Geng

Wednesday, January 8, 2014

Tadabbur A'basa ayat 1 - 42

Bismillah, kali ini kita cuba menghayati dan memahami surah ke-3 antara surah terawal dalam Juz 30 ini. Surah ini diturunkan di Makkah, mengandungi 42 dan dinamakan surah ini A'basa yang bermaksud Memasam Muka kerana pada awal surah ini Allah swt menegur Nabi Muhammad SAW seperti yang dijelaskan dalam ayat2 suci itu.

Intisari Surah ini:
Membentangkan satu peristiwa yang menyebabkan baginda ditegur oleh Allah SWT supaya kejadian itu tidak berulang lagi. Peristiwa itu berhubung dengan seseorang  Islam yan Buta, telah datang berjumpa dengan nabi untuk bertanyakan perkara2 yang mengenai agama, tetapi nabi yang mulia tidak dapat melayannya kerana ketika itu,nabi sedang memberi penerangan kepada ketua2 kaum Musyrik Makkah dengan harapan kalau mereka memeluk Islam maka ramailah pengikut2nya akan turut serta. Setelah diingatkan supaya kejadian demikian tidak berulang lagi, lalu Allah menerangkan perihal hakikat Al-Quran yang menjadi pengajaran dan peringatan yang mencukupi untuk orang2 yang mahu mencari keselamatan dan mengharapkan keredhaan Allah.

Cerita ini bermula pada ayat 1- 10, di sebalik cerita ini adalah Cara Dakwah dan Sasaran Dakwah dimana cara ini Allah swt hanyalah memberi peringatan kepada Nabi Muhammad SAW tentang cara layanan bila berlakunya datang 2 pihak pada satu masa dalam memberikan ilmu atau mesej Agama iaitu 1 pihak diberi layanan baik, manakala 1 pihak lagi tidak diberikan layanan. Jika kita lihat Sasaran Dakwah dalam cerita ini terdapat 2 golongan Mad'uu iaitu Ketua Kaum Musyrik(Pemimpin/Intektual/Berpangkat) dan Seorang Buta yang Muslim(kurang upaya/miskin/tidak berpangkat), manakah pilihan kita? pandangan Mufassirin terhadap layanan 2 golongan ini berbeza kerana Allah SWT Maha Mengetahui tentang sejauh mana keimanan Orang2 Musyrik dimana Teguran diberikan kepada nabi Muhammad saw kerana Allah sudah mengetahui akan iman Ketua2 kaum Musyrik tersebut yang tidak akan menerima Islam dan menganutinya sedangkan telah datang seorang Muslim yang sudah beriman tetapi buta untuk mengenali Islam lebih mendalam.

Ayat 11-22, Allah swt menegaskan kesilapan nabi dalam memberi layanan dengan mendatangkan keagungan Al-Quran dan pengajaran yang boleh dijadikan petunjuk, Lalu Allah jelaskan tentang peringkat kufurnya manusia yang Ingkar; "Tidakkah mereka berfikir, dari manakah mereka diciptakan oleh Allah? mereka diciptakan dari Air Mani yang sedikit serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab(Taklif), kemudian Jalan yang Baik mahupun Jahat dimudahkan oleh TuhanNYA kepadanya untuk menimbang atau berfikir jalan manakah yang patut dipilih, kemudian dimatikan mereka lalu diperintahkan supaya mereka dikuburkan, dan jika Allah berkehendak akan mereka, mereka akan dibangkitkan semula". Lanjutan ayat 23-32, Allah memberi penegasan kali ke-2 kepada orang2 yang Kufur yang tidak melihat bagaimana ciptaan asal mereka sebagai Kekuasaan Allah SWT dengan memerintahkan mereka melihat kepada Makanan yang dapat dimakan, Semuanya itu untuk mereka dan binatang2 ternak mereka

Setelah menerangkan nikmat2NYA yang telah dilimpahkan kepada manusia supaya mereka bersyukur dengan Iman dan Taat akan perintah2NYA, pada akhir surah ini antara ayat 33-42, Allah swt menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada hari Kiamat,  Antaranya apabila kedengaran suara Jeritan yang Dahsyat( Tiupan Sangkakala Kedua), semua manusia lari tidak kira ibubapa,saudara, isteri, anak2 dan lain2, tidak akan ada urusan yang lebih penting melainkan untuk menyelamatkan diri masing2. Pada masa tersebut akan berlakunya suasana sebenar bagi menilai dan menghitung amalan yang baik dan buruk, digambarkan oleh Allah swt muka Orang beriman berseri2, gembira dan tertawa riang manakala sebaliknya bagi Orang2 Kufur/Ingkar yang muka mereka penuh dengan debu, dilitupi hitam dan gelap lagi menakutkan. Begitulah pengakhiran manusia setelah diberikan petunjuk dan gambaran yang amat mengerikan supaya manusia bersedia dengan Iman dan Amal yang soleh untuk kebaikannya di dunia mahupun akhirat. Semoga kita dapat mengambil Ibrah yang sangat berguna ini.

Wallahua'lam, pandangan ini berdasarkan pandangan zahiriyah dan diolah bersama sumber yang masyhur, jika terdapat kesalahan, mohon ditegur :)
Sumber: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
7 Rabiul Awwal 1435H

No comments:

Post a Comment