Geng

Sunday, September 9, 2012

Memori SAM Muhammadiah Pekan Sabak volume #1

Assalamualaikum wbt…salam sejahtera buat teman2 bloggers sekalian, ku teruja menulis pada waktu sekarang menunjukkan jam 2.07 minit hari sabtu 8 september 2012 (jadual ganti hari khamis sempena Hari raya ) sempena dengan program Solat hajat, bacaan Yasin persediaan Musim peperiksaan serta Jamuan Hari Raya peringkat sekolah. Alhamdulillah sekarang da nak masuk minggu ke-5 tempoh minggu praktikum, hanya tinggal berbaki 3 minggu sahaja lagi, tapi sekarang ku da rasa susah nk tinggalkan sekolah ni, indahnya jadi cikgu praktikal. Banyak suka duka yg ku perhatikan samada Para pelajar, Guru dan kakitangan Sekolah ini, amat memberikan pengalaman yang sangat berharga buatku.

Sepanjang ku berada di sekolah ini, nama2 guru dan ustaz yg melekat dlm fikiran ku ini adlah Ust Gos Hafiz(member kamcing), ust Jaafar sodiq(teman menyembang), ust amin taufik(ust paling kiut), ust Jaafar Kitah ( ust yg paling senior kt sekolah ni), cikgu ezzah n cikgu ain(cikgu baru yg comei2 ), cikgu fadzilah(salu dtg bilik kami cikgu praktikal), ustzh Haslinda( ustzh yg paling baik selaku guru pembimbing ku), ust Hussin ( jawonya blh dgr setiap kali sembang ngnku), cikgu ainon (jawo jugak cikgu yg salu bagi nasihat), ustzh bibi melor( ustzh salu dtg bilik kami utk baca surat khabar)…

Tu adalah antara nama2 yg salu kerap menyembang dan ramah ngn ku, cikgu2 lain pun ok jgk, cume xkesempatan bertemu salu, kalu nk dceritakan kisah n gelagat dorang, mmg byk hehehe yg menggelikan hati ku, Alhamdulillah dpt bertemu dgn kalian, yg penting pengalaman n nasihat yg berguna utk ust yg junior baru cm aku ni. Sebenarnya ku dan kwn ku ust adam diberikan bilik PBS utk urusan kerja n keselesaan kami sbbnya bilik guru lelaki da penuh maka bilik kami tu mmg menjadi tumpuan kepada semua guru2 yg suka berjalan heheheh, aku suka ngn kondisi sekolah ni, oklah bab 1 ni, ak huraikan keadaan cikgu2 di sekolah ni dulu k nti lain2 bab lain, ku huraikan hal pelajar plak ye…

Cikgu2 kt sekolah ni baik2 belako, kebanyakan ku perhati ramai cikgu2 dari Kelate, tanah tumpah darahku, yg keduanya cikgu2 jawa, tp xbyk sgt masalah kerana ku blh memahami lagi apa yg diperkatakan oleh mereka. Dalam keriangan dan keramahan cikgu2 yg ku sebut tadi, ada jugalah cikgu2 yg kurang mesra ngn ku or cikgu2 praktikal, biasalah lumrah karma begitu la kn, mereka ni jenis xbrapa ramah lah, walaupun sudah ku lemparkan senyuman, apatah lagi salam, kemurungan mereka jelas terpancar, ku tdk mengerti apa yg terbuku di fikiran mereka, tapi apa2pun mereka ku anggap sebagai abg2 n kakak2 yg lebih senior dariku, maka ihtiramlah pada mereka wlu cner sekalipun.Kondisi sbg cikgu praktikal mmg ku xkn lupekan smpi bile2, gelagat cikgu2 ade byk kategori yg ku blh bahagi2kn, 1- cikgu yg salu berleter, 2- cikgu yg salu nasihat, 3- cikgu yg sng diajak utk gosip2, 4- cikgu yg taat ikut arahan, 5- cikgu yg suke duk lepak bilik guru walau ade program ngn pelajar, 6- cikgu yg suke bg kerja kt org kalu xmmpu buat, 7- cikgu yg wt kerja last2 minit, 8- cikgu yg cool je walau byk masalah, 9- cikgu yg amk berat pasal cikgu2 lain, 10-cikgu xle duk diam, berjalan je kerjanye walau ade pnp, 11-cikgu yg rajin buat jualan langsung dlm bilik guru. Hah bykkn, namun itulah realiti nya kita sbg guru pemerhati selaku guru praktikal hehehe, byk kerenah yg kite le tgk n perhatikn.

Sebenarnya itulah asam garam cikgu2 seluruh dunia, dedikasi mereka mmg utk kecemerlangan akademik semata2 tapi selepas hbis pnp, maka terserlah sikap cikgu2 ni, pd pendapatku lah, kbykn sekolah termasuk sekolah ku praktikal mmg tdk mmbentuk sahsiah diri pelajar itu sendiri, semata2 utk cemerlang dlm peperiksaan je or istilah glokalnya adalah ‘EXAM ORIENTED’, utk pembentukan dalaman sahsiah pelajar itu kurang diberi perhatian sepatutnya pelajar ditekankn aspek agama n moral setiap masa, selalu diiingtkan tentang dosa pahala, halal haram, sifat mahmudah mazmumah, aurat lelaki perempuan dan batasannya, makanan yg halal n suci, penekanan pembentukan jiwa n tidak bputus asa, sentiasa dpt kawal emosi, pemilihan kwn yg baik or buruk, itu sume adalah aspek2 yg perlu diberi penekanan sejak dari awal lagi kalu sekolah menengah ting. 1, sekolah rendah darjah 1. Penekanan sudut agama mesti disusuli ngn kaedah konsultansi supaya jiwa anak2 dpt ditundukkn ngn cara lembut n halus.

Masalah2 disiplin tidak perlu didedahkn kpd umum terlalu melampau shingga blh memberi tekanan kpd anak2, mereka seboleh2nya tidak mahu permasalahan mereka diselesaikn secara kasar, kerana itulah mereka suka memberontak. Kita tahu sekarang ni, byk pengaruh yg blh memberi kesan secara langsung kepada anak2 kita antaranya teknologi n elemen hiburan. Maka kita sebagai guru perlu menurunkn darjah pemberontakan kemahuan mereka supaya tidak mudah diusik or diganggu oleh pengaruh2 tadi. Dalam Islam, tidak ada cara lain selain elemen agama itu diperkukuhkn dan disemaikn secara bersepadu dlm jiwa anak2. Kita sebagai guru tidak ada kuasa nk halang hasrat kerajaan bagi hiburan pada anak2 belia kita, jadi pendekatan secara halus n mempelbagaikan kaedah dakwah mahupun nasihat perlu kita gunakn. Semakin hari semakin mencabar hidup kita hari ni, maka kita kene peka ngn hal ehwal semasa anak2 belia kita, sedar atau tidak ledakan teknologi n hiburan sentiasa menggetarkn jiwa mereka, mgkin kita kne gune cara dekati mereka ngn elemen yg sama tp pengisiannya adalah berunsur dakwah n ketuhanan mahupun kerohanian.

Guru2 sekarang mgkin sudah keletihan dlm merawat hati2 anak kita, atau disebabkn terlalu jauh utk menghambat kebejatan pengaruh2 luar yg berjaya meresapi dlm jiwa anak2, walau digune pendekatan yg secara halus pun, tdk mmpu mengubahnya tapi apa2pun usaha itu perlu demi mengurangkan sedikit darjah pemberontakan jiwa anak2 walaupun tidak semua dpt dikurangkan. Apa2pun ku tabik springlah kepada guru2 sekolah ni terutama ust Khairun Nidzam selaku PK Hem Sekolah, barisan Pentadbiran terutama ustazah Jamaah selaku Pengetua, Cikgu Khodijah PK Pentadbiran dan Ust Fauzi PK Kokurikulum sekolah yg tidak jemu2 dlm mencari penyelesaian dan fikrah yg terbaik dlm mentarbiyah n mendidik anak2 sekolah ini terutama aspek disiplin. Pengalaman antum dlm membantu sekolah mengurangkn masalah disiplin amat dihargai kerana ianya bukan mudah utk memperbaiki akhlak anak2 yg sudah semakin menganjak usia dari setahun ke setahun smoga ianya menjadi pembakar semangat kpd ku utk terus istiqamah dlm alam tarbiyah ini sepenuhnya dan mampu mengubahnya kea rah yg lebih baik, Insyaallah. Oklah setakat tu sahaja utk celoteh volume #1, moga2 dpt ku ceritakan lg selepas ini memori terindah di sekolah ini dlm volume #2.. Insyaallah jika diberi kesempatan masa…
Wassalam…

No comments:

Post a Comment