Geng

Tuesday, October 9, 2012

Volume #2 Memori SAMMPS



Assalam..tepat jam 1.10 tengahari bertarikh 8 Oktober 2012, Alhamdulillah ya Allah Kau masih lagi bagi nikmat sihat dan umur utk ku bagi mecari bekalan pahala MU dan menempa balik dosa2 yg telah ku lakukan sepanjang 26 tahun di alam fana Mu ini. Apa khabar teman2 bloggers? Ku harap korang sihat2 belaka, ok seperti yg kujanjikan kali ni ku nk berkongsi cerita tentang musim praktikal di sekolah ku. Citenye sekarang tentang pelajar2, ku bertuah sgt2 kerana ku dpt menjalani latihan mengajar di sekolah AGAMA yg elit jugaklah selain SEKOLAH AGAMA BESTARI kt Damansara kalu xsilap aku lah. Di sekolah ni, kebanyakan pelajar datang dari luar daerah SABAK BERNAM, pelajar2 tempatan kt sini hnye minority dalam 30 %, berbanding pelajar2 yg lain. Pelajar luar terdiri daripada pelajar dari PETALING JAYA, GOMBAK, DAMANSARA, SHAH ALAM, KLANG, PELABUHAN KLANG , WILAYAH K.L pun ado .

Mesti korang excited kan, maknenya kt sekolah ni memang menjadi tumpuan pelajar2 luar, mereka ni memang menginap kt asrama secara tetap. Bagiku, dorang ni memang terbaiklah walaupun adalah jugak yg membengkak ati guru setiap mengajar kan, tp beselah kalau kelas hujung2 tu, memang aktvti dorang goyang kaki n kakinye berjalan jek. Kalau korang katakan kt sekolah agama ni, memang jauh bezanye dgn sekolah menengah biasa, memang betullah, jurangnya memang sgt beza tp bagiku masalah2 disiplin kt mane2 pun ade, budak sekarang kan da up to date dgn peredaran masa, jadi xhairanlah dorang blh terpengaruh ngn masalah2 yg common wujud sebelum nipun. Setakat 3 kelas yg ku mengajar iaitu ting. 4 dgn dua kelas iaitu kelas B & C, dan ting.2 dgn 1 kelas iaitu kelas B. Penilaian awal aku igt kn dorang ni suke main jek, tp tidak! Dorang excited sbnernye menunggu guru baru spt aku masuk kelas dorang sbb dorang ckp “Ustaz, ustad ganti ustazah ****** ek”, smbil melemparkan senyuman dan ihtiram dorang pada aku. Memang berbeza guru yg muda dgn guru yg senior mengajar dorang, tp bukan ku nk bangga tp sbg seorang pendidik kite kene tahu kaedah P&P dan kuasai Pedagogi Pendidikan, baru kita akan lebih bersedia dan mudah diterima oleh pelajar dari segi cara pengajaran & penerimaan pelajar terhadap guru.

Kelas2 yg aku mengajar setakat ni memang menunjukkan tabiat yg baik pada ku, Alhamdulillah tapi xtahulah klu dorang sje wt baik2 je, baik husnu zonn je kn, dorang ni sgt menghormati guru kt mane2 sekalipun tiap kali terjumpe or terserempak, kalu nk dikatakan xde lgsg masalah disiplin tu, tipulah! Tp tupun hye segelintir pelajar sahaja bukan semua yg berani lwn guru. Pelajar dan Guru ni ibarat Isi dan kulit la kan, kerana kalau isi nya xjaga dgn baik, kulit jugak akan rosak sbb tulah dua golongan ni perlu saling melengkapi dan memahami, jangan suke menyalahkan 1 pihak sahaja, kita kne akui sistem pendidikan kita tidak sebagus manepun, kita banyak meniru orang luar buat, sbb tu tugas guru sekarang makin bertambah dgn bebanan hal2 pentadbiran dan pengurusan. Kesediaan pelajar menerima ssuatu ilmu bukan kerana faktor fizikal guru, tp kerana tarikan dan perasaan yg bercambah setelah merasai kemanisan ilmu itu sendiri, mgkin korang lebih prefer pada hujah yg mengatakan faktor gurulah pelajar2 dpt berjaya, ku memang xsetuju dgn hujah tu kalu korang setuju sekalipun. Usaha dan kesungguhan pelajar itu sendiri yg berjaya membentuk suatu motivasi yg memuncak sehingga dpt merasai manisnya ilmu yg telah meresapi dlm naluri mereka, bukan ke ilmu itu adalah nur yg bermaksud cahaya kan. Jadi memang kenelah hujahnye tu sbb ilmu xkn msuk dlm hati manusia itu klu jiwa rohani nya kotor dan berkarat.

Sebab itulah, bila jiwa rohani di isi dgn solat lima waktu, berdoa sepanjang malam, qiamullai dan mendoakan kesejahteraan ibubapa, Allah akan bagi ilmu itu mudah masuk dlm naluri manusia tanpa ada Qorinah mahupun Ihtiyajat yg mencabar yg blh memblocking hati manusia itu. Maka sucikanlah hati agar tidak bersepuh karat walau sekelumit manapun sekalipun, selain itu jugak byk faktor yg blh membuatkan ilmu itu kurang tersemat dlm ati kita, antaranya dari segi pemakanan, mengecewakan hati kawan dan yg paling penting peringatan kepada pelajar adalah jangan sesekali tidak menghormati guru. Kt sekolah ni pun ramai yg suka lupa dan buat2 lupa akan nasihat guru sampai 2-3 kali guru pekik baru beringat, bagiku tu degil yg bese bg seorang pelajar, tp kalu blh jgnlah salu tulikan telinga dari mendengar nasihat @ pesanan yg berharga dari seorang guru. INGAT TU!!, sebagai seorang pelajar, walaupun peraturan @ undang2 sekolah tu sukar utk kita ikut tp kne hormatilah sebagai seorang manusia yg punya akal utk berfikir, undang2 sekolah akan tetap berjalan selagi mana pelajar berada di sekolah, kalu kite melanggarnya memang akan dikira sebagai 1 jenayah besar kerana hukumnya begitu, sahsiah pelajar dibentuk bermula dari sekolah, itu sbbnye sekolah berusaha untuk menjaga pelajar menjadi pelajar yg terbaik, kerana disinilah segala2nye bermula.

Oklah, setakat ni je dulu memori pemerhatianku sepanjang menjalani latihan mengajar di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam atau ‘SAM ONE’,
Kalau korang nk berkongsi pasal sekolah ni silakanlah buat komentar ye, insyallah sama2 kita kongsi pengalaman mengajar..
Wassalam…

No comments:

Post a Comment