Geng

Monday, July 25, 2011

Jikalau Kita berpatah hati....

Terasa sebak dan hingga aku hampir mengalirkan air mata ku.

Kerana
Terlalu ramai remaja Islam yang kuat sosok tubuhnya, yang segar dan bersih mindanya, yang cergas dan tangkas pergerakannya … tertewas hanya kerana CINTA. Sama2lah kita mengingati antara 1 sama lain moga2 kita lebih memahami hakikat hidup yang Allah sudah tentukan bagi kita….



1. Sahabat ku,

Aku sering berpesan kepada diri ku, bahawa ada empat perkara yang telah ALLAH tetapkan sejak azali atas makhluk ciptaannya. Keempat-empat perkara itu adalah :
- Rezekinya
- Jodohnya
- Ajalnya
- Mautnya

Tidak akan berlaku sesuatu ke atas manusia melainkan dengan izin ALLAH SWT. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak tahu sebanyak manakah rezeki, siapakah jodoh kita, selama manakah kita bisa menhirup udara di dunia dan bilakah saat Izrail datang bertandang untuk menjemput kita kembali ke hadrat ALLAH SWT. Tugas kita sebagai makhluk yang lemah dan mengharapkan kasih sayang serta ampunan ALLAH, ialah berusaha sebaik mungkin berdasarkan sunnatullah. Sesungguhnya sunnatullah itu tidak akan berubah sebagaimana agungnya ALLAH bersifat dengan sifat qidam.

Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)

2. Sahabat Ku,

Andainya teman yang engkau ingin serahkan hati mu tidak engkau miliki. Bersabar dan redhalah. Kerana itulah qadha dan qadar dari ALLAH. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYA.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedang ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk untuk kamu , dan Allah SWT lebih mengetahui dari kamu yang tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah, :216)

Dan ketetapan dan ketentuan ALLAH itu adalah percaturan yang terbaik.

Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu baginya dalam kekuasaan(Nya), dan dia Telah menciptakan segala sesuatu, dan dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya, Iaitu segala sesuatu yang dijadikan Tuhan diberi-Nya perlengkapan-perlengkapan dan persiapan-persiapan, sesuai dengan naluri, sifat-sifat dan fungsinya masing-masing dalam hidup.(Surah Al-Furqan : 2)

Oleh itu janganlah engkau berputus asa wahai sahabat ku. Kerana pintu rahmat ALLAH masih terbuka luas buat mu. Gunakanlah kesempatan yang ada buat menebus kesilapan yang telah berlaku.

Bersunguh-sungguhlah meraih perkara yang bermanfaat untuk mu, mohonlah pertolongan kepada ALLAH dan jangan berputus asa. Jika sesuatu menimpa mu janganlah engkau berkata, ‘jika dulu aku lakukan ini pasti terjadi begini atau begitu.’ Tetapi katakanlah, ALLAH sudah mentaqdirkan, dan apa yang ALLAH kehendaki pasti terjadi. Kerana perkataan ‘kalau’ membuka perbuatan syaitan..” (HR Muslim)


3. Sahabat ku,

Apakah kerana kegagalan mu memperoleh cinta seorang insan, maka engkau mahu berpaling dari jalan iman ? Bukankah kita sudah berjanji untuk menjadikan ALLAH sebagai matlamat hidup kita ?

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku Ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)", (Surah Al-A’raaf ayat 172)


4. Wahai sahabat ku,

Hidup ini bukan untuk mencari dan mengejar cinta makhluk yang lemah. Sebaliknya adalah untuk kita mengejar dan meraih cinta ALLAH melalui pengabdian yang tulus ikhlas.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Az Dzariyat : 56)


Inilah matlamat hidup kita di dunia. Andainya cinta hendak kau beri, berilah cinta mu kepada ALLAH, kerana ALLAH Yang Maha Pengasih itulah Sang Pencipta Cinta. Cinta dari NYA pasti berbalas dan tidak akan mengecewakan.

5. Wahai sahabat ku,

Lupakah engkau akan kisah Zaid Bin Datsima saat diseksa oleh kafir Quraisy ?

Ketika Zaid bin Datsima ditawarkan pembebasan, dan nyawa Rasulullah SAW sebagai tukaran. Zaid berkata bahawa dia lebih rela membiarkan jasadnya hancur diseksa dari melihat Rasulullah SAW tercucuk sebatang duri. Begitulah nilai cinta para sahabat Rasulullah SAW kepada baginda SAW. Kerana mereka telah berjaya temui cinta yang hakiki.


Umar al Khatab berkata ”Ya, Rasulullah. Aku mencintaimu lebih dari segalanya, kecuali jiwaku,” Mendengar itu, Rasulullah SAW menjawab, ”Tak seorang pun di antara kamu beriman, sehingga aku lebih mereka cintai daripada jiwa mereka.” Umar lantas menyahut spontan ”Demi Dzat yang menurunkan kitab suci Al-Quran kepadamu, aku mencintaimu melebihi kecintaanku kepada jiwaku sendiri,”. Maka Rasulullah SAW pun menukas, ”Wahai Umar, kini kamu telah mendapatkan iman itu” (HR Bukhari).


6. Wahai sahabat ku,

Andainya engkau gagal meletakkan cinta mu, maka binasalah diri mu. Ingatlah pesanan ALLAH
Katakanlah:

"Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah: 24).

Kesedihan yang melanda diri mu saat engkau ditinggalkan oleh kekasih mu adalah bukti kebenaran Al Quran dan bukti kewujudan ALLAH. Kesilapan mu ialah meletakkan cinta mu kepada makhluk yang tidak dijamin kejayaannya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Maka sebab itu engkau berduka. Maka sebab itu engkau terhukum, kerana engkau mengkhianati zat yang amat mencintai mu yang rindu mendengar rintihan munajat mu.

Maka ubahlah destinasi cinta mu kepada ALLAH dan Rasulullah SAW. Itulah penawar yang bisa mengobati luka di hati mu. Teladanilah para sahabat Rasulullah SAW dalam meletakkan cinta. Kerana mereka sudah berjaya temui cinta yang mereka cari. Natijahnya, mereka tenggelam dalam kenikmatan cinta di dunia. Dan mereka temui Sang Pencipta Cinta di syurga NYA di akhirat.

Akhir kalam, ku sisipkan seungkai doa dari sabda Rasulullah SAW tercinta. Agar kita sama-sama melafazkannya dalam munajat kita. Agar cinta yang hakiki terlaksana dan membuahkan sakinah, saadah dan maghfirah ………….


"Ya Allah, kami memohon cinta-MU, dan cinta orang-orang yang mencintai-MU, dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami pada cinta-MU" (At-Tirmidzi) ...



wslm...

1 comment:

  1. Jangan berpatah hati ye cik Nik Mohd Syazwan..Allahu maaka..

    nukilan buatmu tanda persahbatan:
    ...::Munajat Sang Musafir::..
    Wahai Tuhan kami, jadikanlah cinta kami kepada Mu sebagai sesuatu
    yang paling kami sukai,dan rasa takut kami pada Mu sebagai suatu
    rasa yang paling dalam.

    Putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami, dan gantilah
    dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu.

    Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka,
    maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami.
    Ameen~!!

    ReplyDelete