Geng

Saturday, July 23, 2011

Menjelang Akhir Syaaban

Alhamdulillah ketika ku mencoretkan tajuk ini, sedar atau tidak kita sudah
berada pada 22 Syaaban 1432Hijr, di kesempatan ini, ku mahu berkongsi dengan teman2
tentang bulan ini. Syaaban ialah bulan yang diangkatnya amal2 perbuatan ke sisi Allah
dan pada bulan ini Rasulullah SAW juga memperbanyakkan ibadah puasa sunnah berbanding
bulan2 selainnya. Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Wahai Rasulullah,
aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada suatu bulan sebgaimana engkau berpuasa
pada Syaaban?", Rasulullah menjawab : " Syaaban adalah bulan terletak di antara Rejab
dan Ramadhon yang sering dilupakan oleh manusia,Ia adalah bulan terdapat dalamnya amal2
perbuatan akan diangkat ke sisi Allah SWT, maka Aku lebih suka apabila amalanku diangkat
dalam keadaan aku sedang berpuasa".(merujuk kepada Hadis riwayat Ahmad dan Nasaie).

Allahuakbar, begitu taajjub dengan kelebihan bulan ini berdasarkan amalan Rasulullah SAW
yang sering berpuasa dan melipat gandakan amalan2 baginda.Disini ku mahu merungkaikan persoalan
yang berkecamuk di minda kita tentang pandangan Ulama mengenai NISFU SYAABAN dan PUASA PENUH
SYAABAN.


1.Bermula dengan NISFU SYAABAN, sesetengah umat kita menanti dengan fokusnya kedatangan
malam nisfu Syaaban(15 syaaban hingga Akhir)iaitu pertengahan Syaaban, tidak dapat dinafikan
mereka juga mengkhususkan malam tersebut dengan beberapa jenis amalan tertentu seperti solat sunnah yg khusus dan bacaan ayat2 alQuran tertentu serta ada sesetengh dlm msyarakat kita mnganggap mlm tsebut sbgai mlm ditentukan rezeki dan ajal bagi seseorng.

Sebenarnya kalu kita merujuk kepada pandangan
Imam Al Qurtubi Rahimahullah : Berkenaan dengan malam nisfu syaaban, padanya tidak terdapat 1 hadispun yg dpt dijadikn sebgai sandaran, samada tentang keutamaannya atau tentang pembatalan
ajal seseorang.Pernyataan ini didokong oleh Al Hafiz Ibnu Rejab al Hambali dan Imam Abu Syamah.

walaubagaimanapun, di sana terdapat sebuah hadis yang dtg dgn bbrapa lafaz yg diperselisihkn status kesahihannya, Hadisnya : "Sesungguhnya Allah memerhatikan hamba2NYA pada mlm nisfu Syaaban lalu DIA mengampuninya kecuali org2 musyrik atau org yg suka bermusuhan", dan pada setengah lafaz menyebutkan, "Sesungguhnya Allah turun pada malam nisfu Syaaban..".Kalau kita perhatikan ada sebahgian ulama hadis menyahihkannya, manakala setengah lain mengingkari
kesahihannya.Hadis ini diriwayatkan diantara nya oleh Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Abdurrazaq,
At Thabrani, al Bazzar dan al Munziri. Antara ulama yg menyahihknnya ialah Ibnu Hibban, Ibnu Hajar al Haitsami dan al Albani, di pihk ulama yg mnjelaskn kedaifannya ialah Imam al Mubarakfuri dlm Tuhfatul Ahwadzi Bi Syarah Jami' At Tirmizi.

Jika sahih sekalipun hadis ini, maka ia hanya menunjukkn keutamaan mlm nisfu Syaaban secara umum.Kalau kita teliti Hadis ini sedikitpun tdk mnunjukkn adanya galakan bagi mengkhususkn mlm tersbt dgn amalan2 tertentu spt yg ku tlh nyatakn di awal perbincngan.Malah turunnya Allah SWT ke langit dunia itu sendiri sbnrnya berlaku hampir pada setiap mlm iaitu tdk hanya pd malam nisfu Syaaban sahaja.Ini dinyatakan dlm 2 Kitab Sahih Al Bukhari dan Muslim.

2.sambung dgn pandangan BERPUASA PENUH SYAABAN, ku ingin KODKAN Hadis ini daripada Aishah RA memberitahu Abu Salamah, "Nabi SAW tidak pernah berpuasa pd suatu bulan yg lbh byk dri Syaaban, Baginda berpuasa pada bulan Syaaban seluruhnya".(Rujuk pada Hadis Riwayat alBukhari.Tentu sekali wujud perbezaan para Ulama dlm menyatakan pemahaman dan pandangan berkenaan hadis ini iaitu sebahgian ulama yg mengatakan Rasulullah SAW berpuasa penuh, manakala sebahagian lg menyatakan Rasulullah SAW berpuasa bukan sepenuhnya dari bulan ini.

Jika kita teliti pandangan Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani rahimahullah,kita dpti pandangannya lebih kuat condong kepada pandangan Ulama yng mnyatakan Rasulullah SAW berpuasa bukan sepenuhnya pada bulan syaaban dengan memberikan penekanan kpd Perkataan Imam Ibnu Mubarak, iaitu "mengikut konteks bahasa arab, apabila seseorg berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh, dikatakan si polan solat sepnjg mlm pdhl ada kmungkinn dia msh mkn mlm serta sibuk dgn urusn lain.(rujuk pada Kitab Fathul Bari Syarah sahih albukhari).

Hal ini juga berdasarkn kefahamn sabda Rasulullah SAW : "Jangan sekali kali salah seorang di antara kamu mendahului puasa ramadhon dengan puasa sehari atau 2 hari sebelumnya melainkan bagi orang yang sudah biasa berpuasa pada hari tersebut".(hadis riwayat al Bukhari).

3.Maka yng demikian,ku harap teman2 dptlah menghidupkan amalan2 yg telah jelas dianjurkn berdasarkn dalil2 yg sahih, dan tentu sekali amalan2 yg tidk berdasarkn dalil2 yg sahih perlu kita tinggalkn.Igtlah wahai teman2 bahawa meninggalkan amalan Ibadah yang tidak dilaksanakn dan tidak sesekali digalakkn oleh Rasulullah SAW itu sendiri adalh tergolong salah satu Sunnah, jika kita menghidupkannya adalah Bid'ah..

sekadar memberi sumber2 yng benar dariku
dan ini hanya sedikit sahaja perbincangan yang dapat dikongsi..
wallahua'lam

1 comment:

  1. اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا في رمضان

    ReplyDelete