Geng

Friday, September 30, 2011

Ma, saya sayang sangat ma!!!



Alhamdulillah, dikesempatan ini, aku dpt lg mencoretkn catatan yang tidak seberapa ini
bagi mengisi masa senggang yang berbaki 5 minit ini...sebelum jasadku kaku dan perginya rohku
disisiNYA utk semalaman...smbil2 membaca artikel2 isu2 semasa..hatiku tersentuh tersangat2 pabila
aku menghayati satu artikel yang penuh sarat dengan erti sayang dan pengorbanan sebenar seorg Ibu,berapa kalikah kita sudah berkata "aahh...alah...aduh..." terhadap ibu kita tanpa kita sedari?
sejurus aku menghayati kisah ini, aku trus mencapai hanset ku dan trus menghubungi kekasih ku yg amat aku cintai dan syginya, walhal waktu sudah menjengah larut malam, nasib baik ibuku dapat menyahut panggilan ku, dan ku berkata padanya," ma, iwe sayang ma sgt2..ampunkanlah dosa2 iwe dan salah silap, kasar bahasa pada ma smbil aku mengalirkn airmata mencurah2 sehingga ma ku dpt menenangkn ku, dan ma dlm keadaan bimbang bertanyakn "kenapa ni?sudahla ma memang da maafkn iwe sokmo2 dan ma xamk hatipun kalau iwe tersalah ckp dan buat sesuatu perkara yang ma xsuko", alhmdulillah..selepas itu aku dpt menenangkn diri dan mengakhiri perbualan kami, aku ucapkan iwe sayang ma sgt2 dan akan jaga ma n abah smpi iwe xde"...

fuh..memang meleleh airmata kerana penangan menghayati artikel ini..utk kesedaran teman2ku sekalian,jom kita hayati kisah ini....

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Kredit yang tak terhingga kepada Dominique Padua Balaba...
teman2ku sekalian, walau cmne sklipon kite sibuk dengan kerja dan sudah berkeluarga, igtlah kasih sayang pengorbanan seorang ibu sangat2 mahal di sisi Allah taala..Redha Allah pada kita adalah terletak kepada Redha Ibubapa...huhuhu renung2kanlah...dan selalulah minta ampun dari mereka juga bertanyakan khabar pada mereka walau seminit sahaja..yang paling penting
ucaplah...IBU..AYAH, AKU SAYANG PADAMU!!
wslm...

4 comments:

  1. tersentuh hti mmbaca entri ni...
    smoga kita mnjadi ank yg mgenang budi, yg soleh & solehah buat ibubpa...ameen..

    ReplyDelete
  2. kasihnya ibu membawa ke syurga..moga menjadi permata ayah dan ibu..ameen..

    ReplyDelete
  3. tidak rugi jika kita menyintai IBU dan BAPA dari seseorang..igtlah...disaat mereka hidup...merekalah tempat kita bergantung harap...susah senang...abaikan aje perasaan terasa hati dgn mereka...kerana mereka tidak pernah terasa hati dgn kita...bahkan marah dan larangan mereka ada hikmahnya...Ya Allah...ampunkanlah dosa2 ibu dan bapaku....Ya Allah tetapkanlah hatiku dan jiwaku hanya untuk berbakti kepada kedua ibubapaku sementelah Kau pinjamkan nafas MU kepada mereka...sesungguhnya aku tidak mahu menjadi anak yg tdak berbakti pada mereka...kerana aku sangat menyayangi mereka...Aminx3 Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
  4. ameen Ya Rabbal a'lamin..moga akhi dapat jadi anak yg soleh,permata ibu n ayah..insyaAllah fi kher..moga kita dpt bermnfaat buat ibu ayah..hargailah mereka selagi mereka ada..berdoa, moga kita dpt mmbalas jasa mereka selagi mereka ada..fI AMANILLAH..

    ReplyDelete