Geng

Saturday, July 14, 2012

Bicara Tafsir: Ciri-ciri Orang Beriman



Assalamualaikum wbt..
Ruangan kali ini ku mahu sedikit sebanyak menyampaikan ilmu apa yang ku tahu, walau xbanyak tapi sekurang2nya dapat memberi kesedaran dan bermanfaat kepada kita semua untuk menghayati dan mengamalknnya, oklah kali ni ku sentuh ciri-ciri orang beriman:

Dalam surah Al Mu'minun, Allah telah menjelaskn mazaya(ciri-ciri) orang-orang yang beriman, semoga kita sama2 tambahkan iman kita untuk hidup kite kelak di alam barzakh dan baqa', kalu tgk ayat 1 hinggalah ayat 9 memang Allah sebut satu persatu ;

Firman Allah SWT yang bermaksud
'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman'/ iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya/ mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia/mereka yang berusaha membersihkan hartanya(tunaikan zakat)/mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela/kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang-orang yang melampaui batas/mereka yang menjaga amanah dan janjinya/mereka yang tetap memelihara solatnya..'

Maha Adil Allah SWT terhadap hambaNYA, kalau kita tgk mula ayat pertama lagi Allah mengumumkan kejayaan yang sangat menguntungkan bagi sesiapa yang mempunyai ciri2 orang beriman.Tujuannya adalah bagi memberi khabar gembira kepada hamba2NYA yang sentiasa taat dan istiqamah dalam arah ubudiyah kepada Allah SWT, tapi sangat rugilah jika hamba2NYA yang sering tersasar dari arahNYA. Kalau kita teliti ada 6 mazaya yang Allah sebut terang2 dalam Ayat2NYA, ini menandakan Allah sangat menghargai dan Menyayangi Hamba2NYA supaya dapat meningkatkan motivasi untuk menambahkan IMAN..

Perasan x korang pada 6 mazaya yang ku sebut tadi, Allah ulang sebanyak 2kali ciri berkenaan dgn Solat.Allahukbar kenapa Allah sangat mementingkan Solat?? korangpun tahukan sebab Solat itu adalah TIANG AGAMA dalam bahasa arabnya I'maddudiin, benteng orang2 Islam adalah Solatnya, beza dngn penganut agama lain. Kita diwajibkan solat sebanyak 5kali bukan semata2 sujud pada Allah SWT, tapi lebih kepada makanan IMAN kita, sebab tulah ku sedih dengan sikap masyarakat terutama IBUBAPA yang kurang mementingkan anak2 dorang belajar solat. Ingat teman2ku, walau cne sibuk sekalipun SOLATLAH, kerana disaat kita menyembah dan sujud mengharapkan Allah mendengar rintihan kita, sebenarnya Allah bagi ketenangan jiwa dan akal kita untuk waktu yang sementara, tu baru kita solat xlagi kita zikir memujiNYA tentu sekali kita akan mendapat ketenangan yang sangat menenangkan tapi mestilah rasa khusyuk dan serah diri kepada NYA jika mahu rasai ketenangan yang hakiki..

Sebabnya adalah Allah SWT adalah AL KHOLIQ, sememangnya Allah SWT maha mengetahui apa yang kita hadapi, sebagai MAKHLUQNYA kita mesti mahukan penjaga dan penenang yang sentiasa mendengar luahan kitakan..ALLAHUAKBAR. Bagi 4 mazaya lagi lebih kepada tuntutan zakat dalam 6 rukun Islam, sebenarnya korang tahu x bahawa zakat ni adalah PENYUCIAN DIRI dalam bahasa arabnya ZAKA-YAZKI-(dlm konteks bahasa), harta atau kerja buat kita dalam hidup ini penuh ngn mehna dan dugaan yang kita sendiri tidak tahu apa yang kita perolehi itu adalah berkat atau tidak mahupun baik atau tidak, maka dalam agama Islam adalah wadahnya untuk menyucikan harta mahupun pekerjaan yang kita kerjakan, terbaikkan?? Islam mendahului agama lain dalam menyucikan segala harta, hasil mahupun kerja kita kerana Allah Maha Mengetahui segala2nya bagi Makhluqnya, jadi xperlulah kita berlagak untuk hidup mewah2 sedangkan Allah TAHU kemewahan kita dapat tu datang dari mana?? maka tunaikanlah zakat..

Bagi 3 Mazaya lagi Allah bagitahu awl2 bahawa mulut dan perbuatan kita perlu dijaga dari hal yang sia2 maknanya Allah memang benci kepada orang yang suka suki buat atau cakap benda yang sia2, kan bagus kalau ingati ALLAH, dari duk ckp bnde2 or buat pkara2 yang memang tidak manfaat petah lagi perkara2 yang ALLAH TEGAH, Allah juga xsuka kepada orang yang tidak menjaga kehormatannya maknanya Allah mahu Hamba2nya jaga kehormatan sehinggalah Kawin, jangan sesekali membuka dan mendedahkan kehormatan sehingga free2 je dosa kita dapat, Allah ingatkan tentang hal2 PENZINAAN (tanda-tanda akan berlaku zina dan keadaan terjadi zina), Allah sangat menyayangi orang yang pegang janji dan amanah, kita sebagai manusia pun suka klu membe2 kita boleh diharap n dipercayai kan? Janji dan amanah tu banyak keadaannya kalau kita semak tapi sama2lah kita berhati2 dalam mencari kawan mahupun pasangan kita kerana amanah dan janji sangat penting dalam hubungan kita dgn Allah SWT petah lagi berjanji ngn manusia dan pegang amanah sesama kita, bagaimana janji dan amanah kita untuk mentaati ALLAH SWT??? sebab tu ALLAH ingatkan balik dalam ciri2 orang beriman supaya kita sentiasa Ingat tujuan kita dilahirkan..

Kalau korang baca sikit lagi ayat ke 10 dan 11, Allah bagitahu ganjaran bagi hamba2NYA iaitu kalangan kita jika menepati MAZAYA orang beriman ni, bukan calang2 ganjaran beb, tapi Allah akan kekalkan kita duduk di SYURGA FIRDAUS..Maha suci Allah, Syurga Firdaus tulah yang menjadi rebutan kerana Syurga yang sangat tinggi darjatnya.. Kesimpulan dalam surah ni Allah sebut ciri(mizyah) orang-orang beriman terlebih dahulu perihal SOLAT,ZAKAT, KEHORMATAN DIRI(ke arah zina dan berlaku zina), AMANAH dan JANJI dan GANJARAN yang MENANTI kepada orang-orang yang beriman sahaja..Best beb kalau baca TAFSIR bukan setakat baca QURAN, sebenarnya baca tafsir dan quran akan membawa kita kepada pemahaman yang lebih lagi, dalam Kalamullah ni byk khazanah yang belum kita akui, kita mgkin mengiyakan dari pendakwah mahupun ustaz2 di tpt2 ceramah, masjid mahupun surah kan?tapi memang ku rasa tenang dan jelas bila hayati ayat2 Allah ni, cube korang baca quran dan tafsir walau satu ayat, memang blh menitiskn airmata beb..

semoga perkongsian tafsir ni, sama2lah kita koreksi, bukan untuk dibanggakan tapi sebagai peringatan kepadaku yang sangat tidak sempurna...huhuhu ALLAHUAKBAR..semoga ramadhon bakal menjelma ni, sama2lah kita berubah ke arah yang lebih baik...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHON ALMUBARAK kepada teman2 bloggers....

setakat ni dulu, insyalah kita bertafsir lagi..
wassalam..

No comments:

Post a Comment