Bismillah..Pada post yang lalu, kita sudah memahami ayat 1-5 tentang sumpahan tegas Allah swt dengan Makhluk2NYA yang mentaatiNYA, kali ini saya cuba mengupas ayat 6 hinggalah ayat ke 46. Lanjutan dari ayat 1-5 allah telah bersumpah dengan makhluk ciptaanNYA tentang hari pembalasan, pada ayat 6 - 14 allah telah memberi Ingatan kepada semua makhluk2NYA bahawa hari Pembalasan akan tetap berlaku, allah gambarkan pada kita suasana tersebut ; "pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang mggoncangkn alam sehingga semua makhluk mati dan hancur"diikuti pula tiupan sangkakala yang kedua yang menyebabkan semua makhluk yang mati tadi dihidupkan semula, Hati manusia pada hari itu takut dengan setakut-takutnya, pemandangan mereka tunduk dan gerun", demikianlah gambaran bilamana berlaku hari Kiamat namun tempoh tiupan pertama dan kedua itu menjadi persoalan kepada kita apakah jarak masanya dekat atau lama(saya akan dapatkan pandangan alim ulama tentang ini), walaupun gambaran hari pembalasan telah diberikan oleh allah swt, namun masih lagi ada golongan yang Ingkar dan bertanya akan hari tersebut, mereka berkata "sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dulu?, Bolehkah dihidupkan semula sesudah kita menjadi tulang yang reput?, Kalaulah berlaku sedemikian, sudah tentu kembalinya kita hidup semula itu satu perkara yang merugikan(nada ejekan), situasi inilah yang digambarkan oleh allah swt dengan sifat angkuhnya mereka mempersoalkan tentang kekuasaan Allah swt dalam menghidupkan dan mematikan makhluknya sambil mengejek dan mempersendakan Kuasa allah swt? Allah menempelak mereka dengan berkata, " Menghidupkan semula tidaklah sukar kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan SATU JERITAN TIUPAN KEDUA yang menyebabkan mereka bangkit semula dengan serta merta berada di muka bumi yang putih rata!". Kalau kita perhatikan huruf Fa' disebutkan dalam 2 jawapan yang jelas Allah menangkis persendaan mereka, fa itulah FA' SABABIYYAH menandakan secara pantas jawapan Allah bersifat Aziz MAHA BIJAKSANA, mungkin 1 persoalan yang timbul apakah yang dimaksudkan oleh Allah swt iaitu MUKA BUMI PUTIH RATA?(saya akan dapatkan pandangan alim ulama tentang ini).
Sementara ayat 15, Allah membawakan cerita tentang kisah nabi MUSA as bertanyakan kepada nabi Muhammad saw dengan gambaran Kuasa Angkuh Firaun. Pada ayat 16-25, Allah menceritakan kisah bagaimana sabarnya nabi Musa dalam memulihkan tauhid Firaun dengan kuasa mukjizatnya bagi menunjukkan KEKUASAAN ALLAH SWT yang bersifat Agung LA SYARIKA LAHU sehinggalah Firaun laknatullah alaih DIAZAB dengan seksaan yang sepedih-pedihnya, allah swt memberi peringatan kepada golongan yang ingkar tadi dan allah mempersoalkan balik kepada mereka pada ayat 26-27, "Adakah sukar bagi AKU untuk menciptakan kamu semula berbanding Langit yang telah AKU bina dengan kukuhnya?!", Ketahuilah bahawa kisah Firaun laknatullah alaih ini disebut berulang kali dalam Al-Quran bagi menunjukkan Allah sangat murka pada orang yang mensyirikkan allah dengan Zat diri makhluk itu sendiri. Allah swt menunjukkan kekuasaanNYA dengan menimbulkan persoalan kepada golongan ingkar tadi dengan melihat Bagaimana Langit, Malam, Bumi, Gunung ganang dan Haiwan ternakan disempurnakan dan diciptakan dengan Kuasa Allah swt, semua ini pada ayat 28-33.
Allah swt menyambung balik gambaran hari Kiamat kelak pada ayat 34-41 dengan "apabila datang datang hari yang bencananya amat besar, iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya dan Neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, maka dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya, adapun orang yang melampau perbuatan derhakanya serta mengutamakan kehidupan dunia semata-mata sesungguhnya NERAKA JAHIMlah tempat kediamannya. Allah swt memberi Ingatan yang PERTAMA dulu kepada golongan ingkar tentang keperitan dan bakal destinasi yang akan dihuni kemudian baru allah swt menyebut golongan KEDUA yang Menghambakan Akhirat dengan "Adapun orang yang takutkan keadaan semasa berdiri di Mahkamah Tuhannya untuk dihitung amalnya serta menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, maka SYURGAlah tempat kediamannya", Peringatan allah swt kepada golongan yang disebutkan terlebih dulu iaitu golongan MENGHAMBAKAN DUNIA adalah SAMA seperti golongan MELAMPAUI BATAS dalam surah an-NABA' dimana Allah swt menyebut dahulu BALASAN AKAN DITERIMA antara 2 golongan ini, juga kebanyakan dalam surah-surah yang lain. Ini menunjukkan bahawa Allah swt memberi peluang kepada manusia yang sedang melakukan apa yang allah LARANG supaya beringat dan waspada akan balasan kelak. Menyambung pada ayat 42-43, golongan ingkar ini terus sangsi dan bertanyakan selalu kepada nabi Muhammad saw dengan "Bilakah Masa (hari Kiamat) datangnya?, Apa hubungan tugasmu(nabi Muhammad saw) dengan soal menerangkan masa tiba hari Kiamat itu?", lantas pada ayat 44-46, allah swt terus menjawab "kepada Tuhanmulah(wahai muhammad) terserah kesudahan ilmu mengenainya, tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang-orang yang takut akan huru hara hari kiamat itu, sangatlah dasyat huru hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah MERASA pada melihatnya SEOLAH-OLAH MEREKA TIDAK TINGGAL di DUNIA kecuali suatu PETANG atau PAGI SAHAJA".
Allah swt memberikan MOTIVASI kepada nabi MUHAMMAD SAW dan para MU'MININ akan kepentingan DAKWAH pada MEREKA yang terlalu MENGHAMBAKAN DUNIA & MELAMPAUI BATAS, sesungguhnya PADA ALLAH jualah diserahkan kerana MENJALANKAN DAKWAH itu bukan senang tapi berliku dan YAKINLAH bila mana Allah sudah berpuas hati pada keazaman dan pencapaian kita, ALLAH SWT JUAlah yang AKAN MENGEMBALIKAN KITA KEPADANYA dan akhir surah ini allah janjikan SESALAN Golongan yang Menghambakan Dunia & Melampaui Batas denga amaran dan sesalan yang tidak keruan..
Tafsiran dan Pandangan ini hanyalah zahiriyah dari saya semata, jika ada salah mohon ditegur segera
wallahu'alam
wassalam
No comments:
Post a Comment