalah masa yang terbaik untuk mengingati dan MEMOHON MAGHFIRAH dari ALLAH SWT,
sentiasa taabbudd padaNYA tidak kira waktu supaya kita tidak BAKHIL dan
membiarkan HATI-HATI kita menjadi hitam yang sangat LEGAM, kita mesti kembali
kepada YANG ABADI di sana, maka hitunglah AMAL SOLEH seberapa banyak dan PALING
PENTING, mohon TAUBAT di malam hari dan TANGISLAH kepadaNYA atas segala apa
yang telah kita kerjakan sepanjang kita HIDUP..
semoga bermanfaat untuk semua,
surah ini mesti dihafaz dan difahami dengan jelas, agar kita tidak tergelincir
IMAN kita untuk kembali kepadaNYA nanti..
Wallahua’lam…
23 Ramadhon 1434H
No comments:
Post a Comment